Saturday, October 3, 2015

Akhbar milik Umno secara tak langsung desak Saifuddin dipecat

 Published: 4 October 2015 10:46 AM


Saifuddin Abdullah

Tindakan Datuk Saifuddin Abdullah hadir pelancaran Pakatan Harapan yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno menimbulkan kemarahan dan menyebabkannya menerima surat tunjuk sebab dan diberi tempoh selama 14 hari untuk memberi penjelasan. –

Utusan Malaysia secara tidak langsung mendesak Umno agar memecat Datuk Saifuddin Abdullah berikutan pendirian bekas menteri timbalan pendidikan tinggi yang tetap mahu menghadiri majlis anjuran pembangkang meskipun diberi amaran sebelum ini.

Dalam ruangan pojok Awang Selamat, secara tidak langsung akhbar milik Umno itu berkata, pimpinan tertinggi parti Melayu itu tidak perlu menunggu lama memandangkan tiada keserasian lagi di antara kedua-dua pihak.

" Pada Awang, Saifuddin tidak lagi berminat kepada Umno dan Umno lebih-lebih lagi sudah tidak mengharapkan beliau. Lagipun pengaruhnya dalam parti sudah hilang selepas kalah di Temerloh. 

Desakan pemecatan Saifuddin itu dikuatkan dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan bekas timbalan menteri itu perlu meninggalkan parti Melayu itu sekiranya terus menjadi "duri dalam dalam daging".

"Cukuplah sudah banyak peringatan yang diberi. Kegagalan untuk bertindak akan memberi imej salah kepada semua.

"Tanpa Saifuddin dalam Umno, tiada siapa akan menangis, sebaliknya ia kelegaan besar buat kita semua," katanya.

 Saifuddin pada 22 September lalu hadir ke program pelancaran Pakatan Harapan, tetapi menegaskan kehadiriannya atas kapasiti sebagai pengerusi badan bukan kerajaan (NG) Akademi Belia.

Tindakan Saifuddin yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno menimbulkan kemarahan dan menyebabkannya menerima surat tunjuk sebab dan diberi tempoh selama 14 hari untuk memberikan penjelasan.

Bagaimanapun Pengerusi Lembaga Displin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat  Khas sebelum ini beranggapan perbuatan Saifuddin hadir ke acara pembangkang merupakan tindakan biasa. Semalam,Saifuddin dilaporkan sudah menjawab-surat-tunjuk-sebab-umno.( Dipetik dari The Malasian Insider0.Poste\d by abnmulya /Hj,Bakar Ninggal,blogspot.com at 1443 hrs on Oktober  04,2015.

No comments: