![]() |
Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dan Presien Umno pilihan UMNO. |

Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Sabtu,July 04,201`5 at 4.44 am.
Dakwaan terbaru media antarabangsa (WSJ) World Street Journal, terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak,tidak boleh diterima dan tidak boleh dipakai disebabkan tidak disertakan dengan dokumen dan bukti yang kuat lagi kukuh.
Pendedahan WSJ kononnya dana yang berjumlah hampir US700 juta (RM 2.6 billion) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib itu masih boleh didebatakan kebenarannya itu?

Tuduhan itu dilihat adalah semacam berasaskan laporan oleh portal Serawak Report yang mana kebenarannya dipertikaikan.
WSJ hanya mengatakan penyiasat kerajaan melaporkan tetapi
sebaliknya WSJ tidak menyata dan menamakan siapakah golongan yang melakukan penyiasatan itu? Hantu-kah,syaitan-kah atau pun iblis-kah?
Tuduhan dari WSJ ini dilihat semata-mata sebagai perang urat saraf politik terancang di zaman moden ini,bertujuan semata-mata untuk nak menjatuhkan kepemimpinan Datuk Seri Najib dan Umno/BN oleh oranga yang mempunyai kepentingan peribadi yang tidak dilayan oleh Najib kehendaknya itu.
Sekaligus boleh juga dikatakan sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian rakyat kononya tuduhan itu adalah betul.dan sahih.dengan harapan keyakinan majoriti rakyat terhadap kewibawaan kepemimpinan Datuk Seri Najib terhakis.
Apakah WST tidak sedar bahawa segala tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang lengkap untuk ditunjukkan ke Mahkamah Pengadilan jika diminta? Ia boleh dianggap tuduhan yang merupakan satu fitnah yang berat ?
WSJ mahu atau tidak mahu? Suka atau tuidak suka akan menanggung resiko yang sangat berat dan membusukkan nama baik dan prestasi WSJ itu sendiri di mata dunia.
Resiko yang terpaksa ditanggung oleh WSJ amatlah berat, jika Datuk Seri Najib membawa isu tuduhan yang viral ini ke Mahkamah pengadilan untuk membersihkan nama baik beliau sebagai seoreang Perdana Menteri Malaysia di mata rakyat Malaysia yang berjumlah 30 juta orang ramainya.
Berhubung dengan tuduhan yang telah dibuat oleh WSJ itu? Rakyat Malaysia umumnya sangat mengharapkan WSJ ini mesti diberi pengajaran yang setimpal terhadap tindak tanduk mereka yang melampau itu?

Datuk Seri Najib sendiri malam ini melalui Facebook terbarunya telah menyangkal apa yang disifatkan oleh beliau sebagai dakwaan tidak berasas dan kerterlaluan terhadap beliau dan keluarganya.dan belliau mengatakan tidak pernah mengambil dana untuk keuntungan peribadi daripada 1MDB atau mana-mana entiti lain.
Seterusnya dalam posting Facebook Najib didapati mengulangi kenyataan yang dakwaan palsu itu merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokrasi.
Katanya,serangan itu bermula bila beliau enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr.Mahathir Mohamnad,sambil menambah,bekas perdana menteri itu kemudiannya "mewujudkan krisis" dengan membuat tuduhan melulu mengatakan RM 42 billion hilang dari 1MDB.
1MDB TIDAK PEERNAH SALAUR DANA KEPADA PM
Sementara itu pada hari ini (03/07/2015) 1MDB menjelaskan kepada BERNAMA yang syarikat itu tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pendedahan terbaru telah membangkitkan kebimbangan mengenai kesahihan beberapa dokumen 'bocor' yang digunakan beberapa saluran media dan blog dalam talian seperti Serawak Report untuk memperdayakan orang ramai selain mewajarkabn tuduhan yang dibuat terhadap syarikat ini dan kerajaan.

Menurutnya,berdasarkan laporan media,dokumen berkaitan didapati telah dipinda dan digunakan oleh seorang individu yang ketika itu ditahan di negara asing, untuk memeras ugut bekas majikannya.
"Sehubungan dengan itu, kami amat terkejut bagaimana dokumen sedemikian yang kewujudan dan ketepatannya belum disahkan secara umum terus digunakan sebagai asas bagi tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB," katnaya.
IMDB turut menegaskan ia sedang memberi kerjasama bagi beberapa siasatan oleh pihak berwajib termasuk Ketua Audit Negara,Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan Bank Negara Malaysia.
"Pihak berwajib berkenaan mepunyai segala maklumat berkaiatan dan IMDB telah meminta semua pihak menunggu hasil siasatan mereka sebelum membuat dakwaan serta membuat keputusan secara melulu" katnaya-Bernama.
IHSAN PERDANA SDN. BHD HARI iNI MENAFIKAN.

Pengarah urusannya Datuk Dr.Shamsul Anwar Sulaiman berkata dakwaan syarikat itu memindahkan wang untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat ( CRS) ke dalam akaun peribadi Najib adalah tidak berasas.
Dakwaan itu adalah tidak berasas dan merupakan pembohongan...saya menafiklan sekeras-kerasnya sebarang pemindahan wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri seperti didakwa dalam laporan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.(Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar ninggal. blogspot. com.at 4.44 am on July 04,2015.
No comments:
Post a Comment