KUALA LUMPUR 14 Okt. – Pihak berkuasa didesak menyiasat segera insiden kebocoran maklumat sulit terbaharu berhubung butir-butir siasatan ke atas 1Malaysia Development (1MDB) yang didakwa berpunca daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Ahli Majlis Tertinggi UMNO,
![]() |
Dr.Mohd Puad Zarkashi |
(PAC).
Menurutnya, tindakan itu perlu kerana beliau yakin apa yang berlaku bukan sekadar kebocoran maklumat, sebaliknya terdapat pihak cuba meraih keuntungan peribadi dan politik dengan cara menjual informasi berkait siasatan.
“Kebocoran dan penjualan maklumat siasatan perbuatan sabotaj yang tidak boleh dimaafkan. Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan terperinci ke atas kakitangan BNM dan PAC.
“Perbuatan tersebut bukan sahaja tidak adil kepada pihak yang dituduh (1MDB) tetapi apa yang lebih buruk boleh mengakibatkan kesan negatif terhadap ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
1MDB pada Isnin lalu membuat laporan polis mengenai tindakan satu atau lebih banyak pihak yang disyaki membocor dan menjual maklumat sulit mengenai syarikat itu yang kemudiannya disiarkan portal Sarawak Report kendalian pihak asing.
Mohd. Puad berkata, sehingga kini sudah tiga kali maklumat siasatan ke atas 1MDB dibocorkan dengan insiden pertama berlaku pada 2 Julai (Wall Street Journal), diikuti 9 September dan yang terakhir 11 Oktober (Sarawak Report).
“Apa sudah jadi dengan pasukan penyiasat di dalam negara ini apabila mereka tidak lagi mempunyai integriti dan tidak berpegang kepada sumpah menyimpan rahsia? Saya terharu mengapa BNM masih lagi membisu,” katanya.(Utusan online-).Posted by abnmulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 8.22 am on Oktpber 15,2015.
No comments:
Post a Comment