Saturday, August 1, 2015

PM berhak milik akaun amanah Presiden parti

02 Ogos 2015 1:16 AM 

KUBANG PASU 1 Ogos – Pertikaian berhubung sebarang jumlah wang yang terdapat di dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dihentikan kerana sebagai Presiden UMNO, beliau berhak mempunyai sebuah akaun amanah untuk memegang duit serta harta parti. / 

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, terdapat peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan Presiden mempunyai akaun amanah bagi pihak parti dan perkara yang sama turut berlaku terhadap Presiden terdahulu.

“Saya hendak memberitahu bahawa UMNO mempunyai peruntukan dalam Perlembagaan yang membenarkan Presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.

“Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden UMNO dan presiden-presiden sebelum ini mempunyai akaun amanah bagi pihak parti,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) Jitra di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum yang juga Timbalan Menteri Pertahanan.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, UMNO sudah lama bertapak di negara ini dan mempunyai ramai penyokong untuk memberikan dana serta sumbangan kepada parti.

Sehubungan itu beliau menegaskan, wang yang berada di dalam akaun Perdana Menteri bukan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana tiada duit rakyat yang digunakan.

“Tetapi, ada orang tanya duit berkenaan datang daripada mana, malah ada yang menuduh bahawa duit ini daripada 1MDB. Kita pun percaya walaupun tiada bukti.

No comments: