![]() |
Datuk Johari Abdul Ghani,Ahli Parlimen Titiwangsa |
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kedua-dua institusi perbankan itu perlu mengeluarkan pengesahan bahawa tidak berlaku sebarang transaksi kewangan ke akaun Najib seperti didakwa oleh WSJ sebelum ini.
Beliau percaya, pengesahan daripada BNM dan Ambank itu dapat memperkuatkan hujah bahawa tiada transaksi berlaku sekali gus meredakan persepsi rakyat.
“Tindakan ini penting susulan penafian yang dibuat Perdana Menteri semalam. BNM dan Ambank perlu menyambut penafian itu dengan mengesahkan tiada transaksi sedemikian berlaku.api kalau kedua-dua bank ini terus senyap, ia tidak akan meredakan persepsi orang ramai yang membaca laporan WSJ tersebut,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Johari ditemui selepas merasmikan Program Rakan Muda Ramadan Khatam Al-Quran 2015 yang melibatkan seramai 1,200 peserta dari 12 kawasan Parlimen sekitar ibu negara di sini hari ini
Beliau mengulas laporan WSJ kononnya para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dideposit ke dalam akaun yang mereka percaya milik Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment