Friday, May 1, 2015

Satu Pukulan "TKO" Pada muka Mahathir Mohamad dan konco-konconya: Bila Saifuddin Abdullah (bekas Tim.Menteri) kata " Umno lagi teruk jika tukar Najib"




Haji Abu Bakar Ninggal

Mei 02,2015 @ 3.38 am.

Ketika soho kepanasan yang sedang begitu panas membara akibat Mahathir Mohamad dan konco-konconya sedang menghentam Najib dengan teruknya.

Tindakkan Mahathir dan konco-konconya itu samalah semacam pembuat roti canai sedang menguli lumat tepung yang hendak dibuat roti canai itu? 

Begitulah juga sifatnya degan tindakkan Mahathir Mohamad dan konco-konconya itu, kini dilihat sedang menghentam lumat Datuk Seri Najib berhubung dengan dasar-dasar dan prestasi pemerintahan kerajaan Umno/BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.
Datuk Seri Najib Tun Razak

Sekaligus Mahathir Mohamad dan konco-konconya juga mendesak agar Datuk Seri Najib segera berundur dari jawatan Presiden Umno dan dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Desakan yang tidak ada kes yang munasabah dan tak ada kes yang ada ujung  dan pangkalnya itu? Tidak akan dilayan oleh Datuk Seri Najib.

Membazirkan sahaja masa beliau yang sangat berharga untuk difokuskan pada pembanguna rakyat Malaysia yang telah memberi mandat pada beliau dan pada Parti Umno/BN pada PRU ke-13 pada 5 hb.Mei 2013 dulu itu.

Secara sinis tuduhan-tuduhan negatif Mahathir itu telah pun dijawab oleh Datuk Seri Najib dengan kata-kata yang sangat pedas.

Kata-kata yang merupakan satu signal atau sebagai satu amaran yang amat tegas yang harus difikir-fikirkan oleh musuh-musuh politiknya yang berbunyi:

"Pantang pejuang mengaku kalah walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai ujian yang getir sifatnya."


Syukur Alhamdulillah! Dengan ketentuan Allah swt Yang Maha Berkuasa untuk menentukan sesuatu Yang Dia Kehendaki.

Maka di hari ini iaitu, di petang ini,dengan izin dan ketentuan Allah swt.,tampil seorang hero yang gagah berani lantas berdiri tegak menyanggah dengan nada yang keras berhubung dengan desakan oleh Mahathir Mohamad dan konco-konconya terhadap Datuk Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dan sekaliigus sebagai Presiden parti UMNO..

Datuk Saifuddin Abdullah,bekas
 Tim,Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
Kata Saifuddin Abdullah," Umno lagi teruk jika tukar Najib. Umno perlu kekal bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, kerana peluang untuk menang dalam Pilihan Raya Umum akan lebih tinggi." 

Demikian pandangan yang telah dizahirkan oleh seoarang bekas Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi,Datuk Saifuddin Abdullah kepada portal Malaysiakini, pada hari ini dan telah disiarkan oleh Malaysiakini diportal mereka pada jam 5.00 petang, bertarikh 01 Mei 2015. 


Sesungguhnya,kenyataan politik oleh bekas Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi itu mempunyai kesan politik yang amat mendalam bersabit dengan kemelut politik antara Datuk Seri Najib dengan Mahathir Mohamad dan konco-konconya? 


Jika di arena tinju (boxing).Ia merupakan satu pukulan "TKO".Satu tumbukan keras khususnya yang boleh mengakibatkan seseorang peninju itu boleh kalah dengan kiraan "TKO". 


Kalah dengan kiraan TKO kerana tak lagi bertenaga untuk berdiri bangun lantaran satu pukulan yang amat kuat kemuka dan kebatang hidung Mahathir dan konco-konconya itu terus jatuh bedeba di pentas tinju . 

Mutakhir ini tanpa malu-malu dan tanpa segan-segan bahawa bekas Perdana Menteri yang berjaya jadi PM Malaysia selama 22 tahun atas tiket parti Umno itu dilihat sedag berkemelut politik dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam konteks itu? Maahathir dilihat sering mengatakan di media sosial pro-pembangkang kononnya:

"Jika Najib tidak berundur maka Umno akan kalah teruk di dalam pilihan raya umum yang akan datang." Persepsi semacam ini bolewh menakut-nakutkan kepada para peminn Umno itu sendiri?


PERSEPSI negatif Mahathir ini amat mendukacitakan orang-orang Umno.Mahathir dilihat begitu tergamak mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa? Sedangkan Mahathir masih merupakan seorang ahli Umno? 

Tetapi dilihat begitu tega membuat komen-komen negatif terhadap pucuk pimpinan Umno yang sedanag meneraju pemerintahan Malaysia. 

Jika orang yang berkemelut politik dengan Najib itu hanya orang biasa sahaja? Tidak mengapa dan kesannya dari segi politik tidak punya nilai apa-apa pun. Masih ada maafnya?

Tetapi malanagnya Mahathir adala individu yang pernah bernasib baik dah jadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun atas tiket yang diberi oleh Umno itu sendiri? Sungguh tak tahu membalas budi pada Umno. Kacang lupakan kulit.Tindakan negatif ini tiada maaf bagimu.

Sebenarnya siapa Mahathir ini? Beliau dilihat begitu berani membuat ramalan(persepsi) yang begitu rupa? Mahathir walaupun beliau bekas PM Malaysia 22 tahun. Beliau adalah tetap sebagai manusia biasa yang sama juga dengan manusia yang lain-lain.Lemah dalam serba serbi.

Kecuali Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah swt.,Mahathir dan konco-konconya pasti tidak mampu mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari? Sepertimana kita tidak mengetahui bilakah "ajal" kita akan tiba?

Justeru itu rakyat Melayu Malaysia terutamanya pada penyokong-penyokong Umno janganlah dengar sangat songilan dan omong kosong Mahathir Mohamad dan koncokonconya itu.Kita boleh jadi gila jika kita terus mengikuti omong-omongan mereka itu?

Kita dah lihat tentang dasar-dasar pemerintahan Mahathir Mohamad selama 22 tahun lamanya ketika beliau berkuasa berbanding dengan dasar-dasar kerajaan Datuk Seri Najib sekarang ini.

Kenapa Mahathir tak beri BRIM pada rakyat Malaysia ketika beliau berkuasa dulu? Ketika itu ekonomi dunia dan Malaysia boleh dikatakan sangat baik iklimnya.Malaysia tidak akan muflis jika Mahathir buat semacam yang telah dibuat oleh Datuk Seri Najib.

Sedangkan Singapura dah lama dah beri wang ihsan tahunan pada rakyatnya S1000-00 setiap tahun. Tak kira rakyatnya itu kaya atau pun miskin?

Pemberian wang serupa itu? Iaitu pemberian serupa wang BRIM itu adalah merupakan wang ihsan dari kerajaan pada rakyatnya yang miskin.Tak salah sama sekali dari segi undang-undang dan juga dari segi hukum syariah. Malah akan mendapat keberkatannya berlipat ganda ganjaran dari Allah swt.

Malah dapat pahala dari Allah swt.. Saidian Omar ketika menjawat jawatan Khalifajh Islam ke -2 di Madinah.

Diriwayatakan bahawa pada setiap malam,secara bersendirian, beliau sendiri memikul seguni gandum untuk di hantarkan ke pintu rumah-rumah rakyatnya yang miskin tanpa diketahui oleh tuan rumah itu sendiri. Ketika pagi-pagi apabila di buka pintu rumahnya? Nah! dah ada seguni gandum dipintu rmahnya itu.

Adakah Mahathir pernah buat begitu ketika jadi PM selama 22 tahun dulu? Tak ada bukan? Jadi janganlah banyak songil apabila dah lihat orang lain yang buat. Lebih baik anda tutup mulut aje.Pemberian yang bersifat pemberian IHSAN tidak boleh dikatakan membazir.

Malah ia adalah harus dilakukan oleh setiap pemerintah terhadap rakyatnya yang miskin. Najib telah lakukan setakat kemampuan kerajaan pimpinan beliau dengan memeberi wang ihsan yang di panggil BRIM. 

Dari tinjauan-tinjauan yang penulis lakukan berhbung dengan pemberian wang Ihsan BRIM itu?  Ternyata rakyat menerimanya sangat gembira dan amat bersyukur punya Perdana Menteri yang begitu perihatin terhadap nasib rakyat-rakyatnya yang berpendapat rendah.

Walaupun pemberian itu tidak sebesar mana? Akan tetapi Datuk Seri Najib telah menjalankan tugasnya sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Alllah swt.,

DASAR-DASAR PEMERINTAHAN NAJIB

Berbalik semula tentang dasar-dasar pemerintahan Najib berbanding di zaman Mahathir ? Walau pun Datuk Sri Najib dilihat mengamalkan dasar-dasar KESEDERHANAAN yang menjadi panduan ketika menjalankan pemerintahannya itu?

