![]() |
Gambar di belakang Datuk Seri Najib ialah Allahyarham Tun Razak Hussin,Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. |
Sambil menegaskan "80 peratus" parti menolak kepimpinan Mahathir, Yang menyelamatkan Umno adalah sayap Pemuda yang dipimpinnya, dakwa Najib."
"Najib kata Pemuda pimpinannya selamatkan Umno pada 1987" Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengingatkan pengkritik nombor satunya,Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimana sayap Pemuda Umno yang dipimpinnya, telah 'menyelamatkan' Umno selepas pendaftarannya dibatalkan pada 1987.
![]() |
Dr.Mahathir Mohamad |
"Kalau tak, Umno Baru akan tergugur, orang putih kata 'stillborn'. Tetapi kerana jasa Pemuda, Umno selamatkan," kata Najib dalam ucapannya di majlis yang diadakan malam ini untuk memperingati 40 tahun penglibatan beliau dalam politik anjuran Kelab Sahabat Najib Razak (N87) di PWTC.
Umno Baru telah ditubuhkan pada tahun 1988 selepas Umno diisytiharkan haram ekoran satu keputusan mahkamah.
Dalam pemilihan parti pada 1987, Umno telah berpecah kepada dua pasukan dan Mahathir menang tipis jawatan presiden parti.
![]() |
Tengku Razaleigh Hamzah |
Peristiwa ekoran perpecahan itu kemudiannya membawa kepada pembatalan pendaftaran. Sementara itu, ketika menyingkap 40 tahun pengalaman politiknya,
Najib mengakui banyak kisah pahit, manis, getir dan suka duka yang telah dilaluinya.
Namun, katanya, tidak ada satu profesyen lain yang boleh menyaingi profesyen sebagai seorang ahli politik sekiranya hasrat seseorang itu adalah untuk membantu rakyat dan untuk mengubah masa depan negara.
"Sebab itulah saya anggap profesyen sebagai seorang ahli politik satu profesyen yang banyak keistimewaan," katanya.
Doktor mungkin boleh menyembuhkan orang sakit dan jurutera membina jambatan, kata Najib, tetapi ahli politik mempunyai kemampuan untuk mengubah masa depan bangsa, agama, dan negara.
Najib mengakui bahawa dia berada di persimpangan sama ada mahu menyertai politik selepas kematian bapanya pada tahun 1976.
"Sebab masa tu banyak yang kata saya terlalu muda dan tunggu dulu, sabar dulu. "Tetapi saya kata tak apa lah kerana niat saya tak lain tak bukan untuk menyumbang bakti saya kepada bangsa, agama dan negara.
"Kalau saya tidak ada kemampuan sama ada parti itu akan tolak saya atau rakyat akan tolak saya," katanya.
Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan tanpa bertanding pada tahun 1976 selepas kerusi itu kosong berikutan kematian bapanya.
Berusia 23 tahun ketika itu, Najib juga menjadi timbalan menteri paling muda apabila beliau dilantik sebagai timbalan menteri tenaga, telekomunikasi dan pos dan kemudiannya menjadi menteri besar paling muda yang mengangkat sumpah jawatan pada usia 29.(Dipetik dari portal Malaysiakini). Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 9.47 am on February 21,2016.
No comments:
Post a Comment