Ahad,June 14,2015.@2,16pm
Penulis memang mengenali Sdr.Samad Said dan isterinya Puan Salmi Manja sejak penulis bermastautin di Singapur sejak tahun 1951 iaitu semasa Singapura masih berada di tangan penjajahan British lagi.
![]() |
Penampilan Satrawan negara Malaysia,Samad Said, ala style Pejuang besar Vietnam Utara melawan Amerika pada perang 1960an hingga 1975. Ho Che Minh. |
Di Singapura dulu kami sering bertemu muka dengan Sdr.Samad Said dan isterinya Puan Salmi Manja,di ketika aktiviti-aktiviti pergerakan badan-badan sastera dan kesenian di Singapura yang sering menganjurkan pertandingan majlis baca sajak,majlis berdebat,majlis pidto dan sebagainya di Balai Raya di Singapura.
Di majlis-majlis pidato,di majlis-majlis pertandingaan membaca sajak dan sebagainya yang merupakan pilihan utama aktiviti-aktivit isterinya,Puan Salmi Manja selaku seorang penulis sajak yang terkenal di ketika itu.
Sdr.Samad Said ketika itu sedang betugas di akhbar Utusan Melayu dan kemudiannya di Straits Times dan Berita Harian di bawah pimpinan wartawan tekenal Sdr.Samad Ismail.
Bagi kami? Samad Ismail ini, lebih dikenal dengan panggilan Pak Samad aje. Penulis dan beberapa orang lagi wartawan yang bertugas di akhbar Utusan dan Berita Harian,di Malaysia ini?
Merupkan anak-anak muridnya sebagai (Pak Samad) yang pernah menjadi guru penulis dan kawan-kawan kami semasa mengikuti kursus wartawan di Singapura,di Jalan Pagak,di Kg.Melayu ,Singapura.
Pak Samad Ismail sering memberi kursus dan ceramah-ceramah di bidang kewartawanan,di Kg.Pagak,Singapura anjuran salah sebuah pertubuhan yang cergas bergerak di bidang sastera,kesenian dan kebudayaan Melayu dan sebagainya.
Pak Samad Ismail ini,semasa hayatnya,ketika masih bermastautin di Singapura , bertugas di akhbar Strait Times dan Berita Harian,di Singapura sebagai Ketua Pengarang ,Sangat popular namanya di bidang kewartawanan dan sekaligus segala tulisan-tulisan politiknya sangat ditakuti dan disegani terutama oleh penjajah British yang ketika itu masih menjajah Singapura.
Tulisan Pak Samad tegas,tajam dan menyengat.Pada pilihan Raya Umum untuk mendapatkan 'pemerinth Sendiri" ( self goverment) di Singapura dari penjajahan Briish.
Penulis turut jadi pengundi yang sah dan termasuk pada pilihan raya terkemudinnya iaitu semasa Lee Kuan Yew yang memimpin parti (PAP) People Action Parti, di Singapura berkuasa setelah berjaya dengan kemenangan besar menggulingkan kerajaan Lim Yew Hock.
Pak Samad Ismail turut serta terlibat sebagai salah seorang tokoh politik Melayu bersama-sama Lee Kuan Yew menubuhkan(pengasas) pari PAP di Singapura, untuk digunakan sebagai satu wadah yang sah untuk mencapai kemnerdekan Singapura dari penjajah British.
![]() |
Arwah Presiden Soekarno dari Indonesia sedang berunding dengan Presiden Vietnam Utara sekitar tahun 1956 |
Apabila Berita Harian dan Strait Times mebuka cawangan pejabatnya di Kuala Lumpur,maka Pak Samad Ismail dilihat terus berpindah bertugas di Kuala Lumpur memimpin akhbar yang sama juga di K-Lumpur.
Lantas Pak Samad Ismail membawa bersama-sama beliau beberapa orang para pemberita dan juga beberapa orang "sidang pengarang" Berita Harian/ Strait Times, termasuk Sdr.Samad Said,Shukur Haron dan lain-lain lagi. Tak dapat penulis sebutkan nama-nama mereka.Dah lupa dah...
