Monday, June 8, 2015

Ramalan BN akan kalah pada PRU ke-14?: Analisa oleh penganalisa politik bertaraf Nujum Pak Belalang. Nak tutup krisis politik melanda Pakatan Rakyat yang bakal hancur lebur dan berkecai...




Rabu,May 10,2015 @ 1.35pm.

PADA hari semalam iaitu pada tanggal 09/06/2015, menerusi portal Malaysiakini, didapati ada (02) dua orang penganalisis politik tempatan telah membuat ramalan kononnya pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU-14) Umno/BN akan kalah teruk dan mungkin kerajaan Umno/BN dah tiada lagi di arena politik Malaysia. 


Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tokoh-tokoh itu ialah Encik Ong Kian Ming dan Encik Wan Saiful Wan Jan.Encik Ong Kian Ming ini ialah ahli Parlimen DAP dari Serdang,Selangor.

Sementara seorang lagi ialah Encik Wan Saiful Wan Jan.


Kedua-dua penganalisis politik ini didapti sering diberi peluang oleh portal-portal pro-pembangkang, dilihat menulis mengenai politik semasa Malaysia di kedua-dua portal itu? 


Encik Ong Kian Ming ini ialah Ahli Parlimen DAP Serdang.Sudah tentu segala komen-komen politik beliau itu merupakan idea pembangkang dari parti DAP.


Apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN tak ada satu pun yang molek dan betul pada kaca-mata beliau sebagai seorang pembangkang yang tegar dari parti DAP. 

Jadi, segala komen-komen yang dibuat oleh beliau sudah tentu tak menghairankan? Selalu didapati tidak punya fakta yang betul.Main buat ramalan macam ( nujum Pak Belalag aje).

Komen-komennya itu? Jadi bahan ketawa setiap yang membacanya. Tidak merupakan tulisan seorang yang punya ijazah sains politik?

Mana ada pemimpin-pemimpin dari parti pembangkag di Malaysia yang kita lihat pernah ada memuji tentang apa yang telah kerajaan Umno/BN lakujkan untuk manfa'at rakyat? Kononnya semua salah,semua tak tak betul dan semuanya semua dicemik-cemikkan.

Haji Hadi minta Datuk Seri Najib Tun Razak jangan berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia atas desakan Mahathir? Itu pun jadi salah.

Sedanfgkan Haji Hadi Awang penulis lihat telah memberi nasihat yang ikhlas dan tepat pada masanya. Jika Najib undur pun?Tidak akan menyelesaikan masalah? Semakin akan jadi massalah yang lebih teruk lagi keadaan negara dan ekonominya.

Pengganti Najib bukan ada tongkat sakti? Boleh ubah semua masalah dengan gunakan tongkat saktinya itu? Nasihat Hadi Awang agar Najib jangan berundur pada masa ini?Kononnya jadi salah pada kacamata Kit Siang dan Guan Eng?Kononnya Hadi Awang sokong Umno.

Mana ada peluang bagi parti pembangkang akan menang  pada sesuatu pilihan Raya Umum di Malaysia ini? Kalau depa puji kerajaan pimpinan Umno/BN?

BERSABIT dengan hujah-hujahn En.Ong pun ? Dilihat tak ada sesuatu yang baru dalam komen-komennya itu.Beliau dilihat masih menyanyi lagu lama yang mana  layric  dan nada lama juga.Membosankan setiasp telinga yang mendengarnya.

Sementara penganalisis yang bernama Wan Saiful Wan Jan yang dikatakan sebagai Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (ideas).Saya selaku penulis dan juga selaku penganalisi politik tanah air?Saya sering membaca tulisan-tulisan beliau di mana nadanya semacam pro-pembangkang juga.


Tak tahulah samada beliau ini dah jadi ahli di dalam 3 buah parti pembangkag di dalam Pakatan Rakyat itu? Tak tahulah penulis tentang kedudukan beliau (Wn Saiful) yang sebenarnya? Tapi kalau tak berada-ada? Masihkan tempua itu bersarang rendah?

