Kerjasama baharu dalam Pakatan Harapan yang dibentuk semalam
MOHD. ASRON MUSTAPHA< 23 September 2015 1:21 AMWan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Pembangkang bercakap pada sidang akhbar selepas Persidangan Meja Bulat Pakatan 2.0 membincangkan pembentukan Pakatan Harapan di Hotel Empire Subang Jaya, Petaling Jaya, Selangor, semalam. Turut hadir Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu. UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Pakatan Harapan yang dibentuk oleh pembangkang hari ini bagi menggantikan Pakatan Rakyat gagal mempengaruhi Pas untuk turut serta dalam kerjasama baharu itu.
Sebaliknya, kekosongan tersebut diisi parti serpihan Pas yang diketuai Mohamad Sabu, Parti Amanah Negara (Amanah), untuk membentuk kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pas juga malah ‘memboikot’ Sidang Meja Bulat Pakatan 2.0 yang dibuat pembangkang bagi membincangkan pembentukan Pakatan Harapan.
Malah kehadiran bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar ke sidang berkenaan hanyalah sebagai pemerhati tanpa restu pucuk pimpinan parti itu.
Isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang kini diangkat sebagai Ketua Pembangkang dalam mencipta alasan bagi mewajarkan perkara itu menyifatkan, suaminya itu calon terbaik pakatan.
“Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
“Kami yakin beliau pemimpin paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus tadbir, kebajikan rakyat dan perpaduan kaum,” kata Wan Azizah dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang turut hadir pada majlis tersebut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Mohamad serta Timbalan Pengerusi Amanah, Salahuddin Ayub.
Selain itu, bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga hadir tetapi beliau menjelaskan kehadirannya itu di atas kapasiti sebagai pemerhati.
Kepada soalan apakah ketiadaan Pas itu bererti Pakatan Harapan sudah menyingkirkan parti kedua terbesar orang Melayu itu, Wan Azizah sekadar berkata, pakatan baharu tersebut terbuka kepada semua.
“Kita jemput mereka (Pas) datang untuk bermuafakat tetapi mereka sekadar mengucapkan terima kasih kerana sudi menjemput,” katanya.
Sementara itu, Kit Siang dalam Twitter miliknya berkata, dengan adanya Amanah, DAP tidak lagi memerlukan bantuan Pas.(UTUSAN ONLINE-).Posted by abnmulya / Hj.b akar N imnggal.blogspot.com.at 4.07 am on September 23,201./
No comments:
Post a Comment