Tegas Perdana Menteri, kerajaan amat menyedari situasi tersebut yang dilihat tidak menyenangkan lantaran harga minyak yang jatuh dengan begitu dahsyat serta di luar dugaan di seluruh dunia.
“Saya baca dalam akhbar, bagaimana negara seperti Venezuela, ekonominya tahun lalu menguncup 10 peratus, tahun ini menguncup enam peratus. Di Nigeria, hasil eksportnya, 90 peratus bergantung kepada minyak, 60 peratus pendapatan negaranya bergantung kepada hasil minyak.
“Alhamdulillah, walaupun Malaysia menerima kesan negatif da­­ri­­pada kejatuhan harga minyak,­ ekonomi kita masih mampu berkembang. Tahun lalu (ekonomi)­ kita, sembilan bulan pertama, ber­kembang 5.1 peratus. 

"{Tahun ini, meng­ikut Dana Kewangan Antaraba­ngsa (IMF), kita boleh capai 4.4 hingga 4.5 peratus,” katanya ketika merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Labuan di Kompleks Pasar Sentral Labuan dekat sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Parlimen Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Rozman Isli.
UTC Labuan mengambil masa lapan minggu disiapkan dengan menggunakan bangunan sedia ada yang diubah suai mengikut keperluan perkhidmatan yang diberikan.
Najib memberitahu, kitaran eko­nomi akan melihat kepada pemulihan harga minyak dengan ekonomi dunia mengalami apa yang dikatakan period of cycle atau kitaran masa.
“Maknanya, kalau masa ketika yang baik, selepas itu kita hadapi tekanan, lepas itu insya-Allah ekonomi dunia boleh pulih seperti sedia kala. Dalam hal ini, kita mesti bertahan, faham akan keadaan ini sebab kita pernah alami keadaan lebih buruk pada masa-masa lalu.

"Saya percaya rakyat bersama kerajaan, memahami keadaan ini. Maka kita boleh menanganinya dan meletakkan asas kukuh kepada ekonomi,” jelasnya sambil memberi jaminan untuk tidak menyusahkan rakyat biar­pun Bajet 2016 diubah suai.
“Berlaku ketirisan RM1 bilion cukai kerana barang-barang dari pulau bebas cukai Langkawi dan Labuan telah disalah guna seperti rokok, minu­man keras dan kereta mewah. Mungkin ada sindiket tertentu. Jadi kita ubah suai (bajet), dan masih berstatus bebas cukai.
“Kita kawal premis-premis ini, yang rekod baik, kita beri status tersebut. Kalau kita dapat jimat cukai ini, hasil negara akan bertambah,” tegas beliau.(Utusan online).Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 8.18 am on February 07,2016.