![]() |
Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas (2015-2017). |
KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden Pas selepas menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang dalam pemilihan parti itu, di sini hari ini dengan majoriti undi sebanyak 695 undi.
Satu majoriti yang sangat selesa beliau miliki di sebalik suasan pertandingan yang begitu hebat diperkatakan oleh pihak lawan dan konco-konconya.
Dengan keputusan tersebut ternyata bahawa tinjauan yang dibuat oleh setengah bloger tempatan yang pro-pembangkang kononya Hadi hanya 37% aje dari perwakilan Muktamar dilihat ternyata jauh meleset.
Abdul Hadi yang menyandang jawatan itu sejak 2002 memperoleh 928 undi manakala Ahmad 233 undi. Sebanyak 1,165 perwakilan mengundi.
Bagaimanapun jumlah kertas undi yang dipulangkan ialah 1,141. (Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 23.32 hrs on June 04,2015.
No comments:
Post a Comment