Kita dapat lihat banyak trasformasi yang bersifat positif lagi progesif untuk rakyat telah dapat dilakukan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa yang begitu singkat.

Walau pun pemerintahan pimpinan Datuk Seri Najib baru berusia lebih kurang 6 tahun aje berbanding dengan kerajaan Mahathir selama 22 tahun itu? Lebih banyak trasformasi yang progeresif telah Datuk Najib lakukan dan mendapat pujian dari luar dan dari dalam negara.

Mahathir berkuasa selama 22 tahun di Malaysia tetapi Dasar Ekonomi baru yang memberi peruntukan 70%( bangsa asing) dan -30%( untuk Melayu).Ternyata dasar ini telah merugikan bangsa Melayu.Terutamanya di segi pembangunan perumahan baru di penempatan -penempatan baru.

Dari jumlah besar rumah-rumah di penempatan baru itu? Melayu boleh beli hanya 30% tetapi bangsa asing asing 70%. Tidakkah Mahathir sedar dan kira betul-betul.Jika setiap rumah itu ada 3 orang yang layak mengundi?

Jika di kawasan perumahan baru itu ada 10,000 buah rumah.Penduduk Melayu hanya menduduki di 3000 buah rumah.Maka yang berhak mengundi (3000 x 3 0rang=9000 orang aje).

Sedangkan pengundi bangsa asing (7000 rumah x 3 orang= 21,000) yang boleh mengundi?Maka jumlah bangsa asing di temapat itu yang boleh mengundi 21,000 orang ramainya.

Maka parti athnic Cina/India ketika musim pilihan raya umum tak perlu keluar berkempen terpekik,terlolong macam Umno dan parti PAS,PKR berkempen. Parti DAP tidak berkempen seteruk parti Melayu.

Kerana mereka dah tahu bahawa di sana dah ada majoriti 9000 orang pengundi dari kaumnya sedang menunggu

KENAPA MAHATHIR TAK BUAT MACAM LEE KUAN BUAT DI SINGAPURA?

Lee Kuan Yew di Singapura bila dah punya kuasa politik?Beliau cepat-cepat robohkan 10 kawasan penduduk yang tepu dengan  penduduk terdiri dari  orang-orang Melayu.Mahathir tentu tahu Umno pun ada buka cawangannya di Singapura.

Bila ada  pilihanraya umum untuk tubuh kerajaan sendiri ( Self Goverment) di Singapura?Umno menang 8 kerusi dari jumalah 10 kerusi Umno bertanding.Yang lebihnya kaum -kaum lain iaitu  kaum Cina Singapura. 

Maka itulah sebabnya Encik Lim Yeu Hock sebagai Ketua Menteri Singapura ketika itu lantik Hamid Jumaat dari Umno, jadi Timbalam Ketua Menteri Singapura ( Self Goverment).Penulis ketika itu jadi rakyat Singapura by law.Penulis keluar mengundai pada setiap PRU Singapura.

Lee Kuan Yew boleh buat dan berjaya mengubaha LAN DSKAPE pengundi-pengundi rakyatnya di Singapura begitu rupa hinggakan penduduk-penduduk Melayu di setiap kawasan mengundi Singapura kini hanya ada paling banyak antara sekitar 10-15 % sahaja penduduk Melayu dari jumlah kesemua penduduk di kawasan-kawasan tersebut.


Mahathir Mohamad
Kenapa Mahathir yang telah berkuasa jadi Perdana Menteri Malaysia 22  tahun lamanya tak buat macam Lee Kuan Yew buat? 

Mahathir tidurkah? Kerana isu Geo-politik sesuatu bangsa di sesuatu negara itu adalah merupakan isu yang paling asas ,sangat penting ( fundamental isu) tetapi di abaikan oleh Mahathir.Cakap aje banyak.

Adakah isu untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu itu lebih penting dari isu geo-politik Melayu?  

Ternyata Mahathir hanya pentingkan dirinya sendiri dan mahu menang sendiri. Akibat dari sikap Mahathir tidak ambil peduli tentang geo-politik Melayu.Maka itulah sebabnya mulai pada tahun 2008 hingga 2013 Umno hilang kuasa POLITIK di Selangor dan Pulau Pinang.

