Friday, July 3, 2015

Sabotaj terancanag

Pihak yang menuduh tidak pernah kemukakan apa jua bukti – Najib 

SAIFUL HAIZAN HASAM :04 Julai 2015 1:34 AM 

Add captionDatuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 3 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tuduhan terbaharu terhadap dirinya adalah sebahagian daripada kempen sabotaj politik terancang untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

Beliau menjelaskan, pihak yang membuat tuduhan itu tidak pernah memberikan apa jua bukti selain menggunakan dokumen yang didakwa bocor dan penyiasat yang tidak dinamakan.

Katanya, tiada satu pun sumber dokumen itu pernah ditunjukkan malah dokumen berkenaan tidak pernah diberikan untuk pengesahan oleh pihak berkuasa.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi sebagaimana yang didakwa oleh musuh politik.

“Sama ada daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International atau mana-mana entiti sebagaimana yang telah disahkan oleh syarikat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Perdana Menteri berkata, sebagaimana diketahui umum, beberapa dokumen yang menjadi asas tuduhan itu dilaporkan telah diubah suai malah individu yang membocorkannya juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa luar negara.

Katanya, perkara itu secara jelas menunjukkan tahap kebolehpercayaan dokumen tersebut dan pihak yang telah menggunakannya untuk merosakkan kerajaan dan negara ini.

“Pihak yang terus melakukan serangan ini perlu bersedia untuk berhadapan dengan akibat daripada tindakan mereka.

“Taktik kotor ini - sesetengahnya taktik jenayah - untuk menggulingkan kerajaan akan gagal dan mereka akan berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang,” tegasnya.

 Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, adalah memalukan apabila serangan palsu itu didorong oleh kepentingan peribadi sewaktu Malaysia mempunyai peluang yang unik sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini selain status negara maju yang bakal dicapai dalam masa beberapa tahun lagi.

“Saya akan terus fokus kepada kerja untuk membangunkan negara ini demi rakyat,” katanya. Dalam pada itu, Najib berkata, serangan demi serangan tidak berasas terhadap dirinya dan keluarga bermula apabila beliau enggan melaksanakan permintaan peribadi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, keengganan itu kerana beliau tidak percaya terhadap kewajaran untuk Malaysia ditadbir oleh proksi.

“Dalam tuduhan terbaharu kononnya saya mengambil dana awam untuk kepentingan peribadi, saya percaya Tun, yang bekerjasama dengan warga asing termasuk dengan blog serangan politik yang hilang kredibilitinya, Sarawak Report berada di sebalik penipuan terkini,” katanya.(Utusan online-).Posted by abnmuya /Haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 5.31 am on July 04,2015.

No comments: