Monday, June 29, 2015

Gabungan Ngo-Ngo Gombak Serah Memorandum Pada Perdana Menteri berasingan.

Kelihatan Datuk Seri Najib  sedang menelitii sepintas lalu segala tulisan politik oleh Haji Abu Bakar Ninggal, di blognya (Abnmulya.blogspot.com)  di mana purata tulisan itu menyokog kuat Perdana Menteri terutama dalam isu 1MDB yang diorbitkan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad. Sementara ( di kiri Datuk Seri) Datuk Dr.Rahman dan Tan Sri Zaleha Ismail, sedang siap sedia nak tunjukan rakaman video di Samrt Phonenya tentang resolusi mesyuarat agung ke-5 Gabungan di mana telah melulsukan satu usul sebulat suara tanpa bahas menyokog penuh kepimpinan Datuk Seri Najib terus memimpin Malaysia dan parti Umno.




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Selasa,Jun 30,2015@10.18 pm.

Di antara acara yang menjadi acara kemuncak di majlis berbuka puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor,di kediaman rasmi mereka, di Seri Perdana, Putrajya,pada malam tanggal 27/06/2015 ialah acara menyampaikan memorandum dari Pertubuhan-Pertubuhan Ngo-Ngo Islam yang melebihi seratus buah pertubuhan-pertubuhan Islam dari seluruh negara.

Memorandum-memorandum itu telah disampaikan secara pakej oleh Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjunfg ( GPMS) Jais Abdul Karim.

Sementara itu ada juga memorandum-memorandum itu secara berasing yang disampaikan terus oleh penasihat esekutif dan Presiden sesebuah pertubuhan ngo-ngo itu.

Gabungan Ngo-Ngo Gombak diperkenankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyampaikan memorandum itu secara berasingan. 

Ini merupakan satu penghormatan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Gambungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri. Untuk itu, Gabungan Ngo-Ngo Go,mbak mngucapkan jutaan terima kasih pada Datuk Seri Najib.
Pada majlis berbuka puasa di kediaman PM di Seri Perdana,di Putrajaya itu PM diapit oleh Ahli MT Umno, Dr.Ashraf Wajidi, berbaju hijau Sementara di kiri berbaju melayu putih,Menteri Agama YB.Jamil Khir Baharom. Di barisan belakang ialah anggota-angota Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Penyampaian memprandum itu telah dilakukan oleh Penasihat Esekutif  Gabungan Ngo-Ngo Gombak,oleh Tan Sri Zaleha Ismail, melalui video yang telah beliau rakamkan di dalam smart phonenya berhubung dengan satu resolusi cadangan Presiden Gabungan, Datuk Dr.Rahman Ismail yang mana telah dilulusakan sebulat suara tanpa bahas oleh Mesyuarat Agung Gabungan Ngo-Ngo Gombak Tahun ke-5 itu.

Mesyuarat itu bertempat di rumah agam Presiden Gabungan, di Bandar Country Homes,Rawang yang mana telah berlangsung pada 21/06/2015 yang lalu.
Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak, Datuk Dr.Rahman Ismail,sedang menerangkan isi memorandum yang disediakan melalui video di smarat phone dan juga menerusi tulisan dokumen berhubung dengan resolusi mesyuarat agung Gabungan yang ke-5 yang menyokong kuat pimpinan Datuk Seri Najib.
Resolusi itu dengan tegas telah menyebutkan: "Bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak dengan tulus ikhlas, sebulat suara menyokong sepenuhnya dan sentiasa berdiri teguh dan menyetujui segala tindak-tanduk Datuk Seri Najib Tun Razak,yang sedang menghadapi segala cabaran getir yang ditimpakan ke atasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Terutama di dalam kemelut dan krisis politik yang diorbitkan oleh Tun Dr.Mahthir berhubng dengan isu 1MDB yang telah berlarutan hingga empat bulan lebih,bermula dari bulan Februari hingga kini".

Sementara Presiden Gabungan Datuk Dr.Rahman Ismail menyampaikan memorandum yang berupa dokumen berserta dengan beberapa tulisan bloger Haji Abu Bakar Ninggal, dari Abnmulya.blogspot.com.

Beberapa tulisan oleh Haji Abu Bakar Ninggal itu khususnya memberi fokus menyokng kuat Datuk Seri Najib dan menghentam roboh para penentangnya terutama Tun Dr.Mahathir Mohamad yang pernah jadi PM selama 22 tahun atas tiket Umno. 

Datuk Seri Najib kelihatan ketawa ketika mendengar Tan Sri Zaleha Ismail berkata," Jawatan saya di Gabungan Ngo-Ngo Gombak ialah "Penasihat Eksekutif.  Jika saya bukan penasihat eksekutif? Saya suruh mereka buat kerja untuk kepentingan Gabungan Ngo-Ngo Gombak? Mereka  buat bodoh aje. tapi sebagai penasihat eksekutif? Bila diperintahkan? Mereka segera buat kerja," kata- kata jenaka itulah yang membuat Datuk Seri Najib pun ketawa.
Malangnya,mutakhir ini,Tun Dr.Mahathir Mohamad didapti terus menghentm lumat terhadap  Datuk Seri Najib terutama dalam isu 1MDB.

Mahathir dilihat ketika bercakap ,ketika menulis di blognya tentang politik tanah air, secara terang-terangan,tanpa perhitungan yang munasabah terus menghentam dan bertindak semacam menguli lumat Datuk Seri Najib dan Umno sesuka hatinya.

Beliau seolah-olah telah mempamirkan sikap negatif  bahawa beliau semacam bukan lagi ahli Umno dan pernah jadi ( Perdan Menteri ) Malaysia selama 22 tahun lamanya atas tiket parti Umno.

Di samping itu Dr.Mahathir di dapati dengan cara terang terangan menyokong Tony Pua,tokoh parti pembangkang pembangkang dari DAP.

Selaku masih jadi ahli Umno! Mahathir seharusnya menyokong Datuk Seri Najib, selaku Perdana Menteri Malaysia dan merangkap sebagai Presiden Umno yang sedang menjalankan tugasnya yang sangat berat itu.

Mahathir harus sedar bahawa parti Umno adalah merupakan satu-satunya parti politik sejak merdeka hingga kini? Menjadi tunjang pada kerajaan Barisan Nasional selama 58 tahun dah.

Satu rekod yang boleh dibanggakan oleh parti Umno/BN itu sendiri dan sekaligus menjadi satu signal yang nyata pada parti-parti pembangkang Malaysia, bahawa parti Umno/BN itu harus diakui bukanlah anak kecil yang baru lahir? 
Kelihatan Naib Presiden 1 Gabungan Ngo-Ngo Gombak , Kpt (B) Haji Yusof Abdul Manan, sedang bersalam dengan Datuk Sei Najib Tun Razak.Walau pun bertongkat beliau tak mahu lepas peluang jadi tetamu Majlis Berbuka Puasa  di Bulan Ramadhan Al-Mubarak,di kediaman rasmi PM di Seri Perdana,di Putrajaya.
Parti Umno/BN cukup matang untuk menggalas segala tanggung jawab sesuai dengan mandat rasmi yang telah diberikan oleh majoriti rakyat Malaysia yang berbilang kaum sifatnya.

Usia dan pengalamannya memerintah negara sudah cukup matang dan rakyat telah menyaksikan bahawa Umno/BN telah berjaya mengatasi segala cabaran-cabaran getir yang pernah ditimpakan ke atas Umno dan sekaligus terhadap para pemimpinnya.

Parti-parti pembangkang harus sedar bahawa parti Umno/BN digalasi oleh tokoh-tokoh pemimpin yang berwibawa dan bersedia berkorban nyawa demi untuk mempertahankan negara Malaysia yang tercinta ini dari segala bentuk ancaman politik yang berbagai-bagai ragamnya itu.
Rombongan Ngo-Ngo Islam yang laian mengabadikan  kenangan indah bergambar ramai bersama-sama Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia,di kediaman rasminya di Seri Persana ,Putrajaya.
DARI SEGI PEMBANGUNAN NEGARA

Dari segi pembangunan negara? Umno/BN ternyata sudah begitu banyak melaksanakan pembangunan untuk rakyat di pelbagai aspek kehidupan telah dibangunkan dan telah dimajukan dan hampir sama tarafnya dengan negara-negara maju di barat dan di timur dunia yang telah lama merdeka.


Dalam segi pelajaran anak-anak Malaysia? Kini setiap tahun pulohan ribu anak-anak dari kampung dan di peneroka felda,kini sedang berada meneruskan pengajian mereka di peringkat tinggi (di Menara Gading) iaitu meneruskan pengajian mereka di IPTA Universiti kepunyaan kerajaan dan juga di  Universiti IPTS yang boleh dapat pinjaman dari Mara dan PTPTN dan sebagainya.

Siswa/siswi yang pencapaian akedamiknya cemerlang yang mendapat keputusan diperengkat diploma dan sebagainya dengan taraf ANC diberi oleh kerajaan (BIASIWA) sara diri semasa mereka sedang melanjutkan pengajian mereka di perengkat ijazah hingga tamat pengajiannya.

Dari segi kaki tangan keranajaan ini? Difahamkan lebih sejuta orang kaki tangan kerajaan yang sedang bertugas di seluruh ceruk rantau tanah air memberi khidmat pada rakyat dengan positif sekalai.

Kesemunya kaki tangan kerajaan ini adalah merupakan tenaga kerja yang sangat mahir di berbagai aspek tugas dan pekerja yang punya pengalaman masing-masing di bidang masing-masing guna memberi segala kemudahna pada rakyat berurusan setiap hari di mana sahaja dan di dalam masalah apa a sahaja.
Nombor dua dari kiri: Haji Rashid Ketua Penerangan Gabungan Ngo-Ngo Gombak. Walaupun dalam keadaan lelah sedikit? Beliau tak mahu ketinggalan sama-sama berbuka puasa dengan Datuk Seri Najib dan istereinya Datin Rosmah Mansor,di kediaman mereka di Seri Perdana,di Putrajaya.
Dengan kata lain,bahawa kerjaan Umno/BN di mana Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "Ketua Eksekutifnya" mempunyai satu barisan pemimpin yang cukup lengkap kewibawaananya dan sekaligus angat berkemampu untuk membawa rakyat Malaysia menjadi rakyata negara maju pada tahun 2020.

Justeru itu segala desakkan yang mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak,agar berundur dari memegang jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia di hari ini? Jangan di ambil peduli.
Desakan itu adalah merupakan desak-desakan dari golongan orang-orang punya perasaan hati yang hasad dengki dengan segala kejayaan gemilang yang telah dipamirkan oleh kerajaan Umno/BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Desakkan yang beresifat gila-gilan itu harus kita tentang dengan sekuat tenaga yang ada pada tangan rakyat dan anggota Umno/BN. 

RAKYAT MALAYSIA MAHU DATUK  SER NAJIB TERUS MEMIMPIN 

Jangan benarkan "mandat rasmi dari rakyat" yang telah diberikan oleh rakyat jelata Malaysia, pada Pilihan Raya Umum (PRU ke-13) pada tanggal (5 hb.Mei 2013) dulu itu,dinodai dan diganggu gugat oleh golongan tokoh-tokoh politik Malaysia yang ( gila kuasa),munafik serta nyanyok itu berjaya dengan usaha jahatnya itu.
Apakah ilmu si Harkah ini pakai? Dilihat begitu ramai diapit oleh kaum wanita yang mahu mengabadikan kenangan dengan beliau? Bergurau aje ya...jangan marah....kalau tak mahu cepat tua ya.....
Kita mahu Datuk Seri Najib Tun Razak terus memimpin rakyat Malaysia dan negara Malaysia yang tercinta ini demi untuk mendaulatkan negara,bangsa Melayu,agama Islam dan bahasa Nasional kita .

Pada PRU ke-14 yang akan datang nanti? Kita, bermula dari hari ini, mesti membuat persediaan terutamanya seluruh anggota Umno dan golongan ngo-ngo yang pro-kerajaan mesti bekerja kuat .

Bekerja kuat menerapkan keyakinan pada rakyat terhadap kemampuan kerajaan tunjangan Umno/BN memang berkemampuan menjaga keselamatan rakyat Malaysia yang sebanak 30 juta orang ramainya itu agar sentiasa hidup dalam suasanaa aman damai dan harmonis dan kemakmoran pada rakyat jelata.

Sekaligus Umno/BN dan golongan ngo-ngo yang pro-Umno/BN mesti memupuk semangat perpaduan yang kuat dan siap siaga bertarung di medan juang untuk kemenangan parti Umno/BN pada Pilihan Raya Umum itu nanti. Tiada yang lain? Melainkan Umno/BN aje.

Sikap masih berbalah-balah antara satu dengan yang lainnya seperti yang telah berlaku di PRU ke-13 dulu itu?Harus dijauhkan semaksimanya.Bersatu itu teguh.Bercerai itu roboh. Dengan adanya perpaduan yang kental lagi kukuh itu di antara semua golongan yang terlibat?

Mudah-mudahan dengan izin Allah swt. Umno/BN dan golongan ngo-ngo pasti akan berjaya dan terus berjaya melakarkan sejarah kemenangan Umnp/BN yang lebih besar berbanding dari PRU yang telah lalu. 

Allah Hu Akhbar! Hidup Najib! Hidup Umno! (Posted by Abnmulya/Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2218 hrs.on June 30,2015.

No comments: