Pengerusi Kelab Timbalan Ketua UMNO Bahagian 1Malaysia, Datuk Norizan Ali berkata, sokongan penuh setia turut dizahirkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

Beliau berkata, keputusan sebulat suara membabitkan 191 timbalan ketua UMNO bahagian itu diputuskan selepas mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dengan kesemua ahli kelab juga memberi kepercayaan penuh kepada Najib dan Ahmad Zahid untuk terus menerajui parti.

“Mesyuarat hari ini juga telah mengambil ketetapan untuk bersama-sama menolak, mengecam serta mengutuk sekeras-kerasnya pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang bagi menggulingkan Perdana Menteri.

“Gerakan yang membelakangkan amanah dan mandat rakyat tanpa mengikut saluran yang betul itu telah mengganggu gugat kestabilan negara dan politik tanah air sekali gus menjejaskan keharmonian rakyat berbilang kaum,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Norizan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepong berkata, pihaknya juga kesal dan kecewa dengan tindakan Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir serta beberapa pemimpin lain yang telah bersekongkol dengan pembangkang dalam usaha menggulingkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri.( Utusan online)Posted  by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1320 hrs on March 12,20116.