Saya nak komen tentang hujah-hujah Encik Ong terlebih dahulu dan kemudian saya akan ulas pula hujah-hujah Wan Saiful Wan Jan, jika saya ada masa dan difikirkan perlu.

Menurut Encik Ong Kian Ming bahawa beliau masih berpegang dengan pendapat lamanya bahawa Umno/BN akan kalah pada PRU yang akan datang ini berpandukan kononnya tiga isu besar di bawah ini:

1). Keadaan politik M.C.A/GERAKAN/M.I.C dan M.I.C.yang  menjadi kerabat Barisan Nasional dilihatnya masih berkemelut.

2),Dengan naiknya harga barang-baranag sara hidup rakyat

Mahathir dan lagak gayanya

3).Kemelut politik antara Najib dan Mahathir Mohamad semakin tegang.

Bersabit dengan kemelut di dalamMIC/MCA/GERAKAN itu? Ia merupakan masalah di dalam parti mereka sendiri. 

Pasti akan mereka selesaikan terutama ketika nak tiba pilihan raya umum nanti. 

Mereka(MCA/MIC/gerakan)mesti mahu parti mereka akan menang dan kemudian tokoh-tokoh politik dari parti-parti itu tentu mengharapkan akan dilatik oleh PM jadi menteri-menteri di dalam  kabinet Datuk Seri Najib.

Jika partinya mereka tak menang sebagai Ahli Parlimen? Tak ada peluang jadi menteri-lah? Tak ada kerja/ Siapa yang nak bayar gaji? Mereka pun aakn malu nak jadi mentyeri? Jika partinya tak menang banyak kerusi Parlimen? Sifat dan segan itu? Ada pada semua insan-insan yang masih bernyawa.

Macam kemelut politik yang sedang berlaku di dalam DAP itu sendiri ?Di mana hingga kini jawatan Setiausaha Agong DAP masih belum di sahkan lagi.Tergantung tidak bertali gayanya.

Apakah parti-parti yang berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu tidak berkemelut pada kaca mata En.Ong? Wah duh..Encik Ong ni macam buat tak tahu aje?


Krisis besar yang sedang terjadi di hari ini, dimana PAS telah memutuskan hubungannya dengan DAP.Keputusan itu telah diambil secara tegas di dalam Muktamar Pas beberapa hari yang lalu itu? Apakah itu bukan kemelut namanya wahai En.Ong,graduan politik sains?
Gajah boleh dilihat dengan pandangan mata.Tapi kuman mesti guna 
teleskop untuk lihat kuman itu. Tapi En.Ong dan Wan Saiful tak payah
 guna alat itu.Hebat betul pandangan mata mereka tu?
Janganlah macam itu En.Ong.Bak kata pepatah Melayu,"Gajah didepan mata tak nampak?Gambar gajah ada saya sertakan di atas itu. 

Tetapi  anih  bin ajaib,sebaliknya kuman yang kecil dan jauhnya pula berada beribu-ribu batu itu nampak pula?"Teropong apa En.Ong dan Wan Saiful pakai tu?

Malah ketiga-tiga parti ini kini sedang berkrisis lebih teruk lagi berbanding dengan  kemelut politik antara Najib dan Mahathir.


PAS dah tak mahu kerjasama lagi dengan DAP? Sementara DAP pula dilhat dah tak mahu berbaik-baik lagi dengan Pas? Baru jadi rakan kongsi politik hanya 7 tahun aje? Dah hentam, menghenam sesama sendiri. 

Umno/BN sejak merdeka hingga kini? Masih kukuh dan teguk ikatan perkongsiannya dengan rakan-rakan kongsinya itu.En Ong harus belajar pada Umno/BN untuk dpatkan formula macam mana dan apa bendanya yang Umno/BN pakai?

Sementara dalam Muktamr itu para perwakilan Pas dah tunjuk kekuatan, sapu bersih orang-orang Melayu Pas yang pro-DAP dari barisan AJK Pas 2015 hingga 2017.

Dengan adanya krisis politik ini? Tidakah En.Ong dan Wan Saiful sedar? Bahawa akan bertamabah jauh lagi jarak perjalanan bagi Pakatan Rakyat nak rasa menduduki Putrajaya?

Akibat dari krisis yang hebat ini? Mungkin Pakatan Rakyat akan berpecah belah lebih teruk lagi. Mungkin tak berapa lama lagi (PR) akan tiada lagi di arena politik Malaysia? Masing-masing membawa diri dengan laranya masing-masing.


Hakikatnya?Bukannya Umno/BN hilang dari pandangan mata dan lupa dari ingatan RAKYAT seperti di ramal-ramalkan oleh En.Ong, graduan Sains poliik dan Wan Saiful.

Buat Encik Ong dan Wan Saiful! Di sini saya nak beritahu mereka,agar jagalah baik-baik prestasi parti-parti di dalam Pakatan Rakyat itu, agar terus perkasa.


Jangan sibuk-sibuk buat ramalan yang karut marut yang bersifat  tak lebih lebih dari sifatnya apa yang dipanggil oleh cerdik pandai sebagai "perang urat saraf"yang karut marut semata-mata kononnya  Umno/BN akan jadi ini dan jadi itu?

En.Ong dan Wan Saiful harus mengetahui bahawa ramalan-ramalan yang mengatakan bahawa Umno/BN akan jatuh dan hilang dari arena politik Malaysia pada PRU yang akan datang ini? 

Bukannya ramalan-ramalan yang baru yang boleh menakutkan tokoh-tokoh Umno/BN? Ramalan itu dah basi .Jika makanan? Ia tidak boleh dimakan lagi.Mana ada rakyat Malaysia yang makmur dan punya makanan segar bugar yang berlebih-lebihan ini? Nak makan makanan yang dah basi yang boleh mendatangkan mudarat jika mereka makan?

Umno/BN benar-benar faham bahawa portal-portal pro-pembangkang menyiarakan tulisan yang mengatakan kononnya Umno/BN akan kalah pada PRU yang akan datang kononnya sekaligus Umno/BN hilang lenyap di arena politik Malayasia?

Semata-mata hanya "perang urat saraf"mahu mengalih  dan menutup perhatian para penyokong DAP, agar jangan lari jauh meninggalkan Pakatan Rakyat yang dilihat oleh rakyat hanya pandai berkrisis. Tak lebih dari itu. 

Parti DAP dan rakana-rakans kongsinya di dalam (PR) langsung tidak mahu memfokuskan kerja-kerja untuk memberi manfaat dan kebajikan rakyat yang memilih mereka pada PRU yang lalu di dua negeri iaitu, di Selangor dan di Pulau Pinang.

Untuk menutup kelemahn mereka itu sendiri? Maka portal-portal yang pro-pembangkang itu telah digunakan cara sukarela atau sebaliknya?

Digunakan untuk merekacipta kisah-kisah dan cerita-cerita karut marut,dengan persepsi kononnya Umno/BN akan tewas pada PRU yang akan datang sekaligus kononnya Umno/BN akan hilang di arena politik Malaysia. 

Satu analisa yang sangat jahil,dangkal dan begitu cetek minda fikirannya, seolah-olah tidak tahu langsung dengan sejarah perjuangan Umno/BN di arena politik Malaysia.

Mereka semacam tidak tahu usia parti Umno/BN ini dah berusai berapa abad? Pada hemat mereka kononnya Umno/BN ini macam baru lahir semalam.Sebagai anak-anak mentah yang boleh dikota-katikan sewenang-wenangnya?

Ramalaan yang bodoh dan dangkal yang diutarakan oleh En.Ong dan Wan Saiful itu?Sebenarnya telah dibuat oleh panganalisis-penganalisis politik tanah air sejak dulu-[dulu lagi iaitu, di era Malaysia ini masih di bawah kuasa Perdana Menteri Malaysia di era Mahathir lagi yang kini dah berada bersama-sama portal media sosial yang pro-pembangkang.


