Tuesday, February 23, 2016

Setuju : Cadangan Presiden Ngo MUBARAK Ambil Tindakan Disiplin Parti Pada Muhyiddin Yassin.

Datuk Seri Najib Tun Razak,Presiden parti Umno harus bertindak lebih tegas dan lebih drastik lagi membersihkan musuh-musuh politiknya.


Oleh haji abu bakar ninggal
Rabu,February 24, 2016 @ 10.52 am.

Sejak Muhyiddin Yassin telah menyertai kem Mahathir berhubung dengan kemelut krisis politik antara Mahathir dengan Datuk Najib dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion dari penderma dari Saudi Arabia itu.

Dari segi disiplin parti Umno? Muhyiddin Yassin dilihat banyak kali di dalam beberapa ucapnan beliau di hadapan khalayak ramai telah mengkritik Preesiden parti Umno dan kritik-kritik yang sensentif itu didapati dah pun disiarkan oleh media sosial tempatan.

Tindakan Muhyiddin itu ternyata telah melanggar disipilin parti dengan menghkritik Datuk Seri Najib tanpa batas. Fungsi Timbalan Presiden parti Umno itu adalah berkewajipan untuk membantu kerja-kerja parti Umno bukan sebaliknya.

Muhyiddin Yassin ,Timbalan
Presiden parti Umno..
JIKA ada orang-orang luar dari Umno didapati mengkritik Presiden parti dan parti Umno itu sendiri? Selaku sebagai Timbalan Presiden parti Umno? Maka Timbalan Presiden itu harus membela Ketua Kabilahnya itu dengan sewajarnya..

Sikap Muhyiddin Yassin turut sama mengkritik Ketua Kabilahnya itu? Ia merupakan sikap musuh di dalam selimut parti Umno.itu sendiri. Sikap ini boleh dikatakan adalah sangat melampau batas dan sekaligus ia boleh merosakkan imej Presiden parti dan juga parti Umno.

Kerana ahli kabilah Umno dilihat tak tahu hormat kepada Ketua kabilah Umno iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika Muhyiddin Yassin merasa bahawa beliau tidak lagi dapat bersama-sama dengan presiden parti Umno.disebabkan dasar-dasar parti Umno tidak lagi disukai oleh Muhyiddin?

Jalan keluar yang paling baik ialah Muhyiddin Yassin harus letak jawatan sebagai Timbalan Presiden parti Umno dan menarik diri dari ahli Umno.

Bila beliau telah berada di luar parti Umno? Muhyiddin Yassin boleh kritik semua para pemimpin tertinnggi Umno semahu-mahunya kerana beliau didapati tidak bertanggung jawab lagi pada parti Umno.

Jika Muhyiddin Yassin ini masih lagi berada di dalam Umno tetapi terus bersikap demikian? Ertinya Muhyiddin Yassin secara terang-terangan sudah melanggar didiplin parti Umno.
Mahathir Mohamad  hanya
ahli Umno biasa aje

Mengikut disiplin parti Umno yang ada tercatiti di dalam perlembagaan parti Umno? Jika seseoarng didapati telah melanggar disiplin parti?

Maka Majlis Tertinggi parti Umno (MT) berhak mengambil sebarang tindakan yang wajar demi survival parti Umno itu sendiri.

Jika pada masa Mahathir jadi Presiden parti Umno dan PM Malaysia dulu itu? Maka secara  terang-terangan didapatinya Muhyiddin Yassin bersikap demikian?

\Dah lama dah beliau diambil tindakkan disiplin parti dan dah lama dah Muhyiddin Yassin telah dipecat dari jawatnh Timbalan Presiden parti Umno dan sekaligus dari keaggotaan parti Umno. 

Terbang melayang macam apa yang telah melanda nasib Anwar Ibrahim dulu pada tahun 1998. Petang Anwar dipecat dari jawatan Timbilan Perdana Menteri dari kabinet Mahathir.

Maka pada malamnya pula Anwar Ibrahim di pecat dari jawatan Timbalan Presiden Umno dan sekaligus dari keanggotaan parti Umno.

Satu tindakkan yang dilihat sangat drastik sifatnya.Tiada maaf lagi buat Anwar Ibrahim,tokoh politik yang menentang Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia ke-4 itu ketika itu.
Shafie Apdal,Naib Presdien parti Umno

Mahathir didapati boleh bertindak sejauh itu? Kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh bertindak demikian?

DARI sejak itu-lah bermulanya penentanga sengit Anwar Ibrahim terhadap Mahahir dengan gerakkan Reformasinya.

Hingga membuatkan.kerajaan Mahathi tergegar akibat gerakkan Anwar Ibrahim  yang sangat menggegar dengan slogan politik barunya Reformasi.

Pada PRU umum ked-11,,pada tahun 1999 kerajaan Umno di Terengganu tewas dan telah dikuasai oleh gabungan parti (Pakataan Alternatf) yang diilhamkan  oleh Anwar Ibrahim

Disamping itu ada beberapa orang ADUN dan  MP dari Pakatan Alterntif menang bartaburan di negeri lain di Malaysia yang mana sebelum itu Tak pernah menang.

Ujung-ujungnya? Pada tahun  2003 iaitu selepas lebih kurang 5 tahun aje Anwar Ibrahim telah menggodam kerajaan pimpinannya. Mahathir itu?

Suka atau tidak suka? Terpaksa Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan PM dan Presiden Umno yang sangat beliau sayang itu pada Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Dan pada tahun 2009 Pak Lah pula menyerahkan tugas Presiden parti Umno dan jawatan Perdana Menteri Malaysia pada Datuk Seri Najib dan sekaligus sebagai Pemangku Presiden parti Umno.

Datuk Najib jangan bimbang. Muhyiddin Yassin itu bukannya Anwar Ibrahim taraf kelicinan permainan politiknya yang mana akan boleh menggegarkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib..

Mukhriz  Mahathir bekas Menteri Besar Kedah
 kini hanya sebagai ahli Umno biasa aje
Mutu permaianan dan kelicinan politik Muhyiddin Yassin itu tidak macama kelicinan permainan politik Anwar Ibrahim.

Dengan kata lain  bahawa mutu kelicinan permaian politik Muhyiddin Yassin itu (hamless) tidak menggegar..

Tidak akan menggegarkan kestabilan politk parti Umno  dan juga kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Anak Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 itu

Datuk Seri Njib bukan-lah calang-calang legasi kepimpinan Malaysia yang original sebagai bumiputra yang tulin. Sebilangan besar rakyat Melayu Malaysai dan kaum-kaum lain juga bersedia berdiri teguh di belakang Datuk Seri Najib sebagai benteng yang sangat kukuh agar Datuk Seri jangan rebah..

Jika kita bercakap fasal didiplin parti? Dalam isu disiplin parti Umno ini? Datuk Seri Najib dilihat sangat bersabar orangnya dan dilihat langsung tidak meniru cara-cara guru plolitiknya Mahathir Mohamad bertindak.Najib adas cara-cara tersendiri.

Itulah keistimewaan Njaib dalam menahan kesabarannya itu.Sabar itu adalah subur. Sabar itu separuh dari iman. Pun begitu? Demi survival parti Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke -14 pada tahun 2018 itu nanti? 

Saya hanya sebagai ahli parti Umno yang biasa aje yang bermastautin di kawasan  Parlimen Gombak,Selangor ini,.sangat bersetuju dengan cadangan Presiden Ngo (MUBARAK) Tan Sri Abdul Aziz Rahman,agar Parti Umno iaitu (MT) Majlis Tertinggi Umno segera bermusyuarat dan mengambil tindakkan yang drastik dan tuntas di segi disiplin parti Umno.terhadap Muhyiddin Yassin dan lain-lain tokoh-tokoh Umno yang berada di kem Mahathir yang jadi golongan Anti-Najib.

Dengan cara memecat atau sebagainya terhadap Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamd dari anggota Umno jika perlu? Sekaligus pada semua tokoh-tokoh Umno lain yang berada di dalam kem Ant-Najib itu juga.
Bekas menteri penerangan,Zaianuddin Maidin (Zam) bekas
 wartawan Utusan Malaysia sering menulis membodek-

bodek Mahathir Mohamad di dalam banyak
 tulisannya  mutakhir ini.

Dengan berbuata begitu? Maka pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti? Parti Umno hanya berdepan dengan musuh-musuh politik dari luar parti Umno sahaja iaitu,musuh-musuh dari luar parti Umno sahaja,Ertinya hanya parti-parti pembangkang Malaysia.

Langusng tidak akan berdepan dengan musuh-musuh politik dari "dalam selimut" parti Umno.yang mana di daptati (suka menggunting di dalam lipatan) dan 9bertalam dua muka).Yang menjadi api di dalam sekam padi. 

Lazimnya musuh-mush politik di dalam selimut itu lebih sukar untuk ditentang kerana mereka ini ternyata punya (seribu satu rupa wajah) berbanding dengan musuh-musuh  dari luar..

Datuk Seri Najib selaku Presiden parti Umno tidak perlu terpaksa menahan sabar begitu lama lagi.Demi survival parti Umno dan demi rakyat Malaysia yang seramai 30 juta itu.

Golongan Anti-Najib itu ada hanya berapa orang sahaja? Boleh di kira dengan jari aje.No problem untuk segera dipencilkan.Mereka yang bertaraf sebagai "musuh di dalam selimut"itu perlu segera dinyahkandi dari parti Umno..

Tindakkan (MT) harus tegas dan bersifat drastik..Macam kini parti PAS sedang mengambil tindakan disiplin pada Husam,bekas Naib Presiden PAS yang dilihat mutahkir ini dah mula berani serang pucuk pimpmnan tertinggi PAS cara merapu-rapu sifatnya secara terbuka dikhalayak ramai dna juga melalui portal media sosail terutama yang pro-pemabnghkang.

Ular lidi nak berlagak macam naga besar di lautan biru. Jika dibiarkan aje begitu? Maka akan bertambah-tambah lagi ahli-ahli Umno akan jadi "cacing naik ke mata".Politik itu boleh membunuh dan di bunuh.

Jadi,janganlah jadi orang-orang yang dibunuh dan kena bunuh?( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal, blogspot.com.at 1052 am on February 24,2016.

No comments: