Friday, July 10, 2015

Penduduk Turki bantah tindakan tidak adil China terhadap Uighur

10 Julai 2015 11:11 AM 

ANKARA 10 Julai – Polis Turki hari ini terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan sekumpulan 100 orang penunjuk perasaan yang membuat bantahan di luar Kedutaan China, susulan tindakan tidak adil yang diberikan kepada penganut Islam Uighur.

Bantahan tersebut merupakan tindakan terbaharu penduduk Turki yang dipercayai mempunyai pertalian darah dengan etnik Uighur, yang kini menetap di wilayah Xinjiang.

Kumpulan penunjuk perasaan berkenaan turut mengadakan bantahan di Konsulat Thailand selepas Bangkok bertindak menghantar pulang pelarian Uighur kembali semula ke China. – REUTERS (Posted by abnmulya/Haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1833 hrs on July 10,2015.

No comments: