Vetran Umno,T
an Sri Abdul Rahim Tamby Chik
Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, dalam apa jua keadaan, sesebuah organisasi atau parti tentunya memerlukan kepemimpinan yang sehaluan, senada dan sekata untuk melaksanakan apa jua visi serta wawasan yang dicita-citakan.

“Sepatutnya orang seperti itu tidak perlu tunggu sehingga diambil tindakan. Letakkan jawatan dan nyatakan bahawa langkah itu diambil kerana tidak bersetuju dengan prinsip serta wawasan yang dibawa.

“Tiada persoalan mengenainya dan begitu barulah namanya ‘gentleman’. Bukan saja ahli politik, malah kakitangan kerajaan juga mesti seiringan dengan mereka yang melantik anda ke jawatan tersebut bagi memastikan pasukan dibentuk, sehaluan dalam melaksanakan amanah untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir ke Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berterusan mengkritik kepemimpinan negara terutamanya berhubung isu 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) serta dana RM2.6 billion sehingga memaksa beberapa pemimpin parti mendesak agar beliau dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka turut menegur beberapa bekas pemimpin UMNO yang melemparkan pelbagai tuduhan tanpa bukti terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kebelakangan ini.

“Jangan buat kritikan bersandarkan persepsi negatif yang tidak berasas. Katakanlah anda mengambil laporan dari media luar seperti New York Times serta Wall Street Journal (WSJ) untuk menghentam kepimpinan sedia ada, sejauh mana anda yakin dengan kesahihahn emel atau apa saja bukti yang dikemukakan oleh laporan-laporan itu.

“Kalau benar hendak buat tuduhan, kemukakan bukti dan nyatakan betul-betul yang bukti itu boleh dibawa ke mahkamah. Setakat petikan daripada laporan media asing, belum tentu kesahihan berita itu menepati standard bukti dimahukan mahkamah,” katanya.

Menurutnya, kedudukan serta gelaran yang ada pada bekas pemimpin yang mengkritik kepemimpinan hari ini tidak sama sekali menandakan bahawa mereka bebas melakukan apa saja mengatasi undang-undang negara.

"Sama ada anda pernah berada di peringkat tertinggi atau di bawah, kita semua tertakluk kepada undang-undang. Selagi seseorang itu tidak disabitkan bersalah oleh mahkamah, maka beliau layak untuk terus memerintah dan tuduhan yang dilemparkan tanpa bukti tidak lebih dari sekadar khabar angin," ujarnya.( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 9.29 am on Februaay 25,2016.