En.Ong dan Wan Saiful hanya menyambungnya aje idea itu.Bukan idea tulin dari Ong dan Wan Saiful?
Photo Anwar Ibrahim paling tersohor di era
 permulaan reformasi pada tahun 1998.

Peesepsi itu bermula dari peristiwa Mahathir tendang Anwar Ibrahim dari kabinetnya sekaligus dari parti Umno. 


Contohnya pada PRU tahun 1999. Banyak penganalisis politik tanah air meramalkan kerajaan Umno/BN pimpinan Mahathir akan jatuh akibat tiupan angin REFORMASI ciptaan Anwar Ibrahim itu?


Ledakannya bak punya kekuatan angin semacam dibawa oleh angin (PUTING BELIYONG) ciptaan Allah swt . Yang Maha Perkasa. 

MEMANAG ADA MENURUN


Kita akui memang ada penurunan pencapaian parti UMNO/BN setelah angin reformasi tiupan Anwar Ibrahim itu diorbitkan di merta tempat di dalam Malaysia ini.? 

Bukannya DISEBABKAN angin tiupan oleh Kit Siang dan Guan Eng yang tidak punya power apa-apa pun bagi orang-orang Melayu tanpa Anwar Ibrahim.

Pengaruh politik Kit Siang dan Guan Eng hanya berjaya kepada pengundi kaum Cina aje yang bersifat minoriti di Maklayhsia ini. Itu pun disebabkan kedua-dua  tokoh politik ini sering menggunakan sentimen perkauman Cina  untuk mendapatkan sokongan.Tak lebih dari itu.

Semasa di Singapura dulu Kit Siang hanya sebagai Ketua Union pada para pekerja buruh di Tanjung Pagar,Singapura.Sama aje tarafnya macam Ketua Union parsatuan Cuepac dan sebagainyanya yang berada di Malaysia ini

Penulis pun  dulu rakyat Singapura.Kenal betul dengan Kit Siang itu.Tak usah nak jual koyok pula di Malaysia ini.Tanpa Anwar Ibrahim DP akan jadi macam takuk lama aje.Sam-samlah kita lihat!

Anwar Ibrahim? Adalah pemimpin besar ABIM.Petah berpidato dan punya kawan-kawan politik antara bangsa yang berpangaruh di Amerika,di Eropah dan di negara-negara Islam, di Timur Tengah.

Di zamn mudanya dan di zaman beliau jadi Tim.Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilihat masih berwajah tampan kurniaan Allah swt. yang menjadfi daya tarik yang sangat kuat.Tanpa dipanggil secara sukarela akan datang memberi sokongan pada Anwar Ibrahim?

Mahathir pun pernah mengakui bahawa Anwar Ibrahim itu syaitan dan iblis pun dapat beliau pengaruhi.Jika  Mahathir tak cept-cepat bawa Anwar berada di dalam regimnya? Paling lama Mahathir boleh jadi PM tak lenih dua penggal aje.

TERENGGANU TUMBANG

Kerajaan Terengganu berjaya di ambil oleh PAS pada PRU tahun 1999. Dan beberapa buah kerusi Parlimen(MP) dan ADUN jatuh ke tangan parti pembangkang di lain-lain negeri seperti Kedah,Pahang dan sebagainya walaupun dulu-dulunya tidak pernah terjadi? Itu kita aku hakikatnya.

Dalam dunia politik?Perubahan yang kecil itu memang biasa aje,tetapi sekalai-kali tidak  boleh mengubah landskape politik Umno/BN di arena kekuasaan politik. Walau pun Umno/BN tidak ada kerusi  (dua per tiga) di daalm Parlimen Malaysia?

Tetapi dengan bangga dan bergaya, lihastla bahawa Putrajaya tetap dikuasai oleh Umno/BN walaupun dengan "simple majority?' 

Datuk Seri Najib Tun Razak tetap utuh sebagai Perdana Menteri Malaysia yang punya kuasa veto yang tertentu di dalam masalah memerintah negara dan parti Umno itu sendiri. 

Yang penting itu ialah "kuasa politik".Mesti berada di dalam tangan Umno/BN.Tiada boleh terlepas pada orang lain?

Beliau (Datuk Najib)  masih selesa.Yang tak selesa hanya Mahathir disebabkan cita-cita dan harapan untuk menghidupkan legasinya di Malaysia ini dilihat semakin jauh disishkan dari masa ke masa.

Sedangkan yang sedang  jadi PM hari ini ialah, Datuk Seri Najib legasi Tun Razak. Dan di Singappura pula dikuasai oleh legasi Lee Kuan Yew yang jadi musuh politik Mahathir.

Mungkin esok atau lusa pula? Legasi Hussin Onn pula akan berada di mercu kekuasaan di Malaysia dengan izin Allah swt.? Itu adalah kehendak Allah swt. Yang Maha Berkuasda atas sesuatu.

Selaku hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa? Kita harus redza menerima takdir yang ditentukan oleh Allah itu.

Itu tidak kita nafikan.Tetapi tidak bererti kuasa kerajaan pusat yang Umno menjadi tunjangnya hilang kuasa?Umno/BN masih berkuasa walau kurang sedikit kerusinya di Parlimen.


Begitu juga terjadi pada PRU ke-11 pada tahun 2004.Pak Lah sebagai Presiden Umno mengambil alih kuasa dari Mahathir pada ujung tahun 2003?

Banyak penganalisis politik terutamanya yang suka melalut tulisannya di dua portal pro-pembangkang dilihat sering membuat analisanya ( ala-ala nujum Pak Belalang) meramalkan parti UMNO/BN akan tersungkur PRU ke-11 itu? 


Kononnya Pak Lah tak sehebat Mahathir? Ujung-ujungnya? Pak Lah telah mendapat kepercayaan rakayt Malaysia luar biasa.Lebih hebat dari Mahathir.Nasib dan tuah seseorang itu adalah benda-benda yang ghaib.Tak mampu kita insan yang lemah ini mengatasinya.

Pada PRU itu Pak Lah telah dapat kemennagan besar  di Parlimen Malaysia.Kemenangan Pak Lah merupakan landslide victory.


Mahathir pun tak pernah dapat kemenangan sebegitu hebat mengatasi rekod politik Mahathir. Walau pun Mahathir dah jadi PM Malaysia selama 22 tahun. Sejauh ingatan saya? Mahathir tak pun mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan gilang gemilang yang di catatakan oleh Pak Lah itu?

PADA( PRU ke-12) pada tahun 2008 .Akibat KONFRONTASI yang terjadi antara Pak Lah dengan Mahathir begitu tinggi sohonya? Anihnya? Mahathir itu sendiri mengangkat dan menyerahkan kuasa politik pada Pak Lah sebagai PM dan sebagai Pemangku Presiden Umno. 


Entah apakah sebab-sebabnya? Kerana kehendak pribadi Mahathir itu sendiri tidak dipenuhi oleh Pak Lah  ke? Atau lain sebab-sebab lain yang bertaraf rahsia? Hanya mereka berdua aje yang tahu? Ahli-ahli Umno tak tahu apa-apa pun?  

Malangnya ?Menjelang setahun dua lagi sebelum berlangsungnya PRU ke-12 itu?Mahathir dilihat terus-terusan menghentam Pak Lah secara terbuka dengan kata nesata yang berbagai-bagai bentuk seharusnya tidak patut dihamburkan oleh Mahathir,bekas PM yang diangkat oleh parti Umno? "Pak Lah kuat tidurlah," dan sebagainya.
Pak Lah  PM yang mendpat
kemenangan"Lndslide Victory"
bagi Umno/BN pada PRU tahun 2004.
Satu kemenangan mengalahkan
rekod Mahathir tak pernah dapat
kemengan begiut rupa walau pun
jadi PM Malaysia 22 tahun
lamanya. Ketentuan Allah swt .,itu
Maha Hebat.


Tiba-tiba Mahathir menghentam Pak Lah pemimpin besar Umno juga ketika itu? Mahathir langsung tidak membuat kira-kira kesan hentaman itu terhadap nama baik Pak Lah khasnya dan pada nama baik Umno itu sendiri umumnya?


