Monday, October 26, 2015

Dedahkan dana politik jika pembangkang benar -benar telus

27 Oktober 2015 1:46 AM 

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Parti pembangkang terutama DAP dan PKR membuktikan mereka tidak pernah telus dalam perjuangannya apabila terus menyembunyikan identiti penyumbang dana politik mereka selama ini.

Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen Kuala Selangor,Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, mereka tidak sepatutnya membuat desakan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian sekiranya mereka sendiri tidak mampu berlaku jujur.

“Saya menuntut dan mencabar pihak pembangkang untuk mendedahkan dana politik jika benar mereka sentiasa memperjuangkan ketelusan dalam perjuangan.

“Saya juga menyeru kepada kerajaan untuk segerakan undang-undang pembiayaan politik di Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pembangkang dicabar berlaku adil dalam isu tersebut dengan mendedahkan dana politik mereka sebelum menuntut pihak lain berbuat demikian.

Katanya, langkah itu pen­ting dalam memastikan suasana dan landskap politik negara yang lebih baik.
“Kalau mereka tuntut perkara itu, buktikan dahulu kesungguhan mereka dalam isu tersebut. “BN akan menjawab isu ini pada sidang Dewan Rakyat kali ini, mereka bila lagi?” katanya. dedahkan-dana-politik-jika-pembangkang-benar-telus ( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 10.2 am on Oktober 27,2015..

No comments: