Tuesday, October 20, 2015

Minta maaf atau berdepan tindakan-Pendikar Amin

21 Oktober 2015 12:51 AM 

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menuntut Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) meminta maaf tanpa syarat kerana menuduh beliau menyalahgunakan kuasa dan cuba mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB). 

Beliau berkata, tindakan menerusi satu usul akan diambil sekiranya Kit Siang gagal memohon maaf dan menarik balik kenya- taannya itu yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

“Jadi Gelang Patah (Kit Siang) tiada di sini. Sampaikan kepada Ge­lang Patah, kalau Gelang Patah tidak minta maaf tanpa syarat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, tidak menarik apa yang dihujah, maka satu usul akan dibuat dan akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat.

“Dan beliau akan digantung tugas, terpulang kepada sekiranya usul itu diluluskan oleh Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Pandikar Amin menyampaikan keputusannya itu selepas meminta laluan daripada Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) yang sedang membahaskan Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015. 

Kit Siang
Kit Siang tidak berada dalam sidang Dewan Rak- yat ketika Pandikar Amin menyampaikan keputusan berkenaan. 

Semalam, Kit Siang ketika mencelah hujah Mohamed Hanipa Maidin (Ama­nah-Sepang) berhubung tafsiran Peraturan Mesyuarat 77(3) mengenai prosiding mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ketika ketiadaan pengerusi atau naib pengerusinya, berkata, Pandikar Amin telah menggunakan kuasanya untuk menangguhkan mesyuarat PAC, sedangkan kuasa itu tidak dinyatakan dalam mana-mana Peraturan Mesyuarat. 

“Tidak ada peruntukan beri kuasa kepada Tuan Yang Dipertua untuk berhentikan satu jawatankuasa, khasnya PAC daripada bermesyuarat.

“Adakah Yang Berhormat Sepang bersetuju ini satu salah guna kuasa Tuan Yang Dipertua yang tidak patut berlaku dan ini merupakan satu sabotaj penyiasatan 1MDB?,” kata Kit Siang. 

Pandikar Amin menambah, keputusan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia pernah dilakukan semasa Allahyarham Tun Mohamed Zahir Ismail menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

Menurut beliau, seorang Ahli Parlimen telah digantung tugas apabila mengkritik keputusan Mohamed Zahir menolak usulnya me­lalui kenyataan akhbar. 

“Kalau saya ikut prcedente (kes terdahulu) yang telah dibuat oleh Tun Zahir dahulu, maka setiap ke­nyataan akhbar yang menghentam saya, saya akan halang,” jelasnya. 

Pandikar Amin menegaskan, beliau perlu mengambil tindakan itu kerana amalan mengkritik keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan budaya Parlimen.( Utusan online-).Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.51 am on Oktobr 21,2015.

No comments: