![]() |
IPOH 6 Mac - Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta beberapa tokoh UMNO melahirkan kekecewaan dengan bersekongkol bersama pembangkang bukan sahaja membangkitkan kemarahan ahli parti serta penyokong Barisan Nasional (BN), malah tidak boleh diterima oleh rakyat termasuk mereka yang berada ‘di atas pagar’.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbuatan itu bukan sahaja membuahkan keterujaan pembangkang untuk sama-sama menjatuhkan kepemimpinan parti, malah tindakan berkenaan dilihat sebagai suatu penentangan terhadap sebuah institusi yang menjadi puncak kepada pimpinan negara dan BN, berbanding sasaran individu.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama daripada parti-parti komponen BN termasuk parti mesra BN untuk teguh seiring bersama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Jadi, jika institusi ini digugat, maka ertinya ia menggugat institusi kepemimpinan di semua peringkat dalam UMNO dan BN di seluruh negara terutamanya di negeri Perak.
“Nak marah, marahlah. Nak bakar kelambu pasal apa? Kita bukan jenis ‘bakor’ (dialek Perak untuk bakar). ‘Bakor’ bukan sebarang ‘bakor’. ‘Bakor’ semangat kerja. Namun, melahirkan kekecewaan dengan bersekongkol bersama pembangkang, itu bukan budaya UMNO dan orang Melayu.
“Bukan kita yang merungkaikan rasa hormat itu dipadamkan pada seseorang atau sesuatu kumpulan, tetapi perbuatan seseorang itu sendiri yang menyebabkan rasa hormat itu hilang. Tapi dalam hal ini, ada hikmahnya. Ada semacam penyatuan rakyat sekarang ini apabila persekongkolan ini dilakukan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian serentak Persidangan UMNO Cawangan serta Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan negeri Perak yang diadakan di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Hadir sama dua bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Mohd. Ghazali dan Tan Sri Ramli Ngah Talib.
UMNO Perak membawa suatu penanda aras baharu apabila menganjurkan persidangan serentak bagi kesemua sayap di peringkat cawangan negeri buat tujuh tahun berturut-turut dan langkah ini bakal diikuti oleh negeri Selangor kelak.( Utusan online).Posted by abnmulya//haji abu bakr ninggal. blogspot.com.at 1`316 hrs on March 07,2016.
No comments:
Post a Comment