Banyak lagi golongan sasterawan yang dulu bertugas dan mengasah bakat penulisan mereka di bidang penulisan dan sastera di Singapura melalui majalah-majalah dan akhbar-akhbar terbiatan Singapura.
Kemuduannya ada yang bak sireh pulang ke gagangnya,ada yang berhijrah dan lantas bermastautin di Kuala Lumpur dan di Selangor,di Malaysia, telah dipilih dan diangkat oleh kerajaan Malaysia sebagai sasterawan negera.
Sebagai sasterawan negara banyak jenis insentif telah diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mereka.
Nama-nama mereka ialah seperti Pak Samad Ismail,Keris Mas,Abdullah Husin, Osman Awang,nama penanya ( Tongkat Waran) dan beberapa orang lagi termasuk tokoh sastera negara yang bernama Samad Said, menetap di Singapura, kemudian berhijarah ke Malaysia dan jadi rakyat Malaysia.
Mereka telah diberi kerakyatan Malaysia oleh pemerintahan Malaysia yang selama ini ditunjangi oleh parti politik Umno/BN sejak mencapai kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 dulu hingga kini.
Samad kini dah berusia 80 tahun dan penulis kini dah berusia 77 tahun. Ertinya kami ini telah berada di tempat benar-benar di penghujun jalan perjuangan untuk menghabiskan sisa-sisa usia senja yang masih dipinjamkan oleh Allah swt., di dunia yang maya pada ini.
Menerusi portal Malaysiakini penulis dapati bahawa Samad Said mengambl keputusan menyertai parti DAP mulai semalam iaitu, pada tanggal 13/06/2015. Kit Siang telah memberi gelaran politik pada Samad Said sebagai "Pahlawan Ubah".
Bagi Saya kemasukan Samad Said ke parti DAP itu tidak menghairankan. Jika kita ikuti setiap sajaknya,setiap cerpennya dan setiap noverl-novelnya dan di setiap ceramah politiknya di majlis-majlis ceramahnya di parti-parti pro-pembangkang??
Ternyata Samad Said ini? Sejak dulu-dulu lagi adalah seorang yang berfahaman kiri iaitu, orang yang berfahaman idelogi sosialis. Konsep perjuangan politiknya ialah mahukan semuanya sama rata,sama rasa belaka.
![]() |
Presiden Vitanam Utara Ho Chi Minh mendapat lipuitan dari majalah Times. |
Beliau adalah anak didik Pak Samad Ismail. di dunia kewartawanan. Jika Pak Samad Ismail ( Pak Samad ) itu tidak menganut fahaman idelogi politik sosialis juga?
Mana bisa? Dia bersama Lee Kuan Yew telah mengasas dan menubuhkan parti PAP ( People Action Party) Parti sosialis di Singapura?
Penulis berada di Vietnam Selatan,di Saigon, selama 8 tahun iaitu bemula dari tahun 1967 hingga 1975.
Iaitu semasa perang Amerika di Vietanm Selatan dengan Vietnam Utara. Pemimpin yang jadi hero pejuagn kebngasan Vietnam Utara tersohor ketika itu ialah Ho Che Minh menganuti idelogi politik sosialisme.
Sewaktu perang dulu pun gambar Ho Chi Minh,walau pun dilaranag diedarkan di Vietnam Selatan?
Tetapi tetap bersepah di sana sini di Saigon. Kini Saigon dah pun di bawah takluk Vietnam Utara berm ula pada tahun 1975.
Ketika penulis membuat lawatan di Saigon selepas perang pada tahun 1990 dan 1993? Wah duh gambar Ho Chi Minh di dapati semakain bersepah di sana sini di dinding di pejabat kerajaan Vietnam di Bandar Ho Chi Minh. Penulis sangat cam dengan wajah Ho Chi Minh itu.
SEMACAM PEJUANG VIETNAM UTARA PRESIDEN HO CHI MINH?
Pejuang politik yang bernama Ho Che Minh ini? Seorang pejuang berfahaman sosialis yang sangat rapat hububngannya dengan para pemimpin tanah besar China seperti Mao Zee Tong, Chong Eng Lai dan sebagainya. Bapak Bong Karno( Presiden Soekorno) di Indonesia pun m erupakan kawan rapat dan rakan seperjunagna dengan Bong Karno.