Sikap Mahathir terus-terusan menghentam Pak Lah itu? Tidak adil,tidak kena pada tempatnya. Sangat dikesalkan dan sangat dibenci oleh orang-orang Umno khasnya dan juga oleh orang-orang Melayu Malaysia umumnya.


Kenapa mulut Mahathir terlalu celupar dan gatal sangat? Nak kata masih muda dan berdarah panas? Pun tidak.


Kini dia dah berudsia 90 tahun lebih.Ketika itu Mahathir sering mengorbitkan nama Najib Tun Razak supaya cepat jadi PM dn Pak Lah harus berundur.


Kalau pun Mahathir tak suka pada Pak Lah pun? Ketika itu Mahathir dah bersara dari jawatan PM dan di dalam Umno pun Mahathir dah kalah teruk di dalam pertanding untuk merebut jawatan Ketua Bahagian Umno (Kubang Pasu).

Ertinya beliau hanya jadi ahli Umno biasa aje.Mahathir sesungguhnya tidak punya hak dan kewajaran untuk melanyak Pak Lah  begitu rupa? Malaysia ini kepunyaan rakyat Malaysia. 

Yang di Pertuan Agong dan raja-raja Melayu Malaysia yang punya hak yang lebih istimewa tak berbuat demikian?Negara Malaysia yang berdaulat ini?Bukan hak sebagai (sole proprietor).Tuan punya tunggal bagi seseorang itu? Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia.

Walaupun begitu hebat serangan Mahathir terhadap Pak Lah. Parti Umno/BN telah berjaya menang dengan 140 kerusi di dalam Parlimen Malaysia.Masih jadi tunggak kerajaan pusat Umno/BN. 

England pun dikuasai oleh parti yang menang sinple majoriti aje bukan cukup (dua pertiga) di dalam Parlimen Englang itu sendiri. 

Justeru itu,parti yang jadi tunggak di dalam Parlimen England itu tidak boleh dikatakan jatuh.Kuasa politik yang bertaraf simple majority masih berada di tangannya.Jadi ,penganalisis politik tempatan di Malaysia ini harus jaga mulut dan sopan terutama yang berketurunan Melayu dan yang bernama Melayu? 

Jangan izinkan mereka dijadikan alat oleh golongan yang dilihat sangat berasngan-angan bernafsu kuat untuk menguasi Putrajaya  denggunakan menggunakan mereka sebagai alat/ Jika Melayu? 

Digunakan sebagai alat untuk pecah belah perpaduan Melayu itu sendiri. Sentiasalah jaga jadi diri anda dan jadi pagar yang memakan padi di n egara anda sendiri..

Setelah Pak Lah berundur pada tahun 2009.Kuasa pentadbiran telah diserahkan pada Datuk Seri Najib sebagai Pemangku Presiden Umno dan selepas itu pada Perhimpunanm  Agong Umno? 

Mak Datuk Sri Najib telah dilantik oleh Pewakilan Umno sebagai Presiden Umno dan Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno tanpa bertading.

Pada PRU ke-13,iaitu pada 5 hb.Mei 2013 pun Mahathir dah mula menyerang Datuk Seri Najib degan bermacam-macam komen.Pun begitu Umno/BN berjaya menang kerusi Parlimen sebanyak 133 kerusi.Ertinya kurang 7 kerusi dari pencapaian Pak Lah pada PRU-12.

Semua orang dah tahu dah bahawa Pilihan Raya umum ke-14 akan tiba lebih kurang (dua setengah tahun) lagi.Sejak anaknya Mukhriz tewas untuk merebut jaewatan Naib Presiden Umno pada pertanding pimpinan Umno lebih kurang satu tanun setengah yang lalu?

Mahathir secara terus terang menerusdi komen-komen terhadap keputusan itu? Dilihat amat kecewa dengan kekalahan anaknya itu dengan hanya 10 undi sahaja.

Justeru itu dia berusaha terus menyerang pimpinan Najib dengan berbaga-bagai cara dan kini Mahathir menggunakan "giarnya"kewreta komennya semaksimum yang ada di tangannya. Isu kerugian  1MDB rugi RM42 bilion itu. Jadi bom untuk diletupkannya terhadap Datuk Seri Najib?

Kerugian beliau merugikan negara dengan urus niaga forex,memaksa MAS beli saham dari Tajudin Ramli dengan harga RM 8.00 sedangkan haraga semasa ketiga  itu hanya RM 3.68 sen satu lot? MAS rugi RM9.4 bilion.

Isu lenyapnya Bank Bumiputra yang ditubuhkan oleh Tengbku Razaligh Hamzah, bekas Menteri Kewangan Melayu pertama atas arahan Arwah Tun Razak.Kerugian Perwaja dan banyak lagi kerugian negara.di era pemerintahnya. 

Ditaksirkan negara telah rugi sebanyak RM100 bilion di era Mahathir  jadi Ketua Pemerintahan Malaysia.Dalam konteks kelesapan wang negara ini? Mahathir dilihat kononnya beliau semacam tak berbuat salah dan silap?Beliah nyap aje.Buat tak tahu aje? Buat muka toya aje?

Mereka diamkan diri aje. Sembunyikan di bawah karpet buatan dari India itu dengan tebalnya. Ditaksirkan sebanyak RM100 bilion wang negara hilang lenyap akibat ketidak cekapnya Mahathir memerinta negara?

Isu-isu itu  tidak dijawab dan disentuhnya sama sekali.Isu yang dipekik-pekiknya ialah kerugian isu 1MDB semata-mata? Apa sahaja penerangan yang telah dibewrikan oleh Menteri Kewangan 2 negara langsung tak mahu diterima oleh Mahathir.

Apa sahaja figure dan fakta yang telah diberikan kononnya semua tidak memuaskan hatinya?Sebenarnya dia ni siapa? Perlu dilayan apa sahaja permintaannya? 

Orang macam ini tak perlu dilayan.Pecat segera dari Umno kali ke-2 macam Tunaku Abdur Rahman Putra lakukan dulu.Pencilkan dia dengan apa cara aje hattan dengan menggunakan semua instrument negara. Cakap dan tindakannya semata-mata untuk menghura harakan Umno/BN nak bertugas untuk rakyat?

Kepada para penganlisis tempatan baik dari Universiti dan sebagainya harus ingat bahawa jika para pemimpin parti pembangkang semuanya masih bernafas dan benyawa? 

Mereka harus mengakui hakikat ini bahawa para pemimpin Umno/BN pun masih hidup dan bernyawa dan sentiasa berada di dalam keadaan segar-bugar,sekaligus  siap siaga bertempur di medaan juang apa sahaja kategorinya.

Setiap action dari pemabangkang/? Pasti akan di sambut dengan re-action dari pemimpin Umno/BN lebih tangkas lagi. Ini,telah dibuktikan oleh Umno/BN semasa era Mahatir hingga ke era pemerintan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Umno/BN berazam.Berazam tetap berada dipuncak kuasa. Umno/BN akan mempastikan bahwa parti keramat ini akan terus hidup dan menjaga kedaulatan negara dan raja-raja mereka dengan apa daya upoaya aje. 

Pantang undur sebelum berjuang. Lawan tetap lawan biar seribu orang gaya Mahathir yang datang?( Posted  bya abn mulya /Haji Abu Bakar Ningal.blogspot.com.at 135 pm on June 10,2015.

2 comments:

Hidup Melayu Islam said...

Pada ramalan saya DAP akan kalah teruk di pilihanraya ke 14 bersama Pak turut PKR.UMNO dan BN akan menang besar,PAS akan bertambah undi.

kamarudin said...

Walau bagaimana baik sekali pun manusia merancang,tpi Allah maha merancang,dan setiap kebatilan akan lenyap dan Allah gantikan yg baru,mana2 pati yg telus ikhlas kerana Allah inn shaa Allah, Allah akan beri kemenangan,kita tengok jer lah,pati mana yg dipilih rakyat selamat mengundi rakyat melaysia.