KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengetuai’ barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas yang berlangsung di sini hari ini.
![]() |
Ustaz hmad Idris,Naib Presiden dapat undi 896 undi |
Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar. Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya,
Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi. Mat Sabu pula sekadar mendapat 279 undi. Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.
Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas.
![]() |
Datuk Nik Amar Nik Abdullah,,Naib Naib Presdien dapat 710 undi. |
Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menewaskan Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Pemuda manakala Nuridah Salleh menguasai semula jawatan Ketua Dewan Muslimat selepas menewaskan penyandangnya,
![]() |
Datuk Iskandar Ab.Fatah,Naib Presiden dapat 672 undi. |
Turut tersingkir daripada kerusi itu ialah Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad.
Kemenangan pro-ulama dijangkan kukuhkan dasar perjuangn Islam Pas dan membuka ruangan kepada parti itu lebih tegas mempertahankan prinsip khususnya dalam berhadapan dengan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Sokongan padu kepada golongan proulama juga dianggap tindak balas ahli-ahli Pas terhadap kebiadapan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi masih terus mahu bekerjasama dengan Pas.
Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan proulama dan profesional. (Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.22 am on June 05,2015.
No comments:
Post a Comment