Jika kita lihat penampilan Samad Said, dari segi pakaian, rambut,janggut dan misainya? Jika dilihat dari jauh- jauh?
Bahawa penampilan beliau itu tak ubah menyerupai semacam pejuang politik Vietnam Utara, yang menganut fahaman politik idelogi sosialis Presiden Ho Che Minh,bapak perjuanagn Vietanam Utara, pejuang politik sosialis yang pekat melekat.
Perbezaannya misai dan janggut Ho Chi Minh tak setebal semacam Samad Said. Itu merupkan perbezaan yang sangat nyata.
]
Saigon, ibu kota Vietnam Selatan sebelum di rampas oleh Vietnam Utara, pada peperangn 1965 hingga 1975 bernama Bandar Saigon.(Saigon city).
![]() |
Bekas Presiden Ho Chi Minh dengan pos istimewanya |
Tetapi setelah di tawan oleh pejuang Vietnam Utara,pada 1975 di mana pemimpin besar yang jadi idola mereka ialah,Ho Che Minh?
Maka bandar Saigon yang menjadi IBU KOTA Vietnam Selatan,semasa era peperangan dengan jolokan oleh para pelancong seluruh dunia sebagai Kota Paradise.
Kini nama ibu kota Saigon itu telah bertukar iaitu, sejak 1975 degan nama barunya sebagai Ho Che Minh City.
Mengambil nama besar pejuang nasionalis mereka yang sangat dipuja puji oleh rakyat Vietnam Utara.
Bekas Presiden Ho Chi Minh,dianggap oleh mereka sebagai pejuang nasional Vietnam Utara yang merupakan "Bapa Kemerdekan Vietanm."
Bapak Kemerdekaan Vietnam yang berjaya mengalahkan Amerika dalam peperangan merebut semula Vietanm Selatan menjadi satu. Vietnam Utara dan Selatan kini dah jadi satu. Macam Jerman Barat dan Jerman Timur. Vitnam Utara dan Vietnam Selatan kini mempunyai para penduduknya lebih 80 juta orang ramainya.
TERLALAU LEWAT MENYERTAI DAP
Bagi penulis.Yang menyedihkan? Kenapa Samad Said terlalu lewat menyertai parti DAP di ketika usia Samad Said dah berusia 80 tahun?
Boleh dikatakan dah terlalu lewat sekali,iaitu di ketika usianya benar-benar sedang berada di penghujung senja dengan tenaga lahir dan batin yang dah tak segagah mana?Jika tenaga lahir dan batin itu telah jadi mengendur? Pasti sumbangannya terhaap parti DAP turut jadi mengendur juga.
TIDAK MEMUDARATKAN UMNO/BN.
Jika kita bercakap fasal kesannya terhadap kekuatan Umno/BN dengan adanya Samad Said berada di dalam parti DAP?
Sesunggunya! Bagi hemat penulis dan mungkin juga lain-lain pengulas politik tempatan pun sependapat dengan penulis. Tak punya kesan apa-apa pun( harmless) dan tidak boleh memudaratkan keutuhan Umno/BN itu sendiri?
Biarkanlah Samad Said berada di arena politik pilihan beliau itu sendiri?
Arwah Sasterawan Abdul Muluk bin Daud.Nama penanya ( Dharmala N.S.) sahabat karib penulis dan beliau merupakan pengarang majalah( Intisari dan Dzul Nurain) kepunyaan penulis sendiri,adalah tokoh sasterawan yang telah menyertai parti DAP berbelas tahun lamanya.
Menurut beliau, pada PRU ke-11 tahun 2004 ketika itu Pak Lah jadi PM. Beliau mengambil keputusan keluar meninggalkan DAP dan beliau berkata,dari segi politik jika dia terus berada di dalam DAP?
Beliau tidak ada masa depan yang cerah yang akan diberikan oleh DAP kepadanya. DAP tidak ikhlas melayan para pemimpin Melayu yang menyertai DAP.
Semata-mata untuk dijadikan oleh DAP sebagai alat. Pada Pilihan Raya Umum 1999? Beliau tewas teruk.
Dharmala N.S.diletakkan oleh DAP bertanding di kawasan yang tak selamat iaitu, di kawasan Parlimen Segambut, di dalam kawasan parlimen Wilayah Persekutan.
Di kawasan Parlimen Segambut itu sendiri tak ada kawasan DUN.Sedangkan pengundinya sangat besar jumlahnya. Jadi,tidak ada langsung tenaga sampingan yang boleh membantu segala kerja-kerja parti dalam menghadapi sesuatu pilihan raya umum itu? Sangat menyedihkan.
Bilangan pengundi Melayu tidak sebesar pengundi Cina dan India. Jika tidak punya wang poket sendiri untuk ongkos belanja pilihan raya di kawasan tersebut? Tak usah harap akan menang.Hilang wang pertaruan sudah pasti.
Tak usahlah turut bertanding. Terutamanya calon Melayu dari DAP.Kawasan tersebut dulunya ialah kubu kuat parti GERAKAN yang didominasi oleh keturunan Dr.Lee.
Para pemimpin Melayu diletakkannya bertanding di kawasn yang tak selamat.Tidak seperti calon-calon DAP dari kaum Cina diletakan di kawasan selamat belaka.
Semasa berada di dalam DAP Dharmala N.S.atau ( Abdul Muluk Daud) jawatannya ialah sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP. Ditugaskan memberi ceramah politk di kawasan-kawasan miniriti Melayu dan juga di kawasan-kawasan majoriti Melayu di serata Malaysia.
Disamping itu beliau juga diminta menulis teks ucapan dalam bahasa Melayu untuk tokoh-tokoh politik DAP dari kaum Cina yang akan berucapa di dalam bahasa Melayu.
Semasa beliau berada di dalam parti DAP? Boleh dikatakan kebanyakan ucapan tokoh-tokoh DAP itu akan menggunakan Teks ucapan yang telah ditulis oleh Dharmala N.S. Baik pun mereka berucapa di majlis kempen-kempen pilihan raya di merata tempat atau pun berucap di Dewan Negeri dan di parlimen dan sebagainya?
Imbohannya pula boleh dikatakan tidak berbaloi dengan kerja-kerja yang telah beliau lakukan. Besar kemungkinan sasterawan negara Samad Said akan ditugaskan menggalas segala kerja-kerja yang dibuat oleh arwah Dharmala N.S. nanti?
Selaku Timbalan Setiausaha Agung DAP? Banyak kisah-kisah sogsang yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat telah Dharmala N.S.ceritakan pada peulis.Biarlah semuanya itu penulis jadikan bahan rahsia untuk penulis sendiri.
Ia merupakan cerita yang karut-marut sifatnya? Jika ada pucuk pimpinan DAP yang cuba mendabik dada kononnya mereka semua adalah para pemimin yang suci bersih dari segala perbuatan yang bersifat noda.
Segala apa yang telah didedahkan oleh Dharmala N.S. pada penulis itu? Tetap berada di dalam buku catitan penulis berhubung dengan perbuatan-perbuatan songsang yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan DAP lakukan?
Tak ada bumi yang tidak pernah diimpa hujan? Tiada ada satu pun lautan PUN didun ia ini yang tidak dilanda gelombang? Selagi manusia itu bergelar manusia? Perbuatan silap dan salah yang disengajakan atau tidak disengajakan pasti telah atau pun akan berlaku?
ORANG-ORANG MELAYU TAK KISAH PUN.
Orang-orang Melayu sebilngan besarnya langsung tak ambil kisah dengan kemasukan Samad Said di dalam DAP itu. Lantaklah Samad Said dengan pilihannya itu. "Tak ada aku kisah," komen mereka kebanyakannya bila ditanya oleh penulis di sana sini?
Persoalannya? Lazimnya insan-insan yang telah berusia lanjut itu kekuatan tenaga lahir dan batinnya pasti dah begitu menurun dan kendur sekali?
Ini tak boleh dinafikan.Penulis yang telah berumur 77 tahu itu sudah terasa kesan penurunannya di segala aspek batang tubuh.Tak segagah semacam di zaman muda dulu?
Justeru itu mampukah Samad Said yang dah begitu lanjut usianya sebagai tokoh politik baru Melayu DAP yang mana telah diberi gelaran yang hebat oleh Kit Siang sebagai (panglima ubah)membuat perubahan terhadap (landskape politik) Malaysia yang boleh dinilai akan memberi manfaat yang sangat besar pada perjuangan DAP yang berangan-angan besar di Malaysia?
Yang paling nyata? Kini DAP dilihat sedang berkemelut politik dengan PAS begitu tegang? Umumnya rakyat Melayu dilihat begitu meluat melihat lagak dan gelagat DAP yang angkuh ini. Pemimpin besar golongan ulama' PAS langsung tidak dihormatii oleh DAP.
Tidak menghormati pemimpin PAS golongan ulama? Bererti tidak menghormati orang-orang Melayu yang tidak menjadi anggota parti PAS pada keseluruhannya. Ulama' itu adalah pewarsi Nabi.
Orang yang beragama Islam walaupun berlainan fahaman politik? Tetapi tetap menghormati para ulama' yang jadi pewaris nabi itu.
Mampukah Samad Said memperkasakan DAP lebih perkasa lagi dan sekaligus membawa DAP ke Putrajaya? Satu-satunya tempat (putrajaya) dah lama dah....jadi idaman dan impian DAP?
Rakyat Malaysia telah menyaksikan iaitu sejak tahun 1999 PAS dan PKR didapati telah bekerja sekuat tenaga ke arah itu ( ke Putrajaya) terutamanya pada PRU ke-12 dan PRU ke-13?
Malangnya, sejauh yang rakyat Malaysia lihat (PR) tidak berjaya berbuat apa-apa pun? Tang tu tang tu juga DAP? Cakap aje banyak tetapi hasilnya tang tu...tang tu aje...Poorlah.luu...
Walaupun Umno/BN hilang kuasa ( dua pertiga) di dalam Parlimen? Pun begitu? Yang pentingnya Umno/BN tetap punya kuasa politik "simple majoriti" di dalam parlimen untuk membolehkan kekal sebagai kerajaan pusat Malaysia pada PRU ke-12 dan PRU ke-13.
Hakikat ini harus diakui oleh pembangkang. Ertinya rakyat Malaysia lebih redza bernaung di bawah payung Umno/BN. Tiada yang lain melainkan Umno/BN aje.
Umno/BN sahja untuk dijadikan sebagai tembok besar untuk memagar dan melinduni keselamatan mereka sekeluaraga khasnya untuk rakyat Malaysia umumnya yang berjumlah sebanyak 30 juta orang itu.
Tentang penambahab kerusi DAP di Parlimen?Kalau ada tambahan Ahli Parlimen pun ialah Ahli Parlimen DAP hanya di kawasan lazimnya majoriti pengundi kaum Cina aje? DAP boleh kalah pada sesuatu pilihan raya umum?
Peristiwa ini boleh berlaku seperti yang telah berlaku pada PRU ke-11 pada Tahun 2004.Beberapa orang tokoh-tokoh DAP pusat telah tewas pada PRU ke-11 semasa Pak Lah jadi PM.
Kit Siang kalah.Karpal Singh pun kalah. Bebberapa orang lagi tokoh utama DAP pusat telah kecundang. Tak dapat penulis sebutkan kerana dah terlupa disebabkan kaum athnik Cina ketika itu telah sebulat hati telah mengundi parti MCA dan parti GERAKAN?
Bilakah MCA dan Gerakan nak rampas semula kawasan-kawasan tersebut yang telah ditawan oleh DAP pada PRU ke-12 dan PRU- ke -13 itu? Nak tunggu bulat itu datang menggolek ke? Atau pipeh itu datang melayang ke?
Sedangkan dari segi bantuan? Bermacam-macam peruntukan telah dicurahkan untuk kaum Cina dari kerajaan Umno/BN ke kawasan-kawasan itu?( Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot. com at 1416 hrs on June 14,2015).
No comments:
Post a Comment