Friday, October 23, 2015

CADANAGAN (UiTM) DIBUKA KEPADA BUKAN BUMIPUTRA DIKESALI

24 Oktober 2015 1:15 AM 

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kesal dengan kenya­taan Tan Sri Dr. Arshad Ayub yang mencadangkan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada golongan bukan bumiputera.

Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata ulasan Pro-Censelor universiti itu bagi mengujudkan persaingan sihat dan melahirkan lebih banyak cendekiawan tidk cukup kukuh kerana terdapat banyaka universiti awam lain dibuka  kepad golongan bujkan bumioputra lain.

“Umum mengetahui bahawa UiTM merupakan satu-satunya universiti yang memberi peluang melanjutkan pelajaran khusus kepada kaum bumiputera.
“Mengapa UiTM juga yang perlu diganggu?

UiTM satu-satunya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang masih membela nasib bumiputera dan hari ini cuba diganggu-gugat kedudukannya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Arshad dalam Persidangan Akademik Antarabangsa (IAC) 2015 di Kuala Terengganu semalam mencadangkan supaya UiTM memberi peluang kepada golongan bukan bumiputera mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah di universiti berkenaan bagi menggalakkan persaingan.

Menurut Irwan Fahmi, UiTM ditubuhkan untuk menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa,Datuk Sirajuddin Salleh mempersoalkan ke­nyataan Arshad yang mendakwa UiTM selama ini hanya melahirkan ‘jaguh kampung’ sedangkan ribuan pelajar lepasan universiti itu sudah menjadi usahawan dan ahli korporat berjaya sama ada di dalam atau luar negara. 

Beliau berkata, pelajar lepasan UiTM tidak kurang hebatnya berbanding yang dilahirkan oleh universiti lain malah memiliki kemahiran ‘interpersonal’ dan penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik.( Utusan online-).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 12.33 pm on Oktober ,24,2015.

No comments: