Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd. Salleh Said Keruak berkata, sebab itu, tidak pelik apabila beberapa pihak tampil mengkritik dan menentang langkah-langkah rasionalisasi hutang yang cuba dibuat 1MDB.
Terbaharu katanya, kritikan keras dilemparkan kepada kerajaan selepas 1MDB menjual 100 peratus aset tenaga dalam anak syarikatnya, Edra Global Energy Berhad kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN Group).
“Mereka mahu 1MDB mengurangkan beban hutang tetapi pada masa yang sama mereka tidak mahu mana-mana syarikat tempatan membeli aset 1MDB, begitu juga tidak membenarkan 1MDB untuk menjual asetnya kepada pelabur asing.
“Dengan itu, apa yang mereka ingin 1MDB lakukan? Alternatifnya muflis, supaya mereka boleh gunakan isu ini untuk menentang Perdana Menteri,” kata Mohd. Salleh menerusi blognya, sskeruak.blog­spot.com, hari ini.
Isnin lalu, CGN Group menandatangani Perjanjian Pembelian dan Penjualan Saham (SSPA) dengan 1MDB bagi mengambil alih kepen­tingan dalam Edra Solar Sdn. Bhd., Edra Energy Sdn. Bhd., Powertek Energy Sdn. Bhd., Jimah Teknik Sdn. Bhd., Jimah O&M Sdn. Bhd., Mastika Lagenda Sdn. Bhd., dan Tiara Tanah Sdn. Bhd.
Walau bagaimanapun, beberapa pihak tampil mengkritik langkah penjualan Edra kepada pihak a­sing memandangkan aset tenaga merupakan sektor strategik negara, apatah lagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut terbabit membida.
Menjelaskan isu berkenaan, Mohd. Salleh berkata, keputusan memilih CGN Group dibuat kerana sebelum ini, apabila syarikat strategik tempatan cuba membeli aset-aset 1MDB, kerajaan dituduh konon nya mahu bailout.
“Seandainya 1MDB menjual Edra kepada TNB, mereka akan menuduh tindakan tersebut sebagai langkah bailout tetapi apabila Edra dijual kepada sebuah firma asing, ia dituduh pula sebagai pengkhianatan,” jelasnya.( Utusan online-) Posted by abnmulya / haji abu b akar ninggal. blogspot. com.at 12.11 noon on November 30,2015.