Thursday, October 22, 2015

Kit Siang digantung enam bulan

23 Oktober 2015 2:04 AM 

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran keengganannya meminta maaf dan menarik balik kenyataan yang menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Penggantungan itu ber­kuat kuasa mulai hari ini setelah sidang Dewan Rakyat meluluskan usul yang dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said terhadap Kit Siang.
Lim Kit Siang

Usul berkenaan diluluskan setelah undi belah bahagian dilakukan yang menyaksikan sebanyak 107 Ahli Parlimen menyo­kong berbanding 77 orang menolak.

Timbalan Yang Di­pertua Dewan Rak­yat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee seterusnya mengarahkan Kit Siang yang ketika itu kelihatan cuba ‘berucap’ meninggalkan sidang selepas usul itu diluluskan. 

Pembentangan usul tersebut dibuat selepas Pandikar Amin dalam sidang Dewan Rakyat Selasa lalu menuntut Kit Siang meminta maaf tanpa syarat kerana menuduh beliau menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Develop­ment Berhad (1MDB).

Sehari sebelum tuntutan itu dibuat, Kit Siang ketika mencelah hujah Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 77(3) mengenai prosiding mesyuarat PAC ketika ketiadaan pengerusi atau naib pengerusinya, berkata, Pandikar Amin telah menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat.

Azalina membentangkan usul tersebut pada pukul 11.30 pagi selepas Kit Siang masih enggan meminta maaf dan menarik balik tuduhannya terhadap Pan­dikar Amin walaupun Ronald telah memberi peluang kepada Penasihat DAP itu untuk menyatakan pendiriannya.

Sebaliknya, Kit Siang mempertahankan kenyataannya sambil mendakwa, beliau tidak berniat menuduh Pandikar Amin sengaja menyalahgunakan kuasa atau mensabotaj siasatan 1MDB. ]

Dalam pembentangannya, Aza­lina menjelaskan, tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Kit Siang adalah dakwaan yang amat serius dan menghina Yang Di­pertua Dewan Rakyat serta Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Beliau turut men­cadangkan supaya Kit Siang digantung perkhidmatan selama enam bulan mulai tarikh usul itu diputuskan.( Utusan online-Parlimen)..Posted  by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.23 am on Oktober 23,2015.

No comments: