Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan Dr. Mahathir bekerjasama dengan pembangkang khususnya Kit Siang bukan sahaja mengejutkan, malah mengecewakan banyak pihak termasuk dalam kalangan ahli UMNO sendiri.

“Apakah dengan 'tagline’ Selamatkan Malaysia, ia benar-benar boleh menyelamatkan Malaysia atau sebenarnya menghancurkan negara ini?


Mohamed Khalid Nordin.
Menteri Besar Johor.
“Apa yang menjadi kebimbangan saya ketika ini adalah dengan tindakan Dr. Mahathir yang merupakan negarawan tersohor serta ikon antarabangsa yang disayangi boleh menyebabkan keadaan negara menjadi tidak stabil sekali gus mendorong pelabur asing untuk menjauhkan diri dari negara ini,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, Pengerusi Barisan Nasional Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir amat membimbangkan kerana jelas membelakangkan Perlembagaan yang memperuntukkan pilihan raya bagi memilih kerajaan dan pimpinan parti secara sah.
Mohd Johari Baharom
“Bagi UMNO Johor, ini merupakan satu gerakan yang sangat berbahaya kepada parti dan parti perlu bertindak segera. UMNO Johor akan terus beri sokongan penuh kepada kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO,” ujarnya.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom pula berkata, beliau sedih melihat Dr. Mahathir bersama pembangkang yang merupakan musuh tradisinya mengadakan pakatan semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Apa yang Dr. Mahathir buat itu amat mendukacitakan kita (ahli UMNO) kerana selama ini, beliau banyak mengingatkan ahli UMNO bahawa perjuangan parti mengatasi segala-galanya,” ujarnya.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Madius Tangau pula berpendapat, Perdana Menteri telah dipilih rakyat secara demokrasi dan adalah sewajarnya menunggu tarikh pilihan raya untuk melakukan sebaliknya.

“Dalam sistem kita, pilihan raya sahaja yang boleh menggantikan pemimpin, tunggulah pilihan raya, kenapa didesak sekarang,” katanya.


Ramesh Rao
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zamri Mohd. Isa turut mengutarakan pandangan bahawa tindakan Dr. Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang hanya mengundang rasa gusar dan keliru dalam kala­ngan rakyat selain mencetus tindakan di luar kawalan.

“Kami menyedari bahawa negara ini adalah negara yang bebas untuk warganya memberi pandangan dan pendapat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.

“Namun, GPMS melihat desakan yang dibuat itu tidak membolehkan seseorang pemimpin ditukar dengan kaedah sebegitu iaitu tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao berpendapat, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir semalam hanya menjadikan Perdana Menteri lebih kuat dan kukuh pentadbirannya dalam kerajaan Barisan Nasional.

“Tiada siapa pun akan menyangka, tokoh negarawan seperti Dr. Mahathir akan melakukan perkara sebegini iaitu sanggup be­kerjasama dengan pembangkang secara terang-terangan,” ujarnya.(Utusan online0.Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 11.25 am on March 06,2016.