AZALINA OTHMAN SAID

Beliau berkata, kebimbangan itu termasuk mengenai soal kemampuan pemilikan tanah dan rumah oleh kaum tersebut.

“Kebimbangan ini ada asasnya, tatkala kita melihat contoh-contoh seperti yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor yang mana tanah untuk kediaman atau projek perumahan yang dijual adalah terlalu tinggi dan tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

“Ini terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan secara tidak langsung akan menyebabkan pemilikan aset hartanah oleh orang Melayu semakin rendah dan berkurangan,” katanya dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Perma­tang Pauh) berhu­bung perangkaan ke­du­dukan rizab Melayu yang ditukar status, nisbah bilangan kakitangan awam Melayu dan ekuiti ekonomi Melayu yang berpindah milik.

Sementara itu, Azalina berkata, ekuiti bumiputera dalam sektor korporat pada 2011 hanyalah sebanyak RM211.5 bilion atau 23.5 peratus.
Beliau berkata, jumlah itu adalah lebih rendah berbanding sasaran asal yang ingin dicapai iaitu 30 peratus.

Beliau menambah, jumlah ke­se­luruhan penjawat awam tahun lalu adalah sebanyak 1.6 juta.

“Walaupun nisbah bumiputera berban­ding bukan bumiputera adalah le­bih tinggi, namun di sektor swasta terutama dalam bidang profesional serta di peringkat pembuat keputusan, kaum Melayu adalah masih rendah,” katanya.( utusan online-parlimen).Posted by abnmulya // haji bakar ninggal.blogspot.com.at 11.19 am on November 27,2015.