Sunday, October 18, 2015

Siapa Lim Kit Siang dan DAP Nak Tentukan PAS Tanding Sana Dan Sini ?

                       


Ahad,Oktober 18,2015 @ 4.47 pm.

Portal The Malaysia Insider, pada hari ini, bersamaan tanggal (18/10/2015) pada jam 11.45 am,ada melaporkan di dalam portal media sosialnya itu, bahawa Pengerusi paeti DAP Lim Kit Siang berkata, pada PRU ke-14 nanti beliau ada mencadangkan bahawa  parti Pas hanya bertanding di Kelantan,Terengganu,Kedah dan Perlis sahaja.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Presiden parti Pas.

Sementara bagi parti baru AMANAH bolehlah bertanding di lain-lain negeri tertakluk pada persetujuan dari parti-parti pembangkang yang lain .

Ekoran dari cadangan  DAP itu PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang,secara terang-terangan ,cepat dn tegas.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menegasakan bahawa PAS akan bertandig di seluruh negara,malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandingnya.

Pas adalah parti besar bertaraf Nasionaal. Bukan parti kecil-kecilan semacam parti AMANAH l dan menurut Hadi Awang bahawa kewujudan parti AMANAH itu (harmless) tidak memberi sebarang kesan pada Pas.

Dari segi usuianya pun parti tersebut  sekadar baru berusia setahun jagong berbanding dengan Pas ynag sudah punya banyak pengalaman dan dah sering berdepan dengan berbagai-bagai cabaran yang sifatnya berbagai-bagai ragamnya.
Datuk Dr.Haron Din,
Mursyidul Am Pas yang baru

Dalam isu ini pada hemat penulis bahawa DAP memang tak punya hak apa nak tentukan di mana Pas harus bertanding?Pas kini dah tak ada kena mengena lagi dengam DAP. Parti bukan lagi berada di dalam PR.

Jika DAP ada "blue print" di arena politik Malaysia? Maka PAS pun ada "blue print"nya sendiri-sendiri juga.?

Dari segi usianya pun? Pas itu dah lahir di arena politik Malaysia sebelumnya parti DAP itu wujud di Malaysia ini. Amat kurang sopan nmanya jika DAP cuba nak tentukan di mana PAS harus bertanding dan sebagainya?

Dulu sejak tahunn 2008 hingga tahun 2015 sebelum bulan Jun 2015,Parti PAS merupakan  kawan baik DAP yang berada di dalam gabungan parti-parti yang disebut "Pakatan Rakyat".Kini pakatan itu dah tiada lagi,dah berpecah belah.

Selepsa muktamar PAS pada Jun 2015 ditakdirkan oleh Allah SWT ikatan anatara kedua2 parti ini dah becerai-berai dan dah jatuh talak pula?
Lim Kit Siang,Pengerusi DAP

Kedua2 parti ini dah tak jadi kawan lagi.Jadi DAP pilihlah jalan DAP sendiri dan biarkan PAS pilih jalan mereka sendiri2.

Yang Lim KIt Siang gatal mulut nak cadangkan PAS bertanding hanya di Kelantan, Kedah, Trengganu dan Perlis aje itu apa halnya?

Apakah Negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, Melaka, Perak, N,Sembilan,Pahang itu merupakan negeri-negeri kepunyaan Kit Siang  atau pun parti DAP ke?

Malulah sikit jika nak cadangkan sesuatu itu biarlah logik dan sekaligus ada meritnya. Segala cadangan-cadangan itu hendaklah berdasarkan hak dan kuasa yang ada di tangan anda?

Jika AMANAH kawan baru DAP itu rasa dah kuat dan berpengaruh sangat pada rakyat Malaysia? Maka pada PRU ke-14 itu nanti?

Mat Sabu, Presiden parti baru
AMANAH.

Parti AMANAH bolehlah tunjukkanlah kejagohan, kekuatan dan keperkasaan partinya itu,sama ada di terima oleh rakyat ke atau pun sebaliknya.? Jangan hanya indah khabar dari rupa?

Parti DAP-lah yang harus berkorban apa aje dan beri calon-calon parti AMANAH itu bertanding di kawasan-kawasan DAP di mana majoriti pengundi dari kaum Cina mengundi calon-calon parti AMANAH yang didapati dah berkorban banyak pada DAP hingga tinggalkan parti PAS.

Enam (06) orang ramainya MP2 dari  parti PAS kini secara otomatik dah jadi MP2 parti Amnah kerana mereka tak mahu letakkan jawatan sebagai (MP) wakil rakyat yang mereka menang duluya itu atas nama  dan tiket parti PAS.

Mat Sabu dan regunya dah pun tunjukkan sifat setiakawan (solidirity) pada parti DAP. Kini dan tibalah masa dan ketikanya giliran DAP pula membalas budi dan pengorbanan pada parti AMANAH pula.

Lagipun parti DAP sering mendabik dada kononnya DAP adalah merupakan parti  yang berbilang kaum yang berdasarkan Malaysia Malaysian.Justeru apa yang DAP berani  cakap-cakapkan itu?

Mesti berani kotkan. Berani cakap mesti berani bikin. Jangan hanya cakap tetapi tak serupa bikin.Amalkanlah apa yang dicakapakan itu akan dibikin. LidaH anda hendaklah sentiasa jangan jadi bercabang. Barulah rakyat Malaysia akan percaya? ( Posted by abnmulya /haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1647 hrs on Oktober,18,2015).

No comments: