Monday, June 8, 2015

Dari arena politik ke kandang kambing.Menyediakan kambing-kambing untuk AQIQAH dan QURBAN.

Chjkgu Jaliah dan diikuti oleh suamanya En.Sham (Tshirtmerah) menuju ke kandang kambingn biri-biri sebanyak lebih 50 ekor itu untuk diberi makan dengan dedak kambing biri -biri yang dibeli dari fakory makanan kambing di Melaka. Cikgu Jaliah  suami/isteri  mula jadi penternak kira baru sebulan aje.



June 08,2015 @ 7.46 pm.

Kini usia Parti Keadilan Rakyat sudah menjangkau hampir 15 tahun. Begitu jugalah lamanya Chegu Jaliah binti Ahmad Mahir suami /isteri telah menceburkan diri mereka di arena politik di dalam parti keADILan dan kini dah tukar namanya (PKR) Parti Keadilan Rakyat.

Cikgu Jaliah Ahmad Mahir

Begitulah sejarah perjuangan Cikgu Jaiah suami /isteri berjuang dan terus berjuang dalam (PKR) sehingga (PKR) berjaya jadi tunggak pemerintahan Negeri Selangor di dalam gabungan parti-parti apa yang dipangil "Pakatan Rakyat" bermula pada tahun 2008 hingga kini.

Parti keADILan yang telah ditbuhkan pada tahun 1999.Kebetulan ketika itu Chegu Jaliah baru shaja telah bersara dari bertugas sebagai seorang guru mengajar "bahasa Inggeris' di sekolah-sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor.

Di DUN Gombak Setia,di kawasan Simpang Tiga Gombak, adalah merupakan cawangan  parti keADILan bilangan yang ke-2 di tubuhkan oleh Jaliah dan regu-regunya yang turut serta menjadi rakan seperjuangan politik mereka di kampung tersebut.

Ketika itu penulis sebagai Timbalan Ketua  parti keADILan, Bahagian Gombak telah meresmikan penubuhan cawangan parti keADIlLan Simpang Tiga,Gombak itu. Majlis perasmian itu boleh dikatakn agak meriah juga dengan hidangan berbagai-bagai juadah kuih muih telah dihiadangkan.

Cawangan Simpang 3 Gombak ini merupakan satu-satunya cawangan yang paling aktif  di bawah pimpinan Cikgu Jaliah dan suaminya En.Sham. Di depan halaman rumahnya,di Simpang 3  itu sering di adakan majlis ceramah politik pilihan raya menjelang PRU tahun 1999.
Sebahagian dari jumlah kambing biti-biri yang ada d tiga kandang ini.

Pada PRU itu 1999? Ustaz Ismail Kamus,calon PAS menang sebagasi ADUN di kawasan DUN Gombak Setia. Sementara Azmin  Ali,calaon dari keADILan menang DUN Hulu Kelanag.

Manakala calon Parlimen Gombak ,dari PAS Dr.Hatta Ramli,tewas di tanagan Tan Sri Zaleha Ismail dari Umno/BN.

Ketikas itu tiupan angin REFORMASI untuk membela nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim
yang ditendag oleh Mahathir dari kabinetnya sekaligus dari parti Umno secara kejam?

Suami isteri ini adalah rakan kongsi Cikgu Jaliah. kiri Wak Sarbin bin Ehsan dan isterinya Puan Bidah isterinya.
Ketika itu ledakan ombak  reformasi sangat kuat pengaruhnya dan bilangan insan-insan yang bersimpati terhadap nasib malang bekasTimbalan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Anwar Ibrahim, sangat hebat, tiada tolok bandingnya.

Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak dapat menerima cara Mahathir bertindak  dan memalukan Anwar Ibrahim. Tilam masuk Mahkamah pagi dan petang tilam di bawa keluar dari mahkamah.

Di zaman manusia masih belum bertamadun lagi iaitu di zaman Jahiliah pun? Benda-benda begitu tak pernah di bawa masuk ke dalam mahkamah pengadilan? Hanya terjadi di zamana regim Mahathir Mohamad aje.

UNTUK MEMPERKASAKAN PARTI (PKR).

Demi untuk memperkasa lagi Parti Keadilan Rakyat ? Chikgu Jaliah dan suaminya berusaha menubuhkan satu lagi cawangan (PKR) ini di tanah tumpah darahnya iaitu di tempat kelahiran mereka, di DUN.Cenderuh, di Padang Rengas,Perak.

Sebenarnya Cikgu Jaliah dan En.Sham ini berasal dari negeri Perak,tempat lahir mereka ialah di Daerh Padang Rengas,di kawasa DUN Cenderuh,di dalam kawasan Parlimen Padang Rengas, Perak.

Ayahandanya Tuan Ahjmad Mahir,semasa hayatnya dulu adalah seoarang peniaga bijeh timah yan g terkenal, kaya raya, di Perak yang berjaya dan terkenal sehingga mendapat gelaran O.K.K.(orang kaya-kaya)di Padang Rengas. 

Punya harta yang banyak dan.punya keluarga dan sanak saudara yang ramai bilangannya,di DUN Cenderuh,di dalam kawasan Perlimen Padang Rengas, Perak.

Tengah T. Shirt hijau muda ialah Cikgu Jaliah Ahmad Mahir sedang menggunting  sayur kubis untuk dijadikan makanan "dizert" kambing biri-biri ternakan Chigu Jaliah  dan rakan kongsinya. Kobis ini mesti dikeringkan terlebih dahulu barulah dijadi makan "Dizert"  kambing  biri-biri itu. 
Disebabkan suaminya En.Sham masih bertugas di Kuala Lumpur dan bermastautin di Simpang 3 Gombak,Selangor.Untuk menghidupkan cawangan baru parti (PKR) di DUN Cenderuh ini? 

Chikgu Jaliah  dan suaminya terpaksa berulang alik dari Gombak ke Padang Rengas,pada setiap hujung minggu.

Untuk itu Mereka terpaksa membelanjakan wang poket mereka sendiri setiap bulan sekurangnya RM2,000-00 demi memperkasakan dan demi cinta dan kasih sayang mereka terhadap parti politik yang telah mereka ceburi itu.


Pendek kata wang pencen bulan Cikgu Jaliah itu habis dibelanjakan demi memperkasakan lagi cawangan PKR di DUN Cenderuh itu.

Yang penting bagi mereka ialah agar cawangan baru parti (PKR) yang jadi kesayangan mereka itu? Dari hari ke hari jadi semakin dikenali dan semakin perkasa kedudukannya bagi persediaan untuk menumbangkan calon Parlimen BN dan calaun BN di 2 DUN yang lain itu yang berada di kawasan Parlimen Padang Rengas.

Malangnya,pada PRU ke-13 yang berlangsung pada 5hb.Mei 2013 dulu  itu.Calon Pakatan Rakyat di Parlimen dan dua lagi calon-calon(PR) di DUN di Kawasan Parlimen Padang Rengas tewas semuanya.

Sayur kubis yang dah dipotong-potong kemudia di jemur kering
Dalam konteks  kekalahan itu?Pada hemat Cikgu Jaliah dan suaminya En.Sham?

Adalah bertitik tolak dan pada hemat mereka bahawa kekalahan itu disebabkan pucuk pimpinan (PKR)prengkat PUSAT  dari Kuala Lumpur, langsung tak mahu mendengar pendapat dan buah fikiran AJK dan ahli-ahli parti yang berada bermastautin di tempat itu sendiri yang lebih arif tentang senario di kampung itu sendiri.

Terutamanya calon Parlimen Pakatan Rakyat dari parti PKR yang bertanding di Parlimen Padang Rengas itu sendiri.

Pucuk pimpinan PKR pusat memilih orang tempatan tetapi tokoh muda itu tidak popular di kawasan itu sendiri.

Menurut Cikgu Jaliah,calaon itu jarang sekali tunjuk muka di kampung itu dan langsung tidak ada buat sebarang khidmat kebajikan untuk para penduduk kampung tempatan itu sendiri.

Ujung-ujugnya? Ketiga-ketiga calon Pakatan Rakyat itu tewas akibat pucuk pimpinan parti di pusat langsung tidak mahu mendengar segala nasihat dan buah fikiran para  pemimpin tempatan kampung. Pucuk pimpinan parti pusat memilih dan lebih mengutamakan kroni beliau bertading di kawasan itu.

Sikap yang telah ditunjukkan oleh para peimpin PKR di perengkat pusat yang mahukan orang -orang kampung  hanya dengar cakap mereka aje? Men jadikan hati dan perasaan orang-orang kampoung itu jadi jengkel.

Sebaliknya segala buah fikiran dan gagasan oleh para pemimpin kampung dianggap oleh mereka sebagai pemimpin kampngan ? Jagoh kampung kononnya tak boleh di bawa ke tengah dan ke tepi.


Dedak makan kambing biri-biri ini berharga RM 40-00 sekampit dibelia dari faktory di Merlaka.
Oleh itu,hari demi hari, mereka jadi fedup dan bosan.Susu diberi?Tapi dibalas dengan tuba oleh pemimpin-pemimpin perengkat pusat? 

Justeru itu,maka dilihat semakin ramai yang mengundurkan diri mereka akibat feedup dan bosan.Kebosanan melihat gelagat bodoh sombong oleh para pemimpin pusat yang tidak sensentif terhadap perasaan orang lain yang berada di lapisan bawah di kampung-kampung yang bekerja untuk parti dianggap semacam hamba abdi aje.

PANORAMA KETIKA  PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN PARTI DI PERENGKAT PUSAT?

Memang sudah jadi hukum alam bahawa setiap para pemimpin sesebuah parti politk itu mesti ada para pengikut dan penyokngnya masing-masing? Orang yang tamak pada kuasa polititik atau pada kuas apa aje di dunia ini?

Kata orang Indonesia kemahuannya memang anih? Mahunya?Agar semua para penyokong atau anggota parti itu yang menjadi anggota partiyang di bawah pimpinnya itu harus patuh segala kepuusan mereka sekaligus hanya menyokong dan memberi sokongan hanya pada beliau dan konco-konca sahaja, ketika tiba tarikh haru pemilihan umum untuk memilih puck pimpinan parti? 
En.Sham sedanag cuba nak taksirkan berapa  kilo berta kambing itu pada penulis.
Isu ini lumrah terjadi baik di mana-mana sahaja di dalam lain-lain negara dunia ini? Ianya,sama sekali tidak menghairankan.Kalau boleh mereka mahu dapat kemenangan dengan mendapat sokongan undi sebulat suara darei anggota partinya itu..Jika dilihatnya ada tokoh-tokoh dari puak dan golongan yang ternyata tidak menyokong mereka? 

Maka golongan yang menentang beliau itu  akan dicemuh dan dikata nesta sekaligus akan dilabelkan sebagai pengkhinat dan sebagainya tanpa memikirkan perasaan orang-orang yang dicemuhnya itu. 

Chgu Jah dan suaminya tidak terkecuali dengan kata nesta itu. Bagi Cikgu Jaliah dan suaminya dan juga orang-orang lain yang menjadi regunya itu? Sama sekali tidak dapat menerima sikap kasar dan kurang ajar dan biadab yang telah dipamirkan oleh tokoh-tokoh pemimpin  politik yang begitu rupa?

Akibatnya/?Lantas dia/suami isteri berserta  konco-konconya merasa fedup dan bosan.
Sekaligus menolak sekuat-kuatnya atas sikapdan perkataan biadab yang telah dihamburkan ke atas mereka .

TUKAR AKTIVITI

Contohnya,Chikgu Jaliah dan suaminya kini menukar medan perjunagannya.  Dari arena politik yang caca-marba sifatnya  ke kadang kambing pula.Menerut mereka arena baru yang pilih itu? Suasan di sekelilingnyha lebih aman damai.


Kambing  INI, dipanggil oleh En.Sham sebagai jenis Marino.. Kata Cikgu  Jaliah dengan beralih berjuang ke kandang kambing ini? Hatinya suami/isteri ini akan ras lebih tenang dan mereka rasa lebih berbahagia berbudi dengan tanah dan binatang itu keuntungannya lebih lumayan,lebih pasti berbanding  menanam budi dengan manusia.
Menurutny,walaupun terpaksa mengeluarkan wang ringgit berpuloh ribu sebagai modal permulaan? Tetapi akan mendapat untung dan labanya yang lebih lumayan lagi dan halal dunia dan akirat.

Harga seekor kambing biri-biri untuk "AQIQAH" dan QURBAN paling murah bermula dari harga seekor RM750-00 ke atas .Penghantaran bergantung pada jarak dan lokasinya.

Kambing-kambing untuk "Aqiqah" dan Qurban? Ada di jual berbagai-bagai jensi beratnya dengan harga yang berbeza pula termasuk kerja-kerja menyembelih dan melapahnya.Upah memasak kambing-kambing (aqiqah) dan (korban) itu kira-kira RM300-00 aje.

Yang bermint? Silalah datang ke kandang kambing mereka ke alamat : Lubiiz Farm, di Lorong Mokhtar,KG. SUNGAI PUSU,LOT:5027,( UIA) GOMBAK.

TEL:O11-35186 371 WAK. 17-2355329 UJANG.010-4263734 YEOP. (Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar ninggal.blogspot.com at 1946 hrs on June 08,2015.

No comments: