Friday, February 5, 2016

IMF Puji Pentadbiran Negara Stabilkan Ekonomi.



February 06,2016.


Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memuji pentadbiran negara kerana sehingga kini berjaya mengekalkan kestabilan ekonomi dan kewangan Malaysia walaupun menghadapi pelbagai cabaran domestik dan luar negara sejak akhir 2014. 

Malah, kerajaan Malaysia berjaya memperbaiki asas-asas yang kukuh untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang baik dalam jangka masa sederhana. 
Alex Mourmouras
Jelas Ketua Perwakilan IMF yang mengadakan lawatan ke negara ini, Alex Mourmouras, perkemba­ngan yang baik itu mampu dicapai ketika negara berdepan pelbagai kesukaran sejak akhir 2014 termasuk kejatuhan harga komoditi, permintaan luar yang lemah, aliran keluar modal serta pelbagai isu politik. 

 “Ekonomi Malaysia terus me­ngekalkan prestasi yang baik di sebalik pelbagai rintangan. Persekitaran global masih tidak menentu dengan perdagangan dunia yang lembap, gangguan ekonomi di China serta pengukuhan berterusan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS),” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Beliau baru-baru ini mengetuai misi lawatan IMF ke Malaysia dari 11 hingga 22 Januari dengan melawat Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kuching. 


IMF turut mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) serta kumpulan sektor swasta dan ahli akademik sepanjang tempoh lawatan itu. 


“Perlindungan terhadap bajet negara harus diutamakan. Dalam konteks ini misi IMF memuji pentadbiran negara yang mahu memastikan defisit kerajaan berada pada kadar 3.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun ini dan seterusnya perbelanjaan yang seimbang menjelang tahun 2020 hingga 2021,” katanya. 


 Mengulas mengenai kejatuhan nilai ringgit, Mourmouras berkata, langkah BNM untuk membiarkan nilai mata wang tempatan bergerak mengikut harga minyak dan komoditi adalah langkah yang baik sehingga membolehkan eksport pengeluaran Malaysia menjadi kompetitif. 


“BNM juga menggunakan rizab negara dengan baik dalam mengawal aliran keluar dana, mengawal kadar tukaran serta mengekalkan kestabilan pasaran kewangan. Walaupun inflasi dijangka meningkat secara sementara pada 2016, asas inflasi negara masih terkawal dan dasar-dasar semasa adalah bersesuaian untuk menghadapi keadaan itu.


 “Malah kami menyokong usaha BNM untuk terus me­ngukuhkan rizab ma­ta wang asing Malaysia sepanjang masa,” katanya. 


NB.Kira2 seminggu yang lalu saya ada terima pesanan "whatsapp" dari Dengkel yang dikirimkan oleh sahabat saya gambar Daim,bekas menteri kewangan Malaysia di era Mahathir. Di bawah gamabar Daim itu ada tulisan yang berbunyi:' Malaysia akan jadi bankruft pada September ini sebab Ringgit sudah tiada nilai." 


Sehingga kini tak ada penafian dari Daim tentang berita itu? Viral atau sebaliknya?Seingat saya gambar itu telah pun disiarkan oleh Face Book.com.my juga? 
(Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.10 am on February 06,2016.

No comments: