![]() |
Tun Dr.Mahathir Mohamad,bekas Perdana Menteri Malaysia.bertugas selama 22 tahun atas tiket parti Umno. |
Menurut mereka, keputusan sebulat suara Kabinet berhubung perkara itu juga suatu langkah bijak kerana bekas perdana menteri itu sudah tidak lagi menyokong kerajaan.
Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kabinet bersetuju sebulat suara menamatkan perkhidmatan Dr. Mahathir sebagai Penasihat Petronas kerana berpendapat beliau tidak lagi mendukung kerajaan dan sewajarnya tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan.
Tindakan-tindakan bekas perdana menteri itu khususnya dalam melancarkan Deklarasi Rakyat bersama pemimpin pembangkang minggu lepas bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
"Biasanya jawatan itu diberi kepada mereka yang mendukung kerajaan sedia ada dan sekarang Dr Mahathir bukan sahaja bersama pembangkang tetapi jelas berusaha menjatuhkan kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat," kata Idris selepas menyertai larian amal, Putra-Makna Run 2016 di Universiti Putra Malaysia.\
"Petronas merupakan milik kerajaan, jadi sebagai Penasihat Petronas, secara tidak langsung juga merupakan penasihat kerajaan, tetapi sekarang ini dia (Dr Mahathir) sudah bersama pembangkang, jadi bagaimana kita mahu simpan dia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan taklimat Persidangan Cawangan UMNO Bahagian Pasir Salak 2016.
Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata sebelum ini, Dr Mahathir dilantik kerana beliau merupakan sebahagian daripada kerajaan dan anggota parti yang memerintah.
"Ia adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik seseorang yang menyokong kerajaan untuk jawatan sedemikian (penasihat syarikat berkaitan kerajaan) dan sebaik anda mula bersekongkol dengan pembangkang, anda telah melepasi sempadan.
No comments:
Post a Comment