![]() |
Datuk Seri Najib Tun Razak. |
PMO dalam satu kenyataan berkata, terdapat usaha bersepadu oleh individu tertentu untuk melemahkan keyakinan terhadap ekonomi, memburukkan kerajaan dan menyingkirkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi, meskipun kejayaan Najib dalam mengemudi ekonomi Malaysia mengharungi keadaan tidak menentu global sekarang.
“Dilaporkan bahawa pembocoran dokumen, pemalsuan dan pemerasan berlaku untuk mengelirukan media dan orang ramai,” kata PMO sambil menambah menjadi kewajipan kepada anggota media yang bertanggungjawab untuk tidak menganggap dokumen-dokumen sebagai tulen melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Mengenai tuduhan itu sendiri, perlu diberi perhatian bahawa 1Malaysia Development Bhd telah pun menyatakan ia tidak pernah menyediakan dana kepada Perdana Menteri, kata PMO. - BERNAMA( Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.00 on July 04,2015.
No comments:
Post a Comment