16 Oktober 2015 6:10 PM
![]() |
Saifuddin Abdullah,bekas MT UMNO kin i dah jadi ahli PKR pula. |
TIADA apa-apa yang perlu diratapi oleh pemimpin dan ahli UMNO apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Saifuddin Abdullah memutuskan untuk menyertai PKR, semalam.
Pemergian Saifuddin bukanlah satu kehilangan sebaliknya menamatkan segala teka-teki berhubung pendirian politik beliau selama ini.
Saifuddin dilihat banyak membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendirian Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Beliau juga dilihat lebih mesra pakatan pembangkang.
Ketika Saifuddin membuat tindakan politik menyertai PKR, beliau sedang berhadapan dengan soal tunjuk sebab daripada UMNO kerana menghadiri persidangan meja bulat pakatan pembangkang.
Alasan beliau kehadiran itu atas kapasiti peribadi sebagai Pengerusi Akademi Belia. Oleh itu apabila beliau memutuskan untuk menyertai PKR maka ia bukanlah satu kejutan sebaliknya satu kepastian. Lagipun cengkaman politik Saifuddin tidaklah sehebat mana.
Beliau hanya pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh dan tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi kerusi Parlimen kawasan berkenaan kepada calon Pas, Nasrudin Hassan.
Ini,dilaporkan Bernama, Saifuddin memberi alasan “Saya sudah berfikir panjang lebar sebelum membuat keputusan.
Saya mahu membina negara ini melalui pembaharuan institusi...ia tidak dibincangkan secara komprehensif dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN)...maka sudah sampai masa saya rasakan saya tidak lagi serasi dengan UMNO dan BN.”
‘Tahniah dan terima kasih’ kepada beliau kerana setelah diberi peluang menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, dibawa masuk ke Kabinet sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan diberi kepercayaan menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh suatu ketika ‘barulah’ beliau sedar rupa-rupanya ‘parti itu tidak serasi’ dengan beliau.
Dalam politik, mana-mana juga individu berhak membuat keputusan parti mana yang beliau mahu sertai. Apatah lagi kalau individu itu tidaklah mempunyai kewibawaan besar.
Adalah menjadi hak Saifuddin untuk ‘melompat’ parti, kalau merasakan parti yang bakal disertainya nanti boleh mencapai cita-cita hebatnya ‘mahu membina negara ini melalui pembaharuan institusi’.
Biarlah Saifuddin terus dengan cita-cita itu sementara UMNO pula tidak akan tercalar sedikit pun berikutan tindakannya.
Sebaliknya UMNO akan lebih aman dan selamat tanpa individu yang sering sahaja dipersoalkan pendirian politiknya. Cuma apa yang diharapkan Saifuddin tidak akan memburuk-burukkan kerajaan dan UMNO.
Tetapi kalaupun beliau berhasrat berbuat demikian teruskanlah, ia tidak akan menjadi ‘kudis’ kepada BN dan UMNO.
Sejak dulu lagi UMNO sudah menempuh pengalaman pemimpin datang dan pergi. UMNO tetapi kukuh.
Tiada apa yang menghairankan atau aneh, yang peliknya kalau pemimpin itu berada dalam UMNO dan BN tetapi dilihat berhati serta berjiwa pembangkang( Utusan online-).Posted by abnmulya / hj.abu bakar ninggal.blogspot.com at 1501 hrs on Oktober 17,2015..
No comments:
Post a Comment