Deklarasi Orang Nyanyuk (II): IPP 1MDB
Jika diteliti deklarasi Mahathir Mohamad – Lim Kit Siang jelas agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak berasaskan isu-isu yang tidak benar dan songsang membabitkan isu ekonomi.
Antara fokus deklarasi tersebut juga ialah meletakkan masalah perniagaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) atas tanggungjawab Mohd Najib.
Mahathir sudah lupa agaknya bahawa beliau tidak pernah mengambil tanggungjawab berundur apabila wang Bank Negara sebanyak RM 30 bilion lesap pada zaman pemerintahannya. Mahathir tidak pernah meletak jawatan apabila syarikat berkaitan kerajaan seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Perwaja dan dan BMF rugi berpuluh bilion ringgit di bawah pengawasan beliau.
Kita menerima hakikat bahawa dalam perniagaan ada untung dan rugi. Malah kita menerima hakikat bahawa 1MDB berhadapan dengan masalah kewangan yang serius tahun lalu. Namun untuk Mahathir mendesak Najib berundur kerana isu ini tidak masuk akal kerana beliau sendiri tidak pernah berundur di sebalik kerugian yang jauh lebih besar pada zaman beliau berbanding 1MDB.
Dalam Para 6-13 deklarasi tersebut Mahathir-Lim kit Siang melakukan pelbagai fitnah terhadap 1MDB.
Mahathir membuat tuduhan bahawa Najib Razak telah menubuhkan 1MDB sebagai syarikat Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.
Ini merupakan fitnah terbesar kerana 1MDB sejak dua tahun lalu sudah menjawab bahawa ia syarikat Sovereign Wealth Fund. Di Malaysia hanya ada dua syarikat seperti ini iaitu Khazanah Nasional dan Petronas.
Seperti syarikat dana kekayaan negara, kami adalah milik penuh kerajaan, tetapi terdapat satu perbezaan penting di antara keduanya: syarikat dana kekayaan negara dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan melabur bagi pihaknya. 1MDB pula meraih dana dan melabur menggunakan modalnya sendiri, dan hanya pernah menerima sebanyak RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh Kementerian Kewangan pada masa penubuhannya. http://www.1mdb.com.my/bm/faq
Justeru mengapa Mahathir terus mengulangi pembohongan ini?

Sekali lagi deklarasi ini memberi fakta yang salah dan menyesatkan (mislead). Rekod akaun 1MDB yang disahkan oleh juruaudit bertauliah menunjukkan jumlah keseluruhan hutang 1MDB membabitkan pembelian janakuasa ialah RM 18B.
1MDB juga tidak meminjam RM 20 bilion untuk membeli janakuasa. Sebaliknya mereka membeli janakuasa dengan pinjaman bank mencagarkan janakuasa terbabit.
Selama lebih setahun Mahathir mendakwa harga yang dibayar 1MDB untuk pembelian IPP melebihi harga pasaran, namun tidak pernah sekali pun beliau memberi laporan dari penilai bertauliah untuk membuktikan tuduhannya.
Mahathir juga mendakwa. “Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.
Mahathir telah beberapa kali membangkitkan isu ini dan 1MDB juga telah beberapa kali menjawabnya. Namun beliau hanya berminat untuk meneruskan pembohongan tersebut.
Tidak ada syarikat-syarikat. Kesemua janakuasa bawah 1MDB terletak dibawah Edra Energy Sdn Bhd. Memang benar 1MDB menjual Edra Energy dengan harga RM9.83 bilion. Namun apa yang Mahathir tidak beritahu ialah pembelinya iaitu, Kumpulan CGN akan menanggung semua hutang aset operasi Edra berjumlah RM7.43 bilion.
Ini bermakna kos jualan sebenar Edra Energy ialah RM 17.26 bilion. Selain itu, sepanjang pemilikan janakuasa-janakuasa ini juga 1MDB telah memperolehi dividen tunai sebanyak RM 2 bilion.
Edra Energy dijual bukan kerana rugi tetapi kerana ia mengalami masalah aliran tunai untuk membayar hutang. Ini berlaku kerana rancangan asal untuk mengapungkan Edra Energy bagi mendapatkan wang membayar hutang telah terencat akibat serangan Tun Mahathir sendiri.
Bolehkah kita membenarkan Mahathir dan Lim Kit Siang menjatuhkan Perdana Menteri kerana fakta-fakta yang dipesong dan disongsangkan mengikut keperluan agenda mereka?-MYKMU.NET
No comments:
Post a Comment