Kerana di Selangor dah terlalu banyak kawasan baru di Taman-taman telah dipenuhi oleh kaum asing yang mendapat qota membeli rumah sehingga 70%  berbanding dengan kaum Melayu hanya dapat qota membeli hanya 30%.

Atas alasan mahu cepat membangun? Ujung-ujungnya pengundi Melayu tenggelam oleh kaum asing. Macam Pak Kadok menang sabung ketiak berlaga ayam? Tapi kampungnya tergadai. Berpolitik jenis apa ini? Tak ubah serupa dengan politik mainan Pak Pandir?

Disamping itu parti  Melayu pula? Asyik-asyik bergaduh dan terus bergaduh sesama sendiri demi nak berkuasa? Parti kaum lain yang menangguk hasilnya. Gila dan  bodoh sekali orang-orang Melayu ini.

Sejak zaman keagungan empire Melaka dulu hingga kini? Dilihat masih  tak mahu berfikir secara positif.Apa nak jadi pada bangsaku ini  dan kedaulatan negaraku ini ke masa 10 atau 15 tahun yang akan datang?

Isu geo-politik merupakan isu dan tanggung jawab yang paling asas,sangat penting ,paling (fundamental) sifatnya telah Mahathir abaikan dengan begitu sahaja selama 22 tahun? 

Kini beliau didapati cakapa banyak pula?Kononnya apa yang Datuk Seri Najib buat semuanya tak betul belaka.Poorlah..Kokok berderai-derai,tapi ekor bergelumang dengan najis.

Pada orang-orang Melayu yang buta politik bolehlah Mahathir kelentong dengan isu itu dan dengan isu ini? Bak songilan penjual ubat di kaki lima gayanya.Tetapi pada Melayu yang dah lama tahu apa erti politik?lama dah celik politik? Tak layanlah dah.....Anda boleh balik kampung dah....

Kenapa Mahathir tak ubah perlembagaan seperti beliau ubah perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu? 

Ketika itu di dalam parlimen kuasa ( dua pertiga)masih sarat sifatnya? Tentu Mahathir tidak akan ,menghadapi sebarang kesukaran untuk melakkannya? Kenapa...?Kenapa.?.Kenapa...?

DIKTATOR DI GERMAN.


Hitler semasa berkuasa di German yang gemilang beliau ada berkata:"Demi German yang aku cintai.Demi untuk menjaga dan mempastikan keselamatan German dan rakyatnya.Aku bersedia menanda tangan apa sahaja perjanjian-perjanjian dengan siapa sahaja.

"Tetapi demi keselamatan dan kebaikan rakyat German yang aku cintai.Aku sanggup membatalkan dan melanggar roboh apa sahaja perjanjian-perjanjian yang telah aku persetujuai sebelumnya." 

Penulis harap Mahathir dan juga pada para pemimpin Melayu Malaysia yang sedang berkuasa benar-benar faham dengan falasafah perjuangan Hitler itu. 

Para pemimpin sesuatu bangsa itu harus mampu menjaga kedaulatan bangsanya,agamanya,negaranya serta mengubah nasib bangsanya itu sendiri.Tak usaha harap orang lain akan tolong mengubaha nasib bangsa kita?

Amalan yang bersifat "wasatiah" itu ada batas-batasnya. Jangan harapkan pada orang lain yang akan mengubah nasib bangsa anda.Jika ada peluang mereka pula akan menindas anda.

KITA MESTI SOKONG NAJIB!

Justeru itu di saat dan ketika  Datuk Seri Najib sedang diuji dengan berbagai karenah politik yang negatif yang datangnya dari orang-orang Umno itu sendiri?

Diharapakan akan lebih banyak LAGI tokoh-tokoh Umno segera tampil ke depan menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak ,sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Datuk Saifuddin Abdullah,bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

Tak usah ambil pot( tak usah ambil peduli) tentang omong-omong kosong oleh orang-orang yang bermulut macam mulut burung murai itu.

Biarkanlah golongan tua-tua itu bertempik-tempik dan meloncat-loncat dan meniti dari satu dahan ke dahan pokok yang lain yang memang  menjadi arena kerja-kerja seharian mereka.

Tugas anda terutamanya oleh ahli-ahli Umno di akar umbi jangan segan-segan dan jangan malu-malu dan jangan takut-takut,ayuh segera tampil ke hadapan dan lantas nyatakan sokongan anda terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini juga.(Posted by abnmulya  /haji abu bakar ningal.blogspot.com at 3.38 am on Mei 02,2015.
.

No comments: