KUALA LUMPUR 22 Okt. – Polis membuka tiga kertas siasatan berhubung aduan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
![]() |
Ahmad Zahid Hamidi |
“Pihak polis telah membuka dua kertas siasatan berhubung aduan yang dibuat terhadap Dr. Mahathir iaitu berkaitan Klang Report 33074/14 yang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk ulasan dan arahan lanjut setelah siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (DAP-Cheras) yang meminta Timbalan Perdana Menteri menyatakan hasil siasatan dan tindakan yang diambil ke atas Dr. Mahathir.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, satu lagi kertas siasatan berkaitan Jinjang Report dan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 Oktober lalu untuk arahan selanjutnya.
“Pihak polis juga menjalankan siasatan berkaitan Jinjang Report 18448/2015 yang turut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya.( Utusan online-par;imen).posted by abnmulya /hjh.abu baklar ninggal.blogspot.com at 1426 hrs on Okto\ber 23,2015.
No comments:
Post a Comment