Friday, October 9, 2015

Faham Intipat Perlembaagaan

Isu sekolah satu aliran tidak timbul 

MOHAMMAD YASIR JAAFAR: 10 Oktober 2015 1:29 AM 

Datuk Mohd Noor Abdullah


 BANGI 9 Okt. - Perdebatan sama ada kewajaran untuk mewujudkan sekolah satu aliran atau sebaliknya, tidak mungkin timbul sekiranya umum memahami dengan jelas intipati Perlembagaan Persekutuan.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah berkata, dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan bahawa bangsa Malaysia terdiri daripada tiga kelompok.

“Tiga kelompok ini adalah aborigin iaitu Orang Asli, natif (pribumi) dan lain-lain (bangsa lain), kalau kita benar-benar faham kita sebenarnya adalah satu komuniti atau bangsa Malaysia.

“Islam adalah agama rasmi, tetapi agama lain boleh diamalkan, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa lain bebas digunakan, maka di Malaysia pengagihan adalah adil atau sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum Bicara Persada Ke-23 bertajuk Sekolah Satu Aliran: Keperluan dan Kemungkinan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari.

Menyentuh berhubung sekolah satu aliran, Mohd. Noor berkata, bahasa Melayu wajar digunakan sebagai bahasa utama dan bahasa lain boleh diajar dan ditawarkan kepada murid.

“Malah dalam Perlembagaan, tiada siapa boleh melarang atau menyekat untuk menggunakan, belajar dan mengajar bahasa lain, itu adalah hak individu.

Kalau tiada diajar di sekolah boleh belajar sendiri. “Bagi bahasa Inggeris pula, ia boleh digunakan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tetapi dengan izin Speaker, sama jua dalam mahkamah ia boleh digunakan dengan izin hakim demi mencari kebenaran, tetapi bahasa utama adalah bahasa Melayu,” katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan kedudukan dan kepentingan sekolah pelbagai aliran dan di mana letaknya undang-undang dan Perlembagaan.( utusan online).posted by abnmulya / hj.bakar ninggal.blogspot.com at 7.51 am on Okteber 10,2015.

No comments: