Datuk Seri Hishammuddin Tun Husisn, Naib
Presiden Umno yang kalahkan Mukhriz Mahathir
dengan 10 undi sahaja.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Dr. Mahathir juga seperti lupa bahawa beliau telah bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang selama ini bermati-matian cuba menjatuhkan kerajaan, malah menggelar beliau sebagai ‘Firaun’.
Katanya, kesanggupan Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO melakukan perkara tersebut turut menunjukkan mereka tidak lagi menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat.
“Saya tidak faham bagaimana Dr. Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO ini boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, Pas, DAP, PAN serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri.
“Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi jalanan. Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang ini satu ketika dulu yang menggelar Dr. Mahathir sebagai Firaun?” soal beliau.
Semalam, Dr. Mahathir mengambil langkah janggal apabila beliau sanggup duduk semeja dengan musuh-musuh politiknya semata-mata mahu merealisasikan hasratnya menjatuhkan Perdana Menteri.
Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri beberapa tokoh pemimpin seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
Hishammuddin berkata, kehadiran pemimpin-pemimpin itu seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang yang selama ini melangkaui amalan demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan.
“Di saat kita sedang bertungkus-lumus memastikan ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Dr. Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus dengan agenda menjatuhkan Perdana Menteri,’’ tegasnya.( Utusan online)Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 11.39 am on March 06,2016.