Tuesday, June 16, 2015

Najib beri jaminan isu 1MDB akan diselesaikan segera

MOHD. ASRON MUSTAPHA 15 Jun 2015 1:21 AM 


NAJIB TUN RAZAK melambaikan tangan selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana (RMK-11, GST, jawapan isu-isu semasa) di Dewan Tun Hussein Onn , PWTC di Kuala Lumpur, semalam. Turut sama, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh (dua dari kiri). UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

KUALA LUMPUR 14 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan segala isu yang membelenggu kerajaan terutama yang melibatkan soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diselesaikan tahun ini.

Jaminan tersebut diberi Perdana Menteri semasa beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera penerangan UMNO bahagian seluruh negara dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara.

Menurut Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Ha­san Hamzah, beberapa langkah penyelesaian konkrit yang telah dan bakal diambil kerajaan serta pengurusan 1MDB dijelaskan secara terperinci oleh Najib.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak memberi masa kepada Perdana Menteri untuk menangani segala isu tersebut satu-persatu dengan meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara sebagai keutamaan.

“Perdana Menteri memberi jaminan isu 1MDB akan diselesaikan dalam masa beberapa bulan ini. Beliau yakin isu itu boleh diselesaikan tetapi memerlukan masa. Jadi kita berilah masa kepada Perdana Menteri.

“Kami wakil NGO berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, banyak fakta yang didedahkan sebenarnya jauh berbeza dengan apa yang diputar-belitkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas maj lis tersebut di sini hari ini.

Pada majlis itu, Najib meluangkan masa lebih sejam menerangkan pelbagai isu antaranya 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain turut menjawab serangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. bangan yang sama,

Hasan berkata, negara ini tidak boleh dilihat mempunyai dua nakhoda kerana jika itu berlaku, kepentingan bangsa, agama serta negara bakal menjadi taruhannya.

“Atas dasar itu, kami menggesa Perdana Menteri menyelesaikan permasalahan antara beliau dengan Dr. Mahathir secara ukhuwah terutamanya sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, dalam sesi penerangan kali ini, Perdana Menteri memperincikan setiap isu yang menjadi polemik sekarang selain menggariskan penyelesaiannya.
“Penjelasan sebeginilah yang dinantikan oleh jentera parti dan berdasarkan maklum balas daripada hadirin, saya dapat melihat riak keikhlasan mereka kerana yakin dengan penjelasan terperinci oleh Presiden,” jelasnya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya ./ Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot. com at 11.45 am on May 15,2015.

No comments: