Exco Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap ahli parti adalah dengan meng­henti­kan perilaku 'namimah' atau mengadu domba yang banyak mendatangkan kerosakan terhadap sesebuah institusi.

“Saya bimbang dengan perilaku 'namimah' ini yang saling 'mencucuk' di antara satu sama lain menyebabkan berlaku situasi tidak harmoni.

“Golongan begini berada di keliling pihak tertentu untuk mengapi-apikan atau memarakkan keadaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditemui setelah selesai menjadi ahli panel kepada program Jelajah Kampus Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Tambahnya, apa yang sepatutnya dilakukan apabila berada di dalam krisis adalah setiap individu perlu bertindak sebagai penenang keadaan selain bersabar untuk mengkaji setiap maklumat secara teliti sebelum disebarkan.

“Krisis dalam sesebuah organisasi atau pemerintahan ini sudah berlaku sejak sekian lama termasuk ketika era pemerintahan Ali Abi Talib. Maka, krisis itu bukan sesuatu yang luar biasa malah UMNO pernah diharamkan suatu ketika dahulu.

“Cuma yang paling penting adalah bagaimana kita berdepan dengan krisis tersebut. Apabila kapal berlubang, sepatutnya kita cuba memperbaiki dan bukannya berusaha menenggelamkan kapal itu,” katanya.( utusan online-politik).posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 1.08 am on Discember 02,2015.