Sunday, June 7, 2015

PIHAK KETIGA TIDAK BOLEH SELESAIKA KEMELUT

Perlu pertemuan empat mata Najib-Dr. Mahathir 

08 Jun 2015 1:24 AM 
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR 7 Jun – Kemelut yang tercetus antara Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak boleh diselesaikan dengan campur tangan pihak ketiga.

Sebaliknya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamalauddin menegaskan, sebarang perbincangan antara kedua-dua pemimpin tersebut perlu dilakukan menerusi pertemuan empat mata, tanpa melibatkan pihak lain.

“Saya rasa tiada pihak ketiga yang boleh menyelesaikan kemelut ini. “Kalau sekiranya hendak diadakan perbincangan antara Dr. Mahathir dan Najib, saya rasa mereka dapat buat secara empat mata, tidak perlu pihak ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat gerai pameran pada Art of Speed 2015 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) dekat sini hari ini.

Berhubung isu berkaitan, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah sekiranya prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disiarkan secara langsung di televisyen.

Malah kata beliau, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini pernah mencadangkan perkara tersebut.

 “Namun begitu, semua ini adalah (bergantung kepada) keputusan Yang Dipertuan Dewan Rakyat yang perlu setuju. Kalau tidak, kita tidak boleh buat di bawah Akta Parlimen,” katanya.

Berhubung cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Ke­sederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah supaya Najib dan Dr. Mahathir tampil pada prosiding PAC tersebut,

Khairy berkata, biarlah sesi tersebut disertai oleh mereka yang mempunyai kaitan dengan isu 1MDB sahaja.

 “Sesiapa yang dipanggil itu mestilah ada kaitan dengan isu prosiding, contohnya cadangan memanggil Dr. Mahathir, beliau tiada kena mengena dengan 1MDB. “Dalam PAC, mereka hanya dapat panggil sesiapa yang terlibat dengan 1MDB,” kata beliau.( Utusan online-)Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 9.34 am on June 08,2015.

No comments: