
oleh haji abu bakar ninggal
Ahad,September ,20,2015 @ 5.13 am
Tak payah Samad Said cakap pun semua orang dah tahu dah .kini .bukan lagi zaman seni silat pencak..Samalah juga dengan zaman sajak.. bersajak..bukan lagi zaman kegemilngannya.
Oleh itu seni pencak silat dan seni sajak bersajak itu langsung tidak menyalahi sebarang undang-undang negara Malaysia jika kita mertabatkan keunikanya itu.
Seni silat pencak silat itu harus terus kita pelihara dan terus kita kekalkan walau pun teknologi moden dah mengatasi segalanya. Kerana dua isu ini berlain antara satu dengan yang lainnya. Pak Samad Said tak usaha gundah gulana.
Seperti mana sajak ianya hanya dibaca ketika majlis menyambut Hari Kemerdekaan Negara dan pembacanya pula harus faham perkataan demi perkataan sajak itu. Setelah benar-benar difahami dari baris ke barisan?
Begitu juga dengan seni silat pencak yang menjadi senjata pusaka peninggalan nenek moyang kita yang boleh dijadikan seni mempertahankan diri anda.
Setelah pesilat-pesilat itu mahir dengan segala gerak langkah seni silat pertahankan diri itu dengan mahirnya? Barulah ia boleh dijadikan satu alat untuk dipersembahkan di dalam seseuatu majlis sambutan dengan moleknya.
Misalnya di majlis sambutan Hari Kemerdekaan Tanah air kita dan juga di majlis-majlis hari perkahwinan anak-anak remaja kita dan sebagainya.
Disamping itu bolehlah juga setiap individu yang berminat bolehlah belajar tentang siluk beluk seni mempertahankan dirinya sendiri sebagai tanda sentiasa berwaspadah.Malang itu kan tak berbau?
Jika tiba-tiba Pak Samad di sepak tanpa warning? Maka rebahlah Pak Samad jika Pak Samad tak ada ilmu silat mempertahanka diri yang kental.Macam lelaki India yang tak siuman di mana secara tiba-tiba aje telah sepak Imam Masjid Negara, pada Jumaat kelmarin.
![]() |
Pak Samad Said, sasterawan negara dah jadi ahli parti DAP. |
Jika Iman Masjid Negara itu ada ilmu silat pencak mempertahankan diri ? Maka tidaklah dia merasa sepakan lelaki India yang gila itu?
Pendek kata. Apa sahaja ilmu yang kita pelajari dan dah ada di dada kita? Bila-bila masa aje ia sanagt berguna untuk dijadikan sebagai perisai mempagari diri kita sendiri dari segala mara bahaya yang mendatang secara tiba-tiba aje.
Semacam sangat bergunanya Pak Samad ada ilmu kepandaian gubah sajak,ada ilmu tulis cerita novel dan sebagainya. Mesti ada kegunaan pada diri Pak Samad itu sendiri dan seterusnya untuk dihebah-hebahkan pula kepada orang lain untuk mempelajrinya? Betul tak?
Jadi,tidak menjadi satu kesalahan jika kerajaan sesebuah negara itu memberi pengikhtirapan kepada sesebuah kumpulan pencak silat yang mana dengan usaha merekaa yang gigih terus menghidupkan seni silat pertahankan diri itu.
Samalah juga dengan seni sajak bersajak itu. Jika tidak diteruskan usaha mempolurkanya? Sekaligus meminta kerajaan mengikhtiraf sebagai salah satu cabang kesusteraan negara?
Maka tak ada orang yang mahu menggubahnya dan Pak Samad pun tentu tak mahu mengubahnya sajak-sajak ciptaan Pak Samad itu seterusan, jika di dapati langsung tidak ada manusia-manusia yang berminat untuk membacakanya? Apatah lagi untuk dibacakan di depan khalayak ramai?
![]() |
Datuk Jamal Md.Yunus,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Malaysia,sambil mengangkat tanagannya ketikaa sedang mengepalai ribuan penyokongnya "Baju Merah" menuju ke Padang Merbok pada tengah hari 16/09/2015. |
Jika Pak Samad tak ada title sebagai sastrawan newgara? Parti DAP pun tak berminat nak terima Pak Samad jadi ahli parti DAP yang tak ramai orang-orang Melayu yang berminat nak menyertainya.
Apakah yang membuatkan Pak Samad berminat nak menyertai parti DAP itu? Hingga kini masih jadi tanda tanya pada diri saya. Dulu kawan saya (Dharmala N.S.) Nama penanya.
Nama sebenarnya Abdul Muluk Bin Daud.Beliau dari Rembau,N.Sembilan, menyertai parti DAP selaku Timbalan Setiausaha Agung DAP sebelum setahun Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir Mohamad.
![]() |
Nombor dua dari kanan: Ali Rustam dan kawan-kawan bersantai sebelum Majlis Hmpunan: Rakyat Bersatu dimulakan di Padang Merbok,Kuala Lumpur pada tanggal 16 hb.September 2015. |
Dulu Abdul Muluk bin Daud ini bekerja dengan saya sebagai pengarang menglolakan majalah bulanan saya berjodol ( Saripati) terbitan syarikat saya sendiri dulu-dulunya.
Menurut Abdul Muluk kenapa beliau tinggalkan parti DAP? Disebabkan parti DAP hanya jadikan beliau sebagai alat semata-mata. Bawa ceramah politik merata-rata Malaysia,sekaligus jadi penulis ucapan ADUN-ADUN dan MP-MP parti DAP secara percuma aje?
Saya akhiri kalam saya ini dengan menyatakan dengan tegas kepada Pak Samad Said yang satu negeri dengan saya iaitu ( di Melaka).
Bahawa saya secara peribadi sesungguhnya sama sekali tidak bersetuju dengan sikap Pak Samad yang mengkritik Datuk Seri Najib kerana mengikhtiraf kumpulan Perhimpuan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia,di Dataran Merdeka,di Kuala Lumpur,pada malam kelmarin itu.
Seni silat pencak yang menjadi pusaka peninggalan nenek moyang kita turun temurun itu harus terus-menerus kita jagai dan pelihara selama-lamanya selagi hayat bangsa Melayu di kandung badannya. Kesenian pencak silat bangsa Melayu yang tak lekang dek panas dan tak basah dek hujan itu.
Kalau kita sebagai pemimpin bangsa Melayu tidak mahu merasmikan pengitirapannya itu?Siapa lagi nak kita harapkan untuk mengitirafnya,jika bukan Datuk Seri Najib,Perdana Menteri Malaysia?
Nak harapkan Pak Samad yang nak ikhtiraf ke? Itu adalah isu yang sangat mustahil akan berlaku? Pak Samad Said dan parti politik yang Pada Samad ceburi itu bukan ada kuasa politik yang boleh menguasai kerajaan pusat Malaysia? TAang tu tang tu juga.
Kesian! Parti DAP hanya jadi tunjang kerajaan Negeri Pulau Pinang sahaja. Tak lebu dari itu?( Posted by abnmulya / hj.bakar ningal.blogspot.com at 5.13 am on September 20,2015./
No comments:
Post a Comment