Saturday, September 19, 2015

Perdana Menteri Ziarah Haron Din Di IJN

20 September 2015 1:18 AM 
YAB.Datuk Seri Najib Tun Razak,sedanag bersalaman dengan Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am Pas,di Institut Jantung Negara.

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa selama 30 minit menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak dua hari lalu.

Ziarah ke atas pemimpin ter­tinggi Pas itu bukan kali pertama, sebaliknya pada tahun lalu sahaja dua kali Perdana Menteri melawat Haron yang dimasukkan ke IJN akibat komplikasi jantung.

“Saya berkesempatan menzia­rahi Ustaz Haron Din di IJN tadi. Sama-sama kita doakan supaya beliau cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik,” kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya hari ini. 

Najib kemudiannya turut memuat naik gambar beliau sedang berbual dalam keadaan mesra dan ceria bersama Haron. Mursyidul Am Pas yang menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dikejarkan ke IJN Khamis lalu selepas beliau mengalami kencing berdarah dan mengadu sakit.( Utusan onlin-).Posted  by abnmulya /Hj,Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 5.54 am on September 20,2015.

No comments: