MASJID TANAH 8 Jun – Semua ahli UMNO di seluruh negara perlu bersatu dan segera melupakan segala cabaran yang dihadapi dalam parti ketika ini.
![]() |
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin |
Menurutnya, sempena kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi beliau meminta semua pihak agar bermuhasabah diri dan kembali bersatu di bawah satu semangat parti yang sejati.
“Kemelut yang melanda kepimpinan negara ini seolah-olah cuba untuk terus melemahkan UMNO dan saya berharap pucuk pimpinan parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad tidak terus dilaga-lagakan.
“Saya menyeru kepada diri saya dan semua ahli parti untuk kita bermuhasabah diri bagi mengelak sebarang bentuk perpecahan dalam parti yang kita cintai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Muda di Dewan Datuk Seri Abu Seman di sini semalam.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Ab. Raof Yusoh. Majlis tersebut dihadiri lebih 100 pemimpin belia daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Parlimen itu.
Turut berlangsung adalah penyerahan tabung belia serta beliawanis dengan jumlah keseluruhan RM84,000 kepada wakil NGO belia bagi kawasan tersebut.
Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, situasi yang berlaku dalam parti ketika ini amat tidak digemari oleh golongan muda di negara ini dan pada waktu ini, perpaduan serta persefahaman harus ditingkatkan.( UTUISAN ONLINE-POLITIK).POSTED BY ABNMULYA / HJAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM AT 7.31 AM ON june 09,2015.
No comments:
Post a Comment