Saturday, August 1, 2015

Saya tidak akan turun-Najib

01 Ogos 2015 5:56 PM 
Datuk Seri Njib Tun Razak  menyatakan pendiriannya di Melaka hari ini.

MELAKA 1 Ogos - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri hanya disebabkan gesaan segelintir pihak. 

Sebaliknya, Najib berkata, beliau akan terus menunaikan tanggungjawab kerana mendapat kepercayaan tiga juta ahli UMNO di negara ini.

“Jika seorang suruh saya turun (lepaskan jawatan), saya tidak akan turun kerana terdapat lebih tiga juta ahli UMNO yang mahukan saya terus memimpin parti.


“Saya bukan angkuh tetapi saya diamanahkan oleh ahli dan rakyat untuk mentadbir menerusi proses demokrasi. Untuk itu saya minta supaya jangan ganggu saya kerana saya akan cuba buat yang terbaik untuk negara, parti, bangsa dan rakyat,” katanya. - UTUSAN ONLINE ( Posted by abnmulya/Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1839 hrs on Ogos 01,2015.

No comments: