Annuar Musa

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Dr. Mahathir sepatutnya sedar negara mempunyai sistem iaitu pemimpin atau Perdana Menteri dipilih menerusi pilihan raya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, bekas Perdana Menteri itu dilihat bertindak demikian kerana sudah tidak mempunyai platform untuk bersuara selepas keluar daripada UMNO.
“Saya rasa rakyat faham perkara itu adalah gimik politik untuk mengalihkan sentimen rakyat. Tiada lagi dalam sejarah pemimpin yang naik melalui tanda tangan kerana boleh jadi mereka (rakyat) yang tidak sokong juga boleh turunkan tanda tangan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bersama masyarakat Cina di Kampung To' Kong di sini hari ini.
Baru-baru ini, Dr. Mahathir bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan beberapa pemimpin lain telah menandatangani deklarasi bagi menyokong penyingkiran Najib.
Acara menandatangani deklarasi yang diketuai Dr. Mahathir itu turut disertai Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR) dan bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik.
Mengulas lanjut beliau berkata, langkah Dr. Mahathir yang sanggup bekerjasama dengan pemimpin pembangkang termasuk Kit Siang boleh menjatuhkan kewibawaannya sebagai seorang bekas pemimpin yang bertaraf negarawan dan disegani rakyat.
“Apa yang Dr. Mahathir lakukan itu semua rakyat dapat menilai. Seorang yang bertaraf negarawan buat kerja sebegini akan menjejaskan kewibawaannya,” katanya.( Utusan online).Posted  by abnmulya //hajhi abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.28 am on March 121,2016.