Friday, July 10, 2015

Datuk Seri Najib Difitnah.Beliau Berhak Membela Diri.Di Segi Undang-Undang Dia Berhak Kekal Sebagai PM.Isu Bercuti Dan Berundur Tak Timbul....

Datuk Seri Najib difitnah dan beliau berhak mempertahanakan haknya.


Oleh haji abu bakar ninggal
Sabtu, Julai 11,2015@3.31pm.

Jika dia difitnah? Ertinya dia telah dianiaya atau ditindas.Dia mempunyai pilihan yang bebas sama ada untuk melawan atau melawan dengan cara yang adil atau memberi maaf.

Begitu juga,apabila dia membalas kezaliman yang telah dilakukan terhadapnya?

Dia tidak melanggar hukum Allah atau bertindak secara zalim,sebaliknya dia mempertahankan haknya,suatu sikap yang merupakan tugas suci dan menolong menegakkan keadilan dan kebenaran di muka bumi ini.

Dakwaan WSJ kononnya sebanyak RM2.67 billion telah disalurkan ke dalam akaun  peribadi Datuk Seri Najib telah dinafikan oleh Datuk Seri Najib berulang kali dan sekaligus beliau telah mengatakan bahawa dakwan akhbar WSJ itu merupakan tuduhan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap beliau dan keluarganya.

Seterusnya beliau berkata,tidak pernah mengambil dana untuk keuntungan peribadi daripada 1MDB atau mana-aman entiti lain.

Kenyataan WSJ itu adalah palsu belaka yang merupakan sebahagian daripada kempen bersepdu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.

Katanya, serangan ini bermula apabila beliau enggan melaksanakan tutntuan peribadi Tun Dr.Mahathir Mohamad.

Saya tidak percaya rakyat Malaysia mahu seorang perdana menteri memerintah secara proxcy.

Ekoran dari itu. Bekas perdana menteri itu kemudiannya "mewujudkan krisis"dengan membuat tuduhan melulu mengatakan RM42 billion hilang lesap dari 1MDB,sedangkan pada hakikatnya,ini adalah hutang diaudit yang disokong RM51 billion aset yang diaudit.

TERNYATA BELIAU DIFITNAH.
Datuk Dr.Haron Din,tokoh Pas pusat orang
pertama
yang mengatakan tuduhan yang
dilaporakan WSJ itu tiddak logik.
Segera di siasat

Berdasarkan dengan apa yang telah dinyatakan oleh Datuk Seri Najib di atas itu? Ternyata beliau semacam telah difitnah dan di zalimi oleh Wall Street Journal (WSJ).

Berhubung dengan satu artikel kononnya sebanyak US700 juta (RM2.6 7billion) telah di salurkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib.

Walau bagaimana pun dakwaan yang disiarkan oleh WSJ di akhbar barat itu tidak disertakan dengan bukti-bukti yang sahih. Justeru tuduhan itu adalah dianggap palsu.

Menurut Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas dakwan yang dibuat oleh WSJ itu adalah merupakan satu tuduhan liar dan jahat dan tidak logik.

Justeru itu beliau lalu menyarankan kepada Perdana Menteri segera membuat siasatan yang menyeluruh atas tuduhan WSJ itu.
Datuk Seri Hadi Awang pun tak
 setuju Datuk Seri Najib berundur
 atau bercuti

Di samping itu Datuk Dr.Haron Din menggesa agar satu tindakan undang-undang mesti di ambil ke atas akhbar WSJ itu dan segala resikonya mesti dipertanggung jawabkan oleh WSJ yang miang keladi,sewenang-wenangnya menimpakan tuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia.

BEKAS PEGUAM NEGARA KATA NAJIB TAK PERLU BERUNDUR  SEMASA SIASATAN

Ahli-ahli politik di Malaysia ini memang unik. Jika terjadi sedikit krisis di Malaysia  yang berpunca dari parti Umno terutama tokoh-tokoh politik dari parti pembangkang segera akan menjadi panik dan heboh belaka.

Mereka semua dah tahu dah bahawa Datuk Seri Najib itu baru setakat dituduh melakukan sesuatu yang belum ada ujung pangkalnya, Lantas masing-masing mendesak Datuk Seri Najib bercuti dan berundur dari terus memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Datuk Dr.Mahfoz,Ketua
Dewan Ulama pun ikut

pendirian Presidennya.

Dari DAP setiausaha agungnya Guan Eng mendesak Datuk Seri Najib bercuti dengan alasan agar siasatan kes itu tidak tergugat kononnya.

Begitu juga dengan beberapa tokoh besar dari Pas sibuk juga menyuarakan nada yang sama seperti yang telah disuarakan oleh Guan Eng.

Mereka dilihat sedikit pun tidak mempunyai rasa simpati ke atss seseorang yang telah diaibkan oleh golngan dajal dari barat  durjana itu. Dalam masa yang sama tidakkah Guan Eng itu sedar?

Bahawa jawatannya yang sedang disandang itu pun masih belum disahkan oleh ROS?

Kenapa dia buat dek aje kononya dia macam tak sedar jawatannya itu masih belum disahkan oleh ROS?

Di tengah-tengah keriuhan begitu ramai tokoh-tokoh politik terutamanya dari golongan parti-parti pembangkang yang dilihat mendesaka Datuk Seri Najib bercuti dan ada pula yang mahu dia berundur meletakkan jawatan?

Keriuhan itu telah dibisukan oleh peguam negara Tan Sri Abu Talib Osman dengan menegaskan tiada keperluan undang-undang yang memaksa perdana menteri berbuat demikian.

Bekas peguam negara Tan Sri
Abu Talib Osman
"Tiada keperluan undang-undang untuk perdana menteri mengosongkan jawatannya semasa siasatan dijalankan.

"Tambahnya lagi,tidak terdapat bukti perdana menteri campur tangan dalam penyiasatn pasukan petugas khas,"katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukan petugas itu yang terdiri daripada Pejabat Peguam Negara,Suruhanjaya Pencegah Rasuah MalaysIA (SPRM),Polis di Raja dan Bank Negara Malaysia, perlu menyelesaikan tugas secepat mungkin kerana ia melibatkan perdana menteri.

"Pasukan petugas khas mempunyai kuasa penyiasatan yang luas dan perlu menyelesaikan kes seberapa segera yang mungkin.

Ia harus bertindak secara profesional dan mengeluarkan keputusan serta menafikan dakwaan terhadap perdna menteri jika beliau tidak terlibat.,"katanya.

Abu Talib Osman yang juga peguam negara paling lama berkhidmat di antara 1980 dan 1993,berkata tidak ada bukti Najib campur tangan dalam siasatan yang berlangsung termasuk "menggnggu' saksi.

"Tidak ada keperluan bagi Najib berundur atau bercuti hanya kerana beliau disiasat,"katanya.

Abu Talib berkata,prinsip seseorang bersalah sehingga dibuktikan bersalah juga perlu digunakan kepada Najib.

Beliau berkata,senario berbeza jika siasatan mendapati terdapat lebih daripada bukti yang mencukupi mengaitkan Najib dengan kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun,itu terpulang kepada peguam negara untuk membuat keputusan  sama ada untuk mendakwa,"katanya.
Anwar Musa pun tak setuju
 Najib cuti atau undur

NAJIB MEMULAKA PROSES TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP WSJ BERSIHKAN NAMANYA.

Pada tanggal 8 hb.Julai 2015,Datuk Seri Najib Tun Raazak telah memulakan proses tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya dalam skandal melibatkan berbillion ringgit ekoran pendedahan akhbar The Wall Street  Journal (WSJ) pada minggu lepas.

Peguam perdana menteri bagaimana pun berkata,sebelum memutuskan tindakan mereka seterusnya ke atas akhbar antarabangsa  itu,mereka perlu mendapatkan semua fakta berkenaan laporan itu.

Ia termasuk mengenal pasti pihak yang disebut di dalam laporan itu,bidang kuasa perundnagan dan penglibatan dalang konsprasi,kata peguam Wan Amir Wan Majid bagi pihak firma Hafarizam WAN dan Aisha Mubarak, seperti dipetik  The Star.

"Ini bukan kes undang-undang yang jelas dan mudah kerana ia membabitkan dakwaan pihak tempatan dan antarabanga.Kami diarah mengenal pasti fakta dan membentangkan semuanya, sebelum anak gum kami memberikan arahan seterusnya," kata Wan Amir.

"Matlamat mendapatkan penjelasan terperinchi adalah bagi mengelak sebarang bantahan daripada WSJ berkenaan tuduhan  yang dibuat.
"Tiada keperluan undang-undnag bagi
Najib bercuti atau undur

"Selepas anak guam kami mendapatkan semua fakta yang diperlukan dan kedudukan WSJ dipastikan,kami mendapat arahan jelas mengambil sebarang jalan dan penyelesaian undang-undang serta merta,"

Wan Amir berkata langkah pertama dalam mengumpulkan fakta ialah dengan mengenalpasti mereka yang terlibat dalam penulisan ,penyebaran dan penerbitan artikel itu,supaya mereka dapat dinamakan dalam sebarang tindakan susulan.

Isu kedua berkait dengan bidang kuasa memandangkan akhbar itu berasal dari Amerika Syarikat dan boleh diakses di seluruh dunia,katanya.

Menurut Wan Amir,firmanya akan mendapatkan pengesahan lanjut mengenai kewujudan WSJ di Malaysia.

CADANAGN  TUN MUSA HITAM  TAK WAJAR.

Saya begitu yakin sebelum Tun Musa Hitam membuat komen tentang kedudukkan  Datuk Seri Najib dalam isu 1MDB yang telah disiarkandi oleh The Malaysia Insider pada 10/07/2015 berhubung dengan huraian bekas peguam negara dari segi undang-undang dan rakyat Malaysia dah pun tahu tentang kedudukan Najib dari segi undang-undang.

Beliau pasti telah membaca huraian oleh bekas peguam negara,Tan Sri Abu Talib Osman melalui The Malaysia Insider tanggal 08/07/2015.dan kedudukan Najib di segi undang-undang dilihat sudah begitu jelas,Tidak ada cacat celanya beliau terus menerus menjalankan tugas beliau sebagai Perdana Menteri.

Kedudukan beliau masih sah. Tidak boleh diganggu gugat selagi mana Najib tak ada campur tangan tugas-tugas yang sedang dilakukan oleh petugas-petugas khas itu.

Pun begitu? Tun Musa masih juga  nak buat komen dengan alasan yang boleh dikatakan tidak begitu molek. Semua orang memang bebas buat komen politik.Tapi janganlah beri racun pada orang yang sedang diserang demam.

Menurut Tan Sri Abu Talib Osman bekas peguam negara itu,"Tiada keperluan undang-undang untuk perdana menteri mengosongkan jawatan semasa siasatan dijalankan,"

Tun Musa mesti dah faham dengan perkataan tiada keperluan undang-undang bagi PM  Najib perlu mengosongkan jawatannya.

"Tambahan lagi, tiada terdapat bukti-bukti perdana menteri campur tangan dalam penyiasatan petugas khas,"katanya.  Ertinya dari segi peruntukan undang-undang Najib berhak menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Tun Musa harus faham bahawa jawatan yang sedang dipegang oleh Datuk Seri Najib itu? Ialah jawatan yang penting dan paling tinggi di negara ini iaitu sebagai Ketua Eksekutif  Malaysia. Beliau bukan setakat memegang jawatan Tim.Perdana Menteri atau pun sebagai  menteri-menterin bawahannya?.

Kalau sebagai menteri-menteri biasa sahaja? Tak ada masalah besar.Ini jawatan Perdana Menteri yang sangat besar lingkungan kuasa  dan tanggung jawab yang ada di tangannya.
Speaker (DUN) Sabah merangkap Timbalan Ketua
Perhubungan Umno Sabah merupakan penyokong kuat
Datuk Seri Najib tidak bersetuju Najib bercuti atau
pun berundur semasa penyiasatn petugas-petugas
khas kerajaan menjalankan siasatan mereka.

Jika beliau bercuti sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah dari segi pentadbiran negara ini. Pemangkunya  pasti tidak dapat mengatasinya dengan sempurna.

Dari segi undang-undang pun? Prinsip seorang yang bersalah sehingga dibukti bersalah perlu digunakan kepada Najib.

Lagipun tiada bukti-bukti setakat ini bahawa  Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri campur tangan dalam penyiasatan petugas khas itu.

Pada hemat saya, adalah lebih baik Tun Musa tidak terlibat didalam membat komen dalam isu Najib harus becuti atau berundur.

Nada suara Tun Musa itu dilihat sama aje seperti nada suara yang bertali arus yang telah di suarakan oleh pihak pembakang melalui portal-portal media sosial yang pro-pembangkang.

Tapi kini nasi dah jadi bubur? Isi hati Tun Musa dah pun diketahui oleh Najib. Temu bual dengan the Malaysia Insider telah dibuat dan telah pun disiarkan isi kendungan temu bual itu untuk tatapan umum.

Cadangan 3 pilihan yang disarankan oleh Tun Musa pada Najib itu? Saya kira tak kena pada masanya dan bukan sebagai penawar duka lara dari sahabat kepada sahabat politik yang sedanag dideritai oleh Najib dan keluarga tetapi sebaliknya pula.

Ini sangat didukacitakan. Kerana taraf kedudukan Tun Musa di arena politik Malaysia masih dihormati banyak golongan rakyat.

Mengambil sikap yang sama dengan sikap yang ditunjukkan  oleh tokoh-tokoh politik pembangkang yang mana standard( kualiti politik) mereka yang tidak ada kelas itu?

Bererti Tun Musa sendiri merendah-rendahkan taraf politik Tun Musa, selaku bekas Timbalan Perdana Menteri, di zaman Mahathir yang mana hingga kini rakyat masih meghormati taraf  politik Tun Musa itu sebagai tokoh politik Malaysia yang bertaraf Internasional,seorang tokh politikus yang kaya dengan diplomasi ketika m,enghuraikan sesuatu masalah negara.

Penulis sendiri tetap menilai dan menjadikan Tun Musa sebagai negarawan yang hebat yang menjadi idola penulis.Tun  dah berusia 81 tahun.Penulis sendiri dah berusia 77 tahun plus-plus.

Saranan Tun Musa itu? Ternyata tentu tidak begitu menarik bagi saya dna juga pada Najib? Pada dasarnya saranan Tun  Musa itu dilihat tak memberi sebarang manfaat pun bagi Najib.Sekaligus tidak boleh menyelesaikan masalah politik Malaysia yang kini sudah begitu kronik sifatnya yang mana diwujudkan oleh orang-orang di dalam Umno itu sendiri yang mahu menjadikana Datuk Seri Najib sebagai proxcy.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
,bekas TPM di era Mahathir
Disebabakan Datuk Seri Najib  tidak dapat memenuhi kehendak peribadinya itu? Maka orang itu terus mencari jalan untuk memalukan Datuk Seri Najib dengan tindakan "Matlamat menghalalkan cara".

Sama seperti yang pernah ditimpakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,semasa beliau dipecat dari jawatan TPM dan sekaligus ditendang keluar dari Umno pada tahun 1998 dulu.

Kita semua maklum bahawa tuduhan yang dilimparkan oleh WSJ itu adalah tidak logik dan belum boleh lagi disebut laporan dan dakwaan WSJ itu sahih?

Akan tetapi selaku manusia biasa yang difitanh begitu rupa? Kesannya sangat berat semacam tidak terpikul oleh bahu individu dan keluarganya yang kena fitnah itu?

Jadi,tak usahlah kita nak tambah lagi derita yang sedang mereka tanggung itu.Eloklah kita tunggu keputusan yang muktamat hasil dari siasatan oleh Penyiasatan Khas itu selesai.

Bercuti atau berundur itu? Adalah desakkan dan nada laungan yang telah begitu lama dan bertalu-talu telah dilaung-laungkan oleh Mahathir dan kunco-konconya yang punya agenda tersembunyi dah 4 bulan yang lalu hingga kini dan hingga laporan berita palsu oleh WSJ tersebar luas ke seluruh dunia?.

PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG

Dalam konteks itu? Datuk Seri Najib berulang-ulang kali telah pun berikrar dengan suara yang lantanag, "pantang berundur sebelum berjuang" dengan musuh-musuhnya yang pernah bapanya (Tun Razak) bawa masuk semula ke dalam Umno setelah Tunku Abdul Rahman tendang keluar dari Umno dan kemudiannya berjaya pula punya kuasa politik 22 tahun lamanya di Malaysia.

Anak-anaknya dari orang biasa aje, kini dah kaya raya dah jadi billion air. Dari mana dapat modal permulaan? Jika tidak menggunakan pengaruh politik si penguasa? Menggunakan pengaruh politik oleh sipemegang kuasa tertinggi negara?

Boleh dituduh"salah guna kuasa". Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu di dakwa guna kuasa menghalang polis meneruskan siasatannya.  Justeru mahkamah mensabitkan kesalahan dan masuk penjara bertahaun-tahun lamanya?

Orang yang Tun Razak beri ihsan ini? Ujung-ujungnya depa dilihat sanggup dan begitu tega melakaukan dan meletakkan Najib(anak Tun Razak) dan keluarganya di dalam keadaan yang sangat mengaibkabn berdasarkan laporan dari portal-portal media sosial tempataan tempatan dan akhbar barat WSJ yang mana boleh dikatakan pro-pembangkan juga.

Manusia jenis apa depa ini? Di mana hati perutnya itu diletakkan? Langsung tak mengenang budi dan jasa baik orang lain terhadapnya?

Beruk peliharaan pun boleh dikatakan lebih baik pada tuannya. Tahu membalas jasa tuannya.

Seharusnya! Dalam keadaan Datuk Seri Najib sedang diuji dengan keaiaban?

Tan Sri Muhyiddin Yasin,
Tim.Perdana Menteri
Timbalan.Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yasin, harus membuat pengumuman secara rasmi,bahawa beliau tetap menyokong dan sentiasa berada di belakang Najib.

Pada masa yang sama tampil ke depan meminta musuh-musuh politik Najib,agar bersabar hingga pasukan petugas khas yang dibentuk oleh kerajaan itu selesai melakukan tugas-tugas penyiasatan mereka. Tak akan lari gunung dikejar?

Lebih cepat selesai adalah lebih baik lagi Jika Datuk Seri Najib didapati tidak terlibat di dalam segala tindakan yang didakwa oleh WSJ itu?

Syukur Alhamdulillah! Golongan yang berkomplot memfitah Datuk Seri Najib itu? Akan tahu nasibnya.Langit ini rendah atau tinggi?

Mereka  akan beratur ramai-ramai memohon maaf pada Datuk Seri Najib.Semoga Allah swt.sentiasa melindungi Datuk Seri Najib dari segala fitanh buatan manusia durjana.

Jika mereka didapti adalah angota Umno? Mereka ini harus segera dinyahkan dari arena  politik Umno. Mereka sebagai kitol zaman moden. Langsung tidak memberi manfaat pada perjuangan Umno.Kepandian mereka hanya pandai memcah belah dan mengadu domba rakyat menetang Datuk Seri Najib TUn Razak tanpa alasan-alasan yang logik.

KUATKAN SEMULA UMNO.

Setelah kerisis Datuk Seri Najib ini selesai? Mari sama-sama kita kumpulan semua lapisan rakyat agar bersatu padu,untuk kita perkasakan semula parti Umno/BN demi untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dengan mendapat majoriti lebih dari dua per tiga di dalam parlimen Malaysia.Selangor kita rampas semula.Di Pulau Pinang kita tumbagkan DAP.

JIKA difikirkan releven? Ayuh...!Umno harus tautkan semula hubungan mesra kita bersama PAS mengwujudkan kerajaan perpaduan. Pas kini dah pun memutuskan pakatan poolitik mereka dengan DAP.Inilah masa yang paling sesuai Umno/PAS harus berdailog untuk mengujudkan kerajaan perpaduan.

Datuk Seri Najib kini dilihat sedang melawan musuhnya dari dalam dan luar negara.Sekaligus sedang berjuang menegakan kebenaran,melawan kezaliman yang telah dilakukan terhadapnya.

Dia tidak melanggar hukum Allah atau hukum negara atau tidak ada dilihat bertindak secara zalim,sebaliknya dia mempertahankan haknya,Tindakannya itu dilihat suatu sikap yang merupakan tugas suci dan menolong menegakkan keadilan dan kebenaran di muka bumi ini.

Insya Allah! Tuhan Yang Maha Berkuasa akan sentiasa melindungi Datuk Seri Najib. (Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1531 hrs on July 11,2015.

No comments: