![]() |
Salleh berkata dalam buku, "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", Wain menulis semasa Dr Mahathir mula menyandang jawatan perdana menteri pada 1981, pentadbirannya terlibat dengan skandal kewangan.
![]() |
Datuk Seri Salleh Kereuak |
Ini berlaku biarpun slogan pentadbiran di zaman pentadbiran beliau, ialah "bersih, cekap, amanah." Salleh berkata menurut kenyataan sinis Wain, pada awal 1990-an merupakan "satu dekad untuk tingkah laku yang buruk" atau "satu dekad yang buruk untuk tingkah laku yang baik"
"Dr Mahathir tidak pernah menyaman Wain maka dakwaan itu kekal dan kerana Dr Mahathir tidak menyaman Wain adakah ini bermakna tuduhan itu benar?," soal Salleh.
Menteri berkenaan menyamakan antara keadaan Dr Mahathir dan suasana yang dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi beberapa dakwaan tertentu daripada WSJ.
Salleh berkata pandangan bahawa jika dakwaan itu tidak benar maka Najib perlu menyaman WSJ dan jika perdana menteri enggan menyaman, dan ini mungkin bermakna bahawa dakwaan itu benar maka Najib bersalah.
"Bagaimanapun, jika Najib enggan menyaman WSJ, Dr Mahathir berkata itu bermakna dakwaan itu adalah benar," katanya.( BERNAMA).Posted by abnmulya /Hj.Bakar Ninggal.blogspot.om at 1312 hrs on Sept.,22,2015. Gamabar /tulisan dipetik dari Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment