Friday, October 23, 2015

Azmin nafi Saifuddin bakal MB Selangor

23 Oktober 2015 2:06 AM 

SHAH ALAM 22 Okt. – Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan terdapat gerakan Langkah Rawang bagi menggantikan beliau dengan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kini menyertai PKR, Datuk Saifuddin Abdullah untuk memimpin negeri ini. 

Mohd Azmin Ali
 Malah, beliau turut menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan hanya satu spekulasi semata-mata. “Apa dia Langkah Rawang? 

Tidak ada, janganlah dengar spekulasi. Sa­ya tidak pernah dengar (Langkah Ra­wang) sebab itu tidak betul,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan S
ultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini. 

Kelmarin, sebuah blog, Babab.net melaporkan terdapat desas-desus menyatakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang bakal dikosongkan dan Mohamed Azmin akan disingkirkan sebagai Menteri Besar manakala Saifuddin menggantikannya. 
Saifuddin Abdullah

Menurut laporan tersebut, khabar angin semakin kencang bertiup dalam kalangan pemain politik PKR malah ramai yang melihat usaha ke arah itu semakin giat dirancang dan digerakkan.

Laporan itu turut mengaitkan gerakan berkenaan dengan kemungkinan tindakan Moha­med Azmin yang menidakkan permintaan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi me­nyingkirkan Pas daripada memegang jawatan Exco kerajaan negeri.

 Mohamed Azmin dalam pada itu berkata, partinya telah menghantar resolusi baharu kepada Majlis Tertinggi pakatan pembangkang untuk menyatakan pendirian bahawa mereka akan terus bekerjasama dengan Pas dan semua parti pembangkang. 

“Senario di Pulau Pinang berbeza sebab PKR ada kerjasama dengan DAP dan Amanah melalui pakatan pembangkang.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /hj.abu b akar ninggal.blogspot.com.at 11.53 am on Oktober 24,2015.

No comments: