Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, ketetapan bahawa perasmian perhimpunan agung berkenaan dilakukan ketua sayap masing-masing juga telah dibuat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO berdasarkan cadangan daripada sayap-sayap terlibat.

“Ini hanya satu tradisi. Satu keistimewaan yang diberikan kepada Timbalan (Presiden UMNO). Ini bukannya hak. Hak tidak boleh diambil dari orang lain.

“Keistimewaan pula sebaliknya perlu diperoleh dan keistimewaan boleh hilang sekiranya disalah guna,” katanya menerusi satu kenyataan dalam laman blog sskeruak.blogspot.com hari ini.

Selasa lalu, mesyuarat MT UMNO memutuskan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada bulan depan akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.

Menurut Salleh, dalam pelbagai pihak membuat kritikan terhadap perubahan tradisi tersebut, beliau juga ingin mengingatkan yang tindakan memburuk-burukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tuduhan tidak berasas juga adalah perkara yang tidak sejajar dengan tradisi parti.

“Satu tradisi yang telah dilanggar adalah menuduh Presiden parti mencuri RM42 bilion sedangkan perkaranya bukan begitu. Cubaan menjatuhkan Presiden parti menerusi dakwaan palsu akan memberi kesan kepada keseluruhan parti dan mengakibatkan UMNO berisiko mengalami kekalahan dalam pilihan raya,” katanya.
]
Beliau memberitahu, walaupun terdapat desakan daripada beberapa bahagian UMNO, parti itu tidak mengenakan tindakan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Tidak dinafikan, ada pihak menyatakan UMNO mengamalkan kebebasan bersuara, justeru itu, pemimpin dan ahli mesti dibenarkan untuk menyatakan pendapat mereka.( utusan online).posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.01 am on November 28,2015.