Sunday, October 4, 2015

PM Selamat tiba di tanah air

05 Oktober 2015 10:17 AM 
Najib Tun Razak

SEPANG 5 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.55 pagi ini selepas menamatkan urusan rasminya di luar negara.

Beliau tiba di tanah air bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sambil disambut oleh barisan menteri Kabinet, pengurusan tertinggi kerajaan, pemimpin-pemimpin parti serta ahli-ahli UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut berada di kompleks tersebut bagi menyambut kepulangan Perdana Menteri.

Najib pulang dari mengadakan lawatan kerja tiga hari di Milan bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Itali. Sebelum itu, beliau menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat (AS). -(utusan online).Posted by abnmulya .Hajai bakar ninggal.blogspot.com at 1427 hrs on Okt.,05,2016.

No comments: